BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله...

Af BLuthfun

6.9K 525 81

First Book 📚 ♣Diamante Award 2021♣ 🎉Diamante Stunning Cover Book Winner 🎉Diamante Best Teen Fiction Winner... Mere

WWP
Baba
Ops!
Terasa
Unik
Tetamu
Ilmu
Sewa
Sebenarnya Baik
Musuh
BMX
Puan Aria
Tolong!
Doakan Haura
Content🎞
Ikan Baru
Ekspedisi
Trauma
After 6 Years
Pil
Anak Ummi
Taaruf
Noah
Cringe
Baru Tahu
ماور ماوده
ماور ♥ لوطفان
الصورات
Umi Abi
Someone
ميلنكوليك
Qays
Berita Hangat
Vioce Mail
Syukran...
Kritikal
تقدير
لا تحزن
Harraz Ibad
MBT

Shopping

136 15 2
Af BLuthfun

Hampir 3 bulan Haura tidak bersua dengan tasbih peninggalan arwah babanya kerana tasbih itu masih ada pada Dheos. Dia hanya menggunakan tasbih bewarna coklat milik Umminya sahaja sebagai ganti.

Dia dengar khabar bahawa Mawar tidak akan balik ke Malaysia bersama keluarga mentuanya kerana Luthfan membuat rancangan mengejut untuk berbulan madu di Itali. Maknanya, hanya keluarga Puan Maryam dan Dheos sahaja yang pulang ke Malaysia.

Jika melihat pada tarikh, sudah seminggu mereka di Malaysia tetapi apa yang Haura ingin lakukan ialah berjumpa Dheos untuk mengambil tasbih itu. Berulang kali dia berfikir sama ada mahu mesej Dheos atau tidak. Makan hari juga Haura berfikir.

"Hurm... Aku nak tasbih tu tapi... Hurm...", mengeluh Haura kerana dia tidak tahu cara untuk bercakap dengan Dheos. Sudahlah Mawar tiada, jika ditanya risau mengganggu pula.

Haura menggereng di sebelah Harraz sambil merenung mata Harraz Ibad.
"Sayang... Tolonglah Ummi. Ummi tak ada idea nak minta macam mana. Ummi malulah nak mesej lelaki"

Tiba-tiba Harraz mengeluarkan bunyi suara bayinya.

"Anak Ummi nak sembang ya. Comel! Okey, bagi Ummi idea cepat.", ujar Haura seperti bercakap dengan kawan sahaja.

"Cakap Ummi nak tasbih tu? Tapi nanti nak jumpa macam mana? Dah lah Kak Mawar tak ada. Tak kan nak suruh dia post pulak. Hurm.... Idea lain?", kata Haura memberi pandangan daripada ideanya sendiri. Acah bersembang dengan Harraz.

"Apa kata..."

Tidak sempat Haura berkata-kata, telefonnya mula menjerit minta diberi perhatian. Lantas, dia menekan punat hijau pada skrin tanpa melihat siapa pemanggilnya. Kedudukan yang sama dikekalkan iaitu disebelah Harraz sambil mengereng.

"Assalamualaikum siapa ni?", soal Haura sambil melayan Harraz yang mula ajak bersembang.

"Waalaikumusalam, aku ni Dheos.", jawab pemilik nombor. Haura tidak menyimpan nombor Dheos.

Membulat mata Haura kerana seperti tahu-tahu sahaja dirinya sedang berkata tentang Dheos.

"Oh. Kamu dah balik Malaysia kan?", sengaja dia menyoal walaupun sudah diketahui jawapannya.

"Dah. Tasbih kau, lupa nak bagi sebelum aku ke Itali. Asiff jiddan sebab baru ingat. Aku free sekarang, kau kat mana? Biar aku hantar.", maklum Dheos.

"Eh, tak apalah! Biar kita ambil, lagipun tu barang kita.", tolak Haura dengan baik. Sedang Haura berada di atas talian, Harraz menguatkan suara bayinya bukan kerana menangis tetapi sengaja. Budak baru dapat mulut lah katakan.

Dapat Dheos mendengar suara bayi yang berada dalam panggilannya bersama Haura.

"Harraz ke tu?", soal Dheos teruja.

