Izz Rael

By dearmylily

17.8K 1.7K 260

"Kau kenal gambar siapa ni?" "Dia abang saya." "Well, that's the point." ... "Abang kau dah buat salah besar... More

Prolog I
Prolog II
O N E
T H R 3 E
F O 4 R
5 I V E
6 I X
S E 7 E N
8 I G H T
9 I N E
T 10 N
E 11 E V E N
T W E 12 V E
T H I R T 13 E N
F O U R T 14 N
F I F T 15 N
S I X T 16 N
S E 17 T E E N
18 I G H T E E N
N 19 T E E N
T W E N T 20 Y
T 2 W E N T Y O N E 1

T W O

893 87 3
By dearmylily

Jam di dinding di lihat.

Sudah pukul 8:05 minit malam. Ya Tuhan... Someone, datanglah. Aku belum solat maghrib lagi.

"Akaakkkk!! Akak!!! Helloo, akak pembantu rumah yang pakai uniform biru!!! Tolong bukak ikatan saya!! Saya nak solat!!!!" Jerit Eleana memanggil orang gaji yang dia baru lihat sebentar tadi.

Tunggu punya tunggu, sampai pukul 8 lelaki misteri tadi tidak datang datang.

"Tolong!!!!!! Tolong!!!!!!!!"

Dan pintu pun terbuka.

Lelaki itu hanya memandangnya dan memasukkan tangan ke dalam seluar. Kemeja hitamnya tadi pun sudah bertukar ke t-shirt lengan pendek berwarna hitam.

"Jeritlah lagi." Kata lelaki misteri itu.

Mask dan cap hitamnya masih setia melekat di wajah dan kepala.

"Saya nak awak lepaskan saya!!" Jerit Eleana.

"Awak? Again? You never learn from mistake, don't you?" Sebutir sebutir, kata-kata itu keluar dari mulut lelaki bertopeng itu.

Pisau lipat dimain-main di tangannya - bagai orang yang sudah mahir bermain dengan pisau sambil mendekati.

"Okay encik. Even though this is my first time knowing you, but I am so sorry if before this, i ever made you pissed off without me knowing, I'm sorry okay. We're done right? Now, please.. I'm begging you. Let me go..." Rayu Eleana.

"Beg me more." Sempat lelaki itu ukir senyum sinis padanya.

"Okay, encik. Encik bagitahu saya, berapa ribu encik nak. I'm gonna transfer to you sekarang jugak." Sekali lagi, Eleana membuat tawaran.

Dan tawaran itu sekali lagi membuatkan lelaki itu ketawa sinis.

Kakinya mendekati Eleana yang berada di tengah bilik.

"Hey, you look at that chandelier. Mesmerizing isn't it? Fun fact, it is much pricier than your father's 3 months salary. Note that in your head."

Eleana menelan liurnya. Apa kena mengena dengan gaji bapak aku pulak? Sah, dia ni memang tak kenal bapak aku siapa.

Jam di dinding di lihat sekali lagi.
Eleana mengeluh.

"Whatever you want to say. You don't even know my dad. Tapi boleh tak, awak buka tali ni? Dah pukul 8, saya tak sola-"

Lelaki itu makin mendekati Eleana sambil bermain-main dengan pisau lipatnya membuatkan Eleana tidak dapat menghabiskan kata.

"I-i mean, tuan. Bo-boleh tak, tuan buka tali ni..? Jangan dekat!" Eleana begitu seriau melihatkan pisau lipat yang begitu lincah bermain di tangan si penculik itu.

Dan itu membuatkan dia makin memainkan pisau di muka Eleana.

"Huh. Kau suruh aku bukak tali, lepas tu, kau tak nak bagi aku dekat dengan kau. Macam mana tu? Hm?"

"Keep your knife away from me, please." Psycho ke dia ni?

"Who do you think you are to order me?"

"Tuan.. please. Dah lewat ni.. saya belum solat maghrib lagi.."

"Beg me more, girl."

Eleana menjeling tajam ke arah lelaki tu.

Takkanlah aku nak pergi bilik air dengan tangan dan kaki diikat macam ni. Macam mana aku nak ambil wudhu.

"Okay, kalau awak tak nak bukak, saya pergi sendiri." Nekad Eleana berdiri.

"Huh..."
"..go on. Proceed."

Eleana berjalan sedikit demi sedikit demi mengelakkan dirinya dari terjatuh namun, akibat tali yang diikat di kakinya terlampau ketat, Eleana pun--

"YA ALLAHHHHH." Terjatuh, lebih tepat lagi, tersembam ke depan.