"Haah. Dia ajak sembang dengan Ummi dia, itu yang mula nak cakap tu.", ujar Haura sambil memberikan senyuman kepada Harraz bersama muka ceria. Main 'aumm.... Chak!', yang nilah.

"Aku rindu pula nak jumpa dia. Kau send location, nanti aku datang.", ujar Dheos. Rasa rindu dengan bayi Harraz mula menyerbu. Sudahlah mudah dijaga tambahan pula tidak banyak ragam.

"Erm... Kita kat rumah tapi Ummi tak ada. Tak manis kalau jiran-jiran tengok. Nanti timbul fitnah pulak. Esok kita jumpa di Aeon Station 18 sebab kita nak beli barang sikit. Boleh ke?", cadang Haura.

"Boleh juga. Nanti kau set jam berapa and send kat aku.", setuju Dheos.

Maka, panggilan dimatikan oleh Haura setelah cadangannya dipersetujui.
"Harraz!!!! Esok Ummi dapat tasbih Ummi balik dan dapat shopping barang Harraz sikit. Hehehehehe.... Ummi nak beli... Rahsia."

Seronok Haura bersembang dengan Harraz kerana apabila dia senyum Harraz senyum dan apabila Haura monyok Harraz turut memuncungkan bibirnya tanda monyok. Comelnya Ya Allah!!!!!!

Bukan sengaja Haura mahu beli barang untuk Harraz tetapi kebanyakkan pakaian Harraz sudah tidak muat. Dia banyak minum susu dan pada bulan 5 ini merupakan hari lahirnya.

Selesai solat tahajjud, Haura bangkit untuk mengambil Al-Quran. Sejak akhir-akhir ini, jika Haura bangun malam pasti Harraz akan mencelik juga. Sudah didodoi tetapi masih sama.

Haura bersila di atas katil menhadap qiblat lalu bantal diletakkan di atas pada sebagai alas. Harraz diambil dan diletakkan di atas batal tersebut. Al-Quran pula berada di tangannya. Dia meletakkan pegangan sedikit ke hadapan supaya Harraz tidak tertindih dengan Al-Quran.

Bacaan kalam suci didendangkan oleh Haura kepada Harraz. Meskipun dia tidak memahami akan tingkah yang Umminya lakukan namun kelihatan Harraz tenang tanpa banyak bergerak. Surah Maryam sedang dengan mahkraj huruf yang betul seperti mana diajar oleh Ummi.

Selesai membaca Al-Quran, Haura membaca tasbih Kaffarah dan doa khatam Al-Quran. Semasa dia sedang membaca doa, Harraz tersenyum dengan girang sehingga menampakkan lesum pipitnya. Besar nanti Harraz mesti kacak.

"Anak Ummi ni kenapa? Senyum senyum. Seronok ya nak jalan-jalan dengan Ummi nanti. Mentang-mentang lah nak shopping barang dia.", ujar Haura sambil mencuit hidung kecil Harraz. Aaaaaa! Saya yang tulis stress sebab imaginasi membayangkan betapa comel ikatan ini. Ya Allah!!!!!

Azan Subuh mula berkumandang, Haura mencium mushaf Al-Quran lalu mendirikan solat Subuh dengan wudhuk yang sama. Harraz hanya memerhati daripada atas katil. Acap kali dia melihat pergerakan yang dilakukan oleh Umminya setiap hari.

Selesai solat Subuh, Haura membawa Harraz turun bawah untuk menyediakan sarapan buat Ummi dan Huzaifah. Setelah itu baru dia bersiap untuk ke Aeon Station 18 dengan menaiki teksi.

Puan Arissa menjenguk Haura di dapur. Aroma makanan meliar kesegenap ruang tamu rumah.
"Sedapnya bau..."

"Ummi, tak perasan pula akak. Ummi nak makan ke? Akak dah siap masak dah, nak pindahkan bihun masuk mangkuk je.", soal Haura dengan lembut.

"Boleh juga. Jap Ummi tengok adik, kalau dah bangun boleh sarapan sekali.", makan Puan Arissa bergerak ke bilik anak terunanya.

Haura menghidang bihun goreng di atas meja bersama seteko teh suam. Puan Arissa pun tiba di meja makan namun tidak Huzaifah.

"Mana adik?"

"Dia kata nak mandi. Kita makan dululah ya.", ajak Ummi.

Puan Arissa dan Haura menyantap bihun goreng air tangan Haura.
"Ummi, akak nak minta izin keluar pergi Aeon. Bawa Harraz sebab nak beli barang sikit. Hehehehe."

"Ummi izinkan tapi jangan balik lambat.", pesan Puan Arissa.

"Baik Ummi.", akur Haura bersama segaris senyuman ikhlas. Harraz yang berada di ruang tamu kelihatan senyap sahaja. Kenyang dapat susu selepas bangun tidur tadi.

Jam 0930

Haura bersalaman dengan Umminya dan mengikat janji untuk membelikan pek baharu air hot chocolate Cadbury dairy Milk untuk Huzaifah. Teksi yang disewa sudah tiba lalu dia masuk ke dalam perut kereta bersama Harraz.

Hampir 30 minit masa diambil untuk sampai ke Eon. Tiba di destinasi, Haura mambayar tambang sewa dan masuk ke bangunan yang besar itu. Dia hanya menyarungkan baju abaya hitam dan tudung shawl hitam labuh yang dililit secara ringkas mengikut syara'.

Dia mengeluarkan telefon pintar untuk memberitahu Dheos bahawa dia sudah tiba di Eon. Selepas beberapa minit, Dheos tiba daripada pintu hadapan bangunan. Cepatnya.

"Maaf lambat. Nah tasbih kau.", serah Dheos kepada Haura tasbih putih yang diletakkan di dalam beg kecil.

"Tak lambat pun, kami pun baru sampai. Terima kasih!", teruja Haura melihat tasbih putih itu. Rindu, sedih dan gembira bercampur-aduk apabila tasbih itu berada dalam tangannya.

"Harraz Ibad! Rindu abang tak? Wah, dia senyum! Eh, ada lesum pipit macam abang lah! Eeee geramnya.", Dheos amat gembira melayan Harraz yang semakin menggedik. Ada orang layan dia, sukalah tu.

"Anak Ummi kenapa suka sangat hari ni? Daripada pagi tadi lagi. Memanjang senyuman.", Haura mencubit pipi tembam Harraz. Mereka bergelak tawa dengan karenah Harraz.

Haura memaklumkan bahawa dia mahu ke kedai barangan bayi untuk membeli beberapa keperluan Harraz namun Dheos laju untuk mengikut. Katanya mahu bermain dengan Harraz sementara Haura membeli barang.

Akhirnya, Harraz bertukar penjaga iaitu Dheos lalu mereka menaiki eskelator ke tingkat 3. Dheos dan Harraz mendahului Haura kerana tidak manis untuk Haura bersebelahan dengan bukan mahram. Melihat Harraz tersenyum membuatkan hati Haura turut berbunga sebagaimana senyuman paling lebar diukir oleh Harraz.

Lambat laun Harraz akan membesar, mungkin dia tidak dapat merasai kasih seorang ayah tetapi Haura tidak pernah berhenti berdoa. Andai ajal menjemputnya dahulu, dia akan pastikan Harraz mendapat kasih sayang yang cukup bersama orang yang Haura percayai. Aamiin.

Tiba di Kedai Twins Baby, mereka memasuki gerbang yang dibina dengan comel dan disambut oleh pelayan disitu.

"Ummi nak beli apa ya? Harraz ingat tak apa Ummi senaraikan?", soal Haura kepada Harraz.

Harraz hanya mengerlip matanya seraya tersenyum dan ketawa. Kenapa suka sangat ni?

"Botol susu? Rompers? Jumpsuit? Beanies hat? Pampers? Kaos oblong? Kain bedung?", teka Dhoes dengan pelbagai barangan bayi yang terlintas di dalam kepalanya.

"Kain bedung? Kamu nak bedung siapa? Harraz? Harraz dah nak masuk satu tahun dah. Apalah. Hahahaha.", tawa kecil Haura dengan jawapan Dheos. Ada pula nak bedung bayi yang sudah berumur 11 bulan. Walaupun masih menyusu badan tetapi tidak bermakna dia perlu dibedung. Hanya selepas seminggu dilahirkan sehingga berumur 3 atau 4 bulan sahaja bayi akan dibedung.

Dheos menggosok tengkuknya tanda malu lalu melihat ke arah Harraz.
"Abang mana tahu Harraz tak bedung dah?"

Menggeleng Haura melihat Dheos dan Harraz seraya meninggalkan mereka berdua untuk memulakan sesi mencari barang Harraz! Setiap sudut kedai diteroka demi mencari yang terbaik. Anaknya dan Dheos sudah tidak diketahui kemana perginya.

Hampir 1 jam Haura mengelilingi kedai itu. Setelah itu baru dia membuat bayaran. Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang menyapa Haura.

"Biar saya bayarkan. Berapa?", ujarnya.

"Semuanya RM150, encik.", maklum jurujual perempuan itu.

"Eh, tak apa lah! Biar saya bayar. Ni barang saya bukan awak.", halang Haura.

"Saya sedekah okey?", berkeras lelaki itu mahu membelanja Haura.

"Saya jual.", lafaz akad jual beli diberi manakala Qays menjawab dengan lafaz ijab akad jual beli.

"Mahal tu. Saya bayar balik ya.", ujar Haura dengan segera mengeluarkan dompetnya.

"Tak pe. Saya belanja, janji awak bahagia.", tolak Qays dengan ayat buaya.

"Lah.... Dah bayar ke. Baru abang nak bayarkan.", celah Dheos yang sedang mendukung Harraz. Dia memulakan lakonan apabila melihat lelaki yang sama cuba mengganggu Haura.

Haura hanya tersenyum sahaja. Mereka kini berada di bahagian baju bayi yang berada agak jauh daripada kaunter bayaran.

"Encik ni yang kat majlis kahwin tu kan?", soal Dheos bermadah.

"Ya saya.", aku Qays. Dia tahu Haura itu isteri orang tetapi sengaja mencari fasal. Kebenaran masih tidak diketahui. Padan muka.

"Saya Daiyan Zulfan, panggil Dheos.", perkenal Dheos kepada Qays seraya menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Saya Qays Qarni, panggil Qays.", giliran Qays pula perkenalkan diri dengan menyambut huluran tangan suami Haura. Rasa benci mula membuak apabila Dheos mempamerkan riak gembira. Hasad dengki!

"Kami gerak dulu ya.", pamit Haura seraya mengangguk sedikit badannya tanda hormat. Dheos pula memegang tangan Harraz membuat isyarat lambai.

Berlalunya mereka bertiga diiringi dengan pandangan hasad daripada seorang lelaki bernama Qays. Perasaan ini mula membuak apabila hatinya tekad untuk memiliki Haura untuk menjadi suri hatinya. Walaupun dia harus menggunakan cara kotor agar rumah tangga antara Haura dan Dheos runtuh, akan dilakukan juga. Tekad.

Sesi perkenalan ini merupakan titik permulaan segalanya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sabar.... Sabar....

Btw, i have done my test but not my sickness. Menulis buatkan saya gembira and make my dopamine at a good level.

So, any wrongness in my writing, forgive me🙏

Syukran jazilan baca wahai para readers.

• ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🦄 (saya ada cover book baru!!! Beautiful _sweethurts yang buatkan. Doakan Allah permudahkan urusan kami dalam Imtihan (exam).

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

94.8K 3K 15
"It has always been a bet. I don't like you." "I'm a fool." "Truly."
16.7M 647K 64
Bitmiş nefesi, biraz kırılgan sesi, Mavilikleri buz tutmuş, Elleri nasırlı, Gözleri gözlerime kenetli; "İyi ki girdin hayatıma." Diyor. Ellerim eller...
4M 86.5K 62
•[COMPLETED]• Book-1 of Costello series. Valentina is a free spirited bubbly girl who can sometimes be very annoyingly kind and sometimes just.. anno...
155K 7.6K 52
BOOK 1 [completed]✅ Start: 4 Julai 2021 End: 10 Ogos 2021 😝 𝙺𝚗𝚘𝚠𝚗 𝚊𝚜 Jodoh Aku Mr. Headprefect 😝 ♡︎ Daniesh × Amani ♡︎ " Ketua Pengawas ? Em...