"Aaauuuucchhh. Sakitnyaaaaa." Rengek Eleana kesakitan, terutamanya di kawasan dadanya yang terasa senak.

Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya.

"Jalanlah lagi. Dah lewatkan nak gi solat." Ejek lelaki itu.

Erghhhh. Dalam hati Eleana sudah membengkak ingin marah. Namun ditahan sahaja nanti karang tidak pasal dia ditikam dengan pisau.

Eleana baru sahaja ingin membalikkan dirinya ke sisi untuk melihat lelaki itu supaya cepat membuka tali namun-

Lelaki itu sudah berada dekat di sisinya kini. Dan dia cepat-cepat memusingkan kembali badannya.

Malu jugaklah sedikit apabila menyedari lelaki itu melihat keadaan dia yang sedang meniarap macam ni.

Dia perasan yang lelaki itu membuka tali ikatan di tangan.

Tangannya dilepaskan,

"Takpe, biar saya buka sendiri." Eleana menepis tangan lelaki itu dan membuka sendiri ikatan di kakinya tetapi--

Kenapa susah sangat nak buka ni?

Lelaki itu melihat jam di tangan dan setia menunggu Eleana yang masih terkial-kial membuka.

Eleana sekejap-sekejap menoleh ke arah lelaki itu dan dia tahu, padangan lelaki itu sinis sekali. Haish taknak tolong ke?

Beberapa minit berlalu, dan dia masih tidak dapat buka ikatan di kakinya. Lelaki tu ikat mati ke apa ni?

"Eh kejap awak!" Eleana memanggil lelaki itu yang ingin keluar dari biliknya.

"Boleh tak tolong bukak tali ni?"

"Huh. Serve you damn right!" Lelaki itu tetap ingin berlalu.

"Awak.."

"...tolonglah bukak.. awak ikat ketat sangat."

"Hum? I can't hear you." Soal lelaki itu.

"Err.. tuan? Boleh tolong buka?" Eleana membuat muka rayuannya.

Dan lelaki itu sempat menjulingkan matanya ke atas dan mendekati dirinya. Tali di kakinya dibuka dengan kasar.

"Kalau tak pandai, jangan nak memandai-mandai." Kata lelaki itu dingin.

"Siapa suruh ikat ketat sangat." Bisik Eleana perlahan namun dia silap besar apabila lelaki itu mendengar ujarannya sebentar tadi.

"Aaaaahh!" Sanggulnya digenggam lelaki itu sampai kulit kepalanya terasa pedih ditarik.

Tangannya naik memegang tangan lelaki itu dek kerana kesakitan yang dialami.

"I've told you right. Aku. Paling. Benci. Orang. Yang. Banyak. Cakap. Macam. Kau."

"So-sorry, tuan." Pertama kali, dirinya dikasari oleh lelaki ini. Kini, dia percaya yang dia betul-betul diculik.

Dan lelaki itu menolak kepalanya dan keluar dari bilik itu.

Dadanya dipegang. Jantung berdegup laju kerana ketakutan..

Allahu..

💔💔💔

Semasa Eleana sedang membaca surah Al-Mulk(berkat di asrama sekolahnya dulu selalu suruh pelajarnya mengaji sebelum tidur, hafalannya masih ingat sampai sekarang), ketukan di pintu berbunyi.

Eleana yang masih lagi bertelekung menoleh dan mendapati akak yang pakai uniform biru tadi masuk dan meletakkan sesuatu ke dalam almari dan membawa beberapa beg kertas.

Eleana tidak lagi mengaji malah kakinya laju mendekati perempuan tersebut.

"Akak.. tolong saya kak. Saya kena culik. Akak tolong call polis kak. Saya merayu sangat.."

"Cik puan, ni baju dan pakaian dalam yang cik puan perlu pakai-"

"Saya tak kisah pasal baju-baju ni. Kak, betul kak. Saya kena culik.. tolonglah percaya. Majikan akak tu culik saya!" Eleana memegang lengan akak tersebut.

"Maaf, saya tak boleh tolong." Perempuan tersebut melepaskan tangan Eleana dari memegangnya lagi.

"...saya cuma menyampaikan pesanan dari pihak tuan. Ni baju kurung, ni baju tidur. Dan pakaian dalam ada dalam laci bawah. Berus gigi dan segala toiletries saya dah letak dalam bilik air.

Cik puan boleh guna tuala dalam almari ni. Pakaian kotor, cik puan letak je dalam bakul ni, nanti saya kutip. Saya pergi dulu." Apabila selesai pesanan itu, orang gaji itupun meminta diri.

"Saya nak pesan, hati-hati dengan tuan. Dia bukan orang sebarangan yang cik puan boleh buat bukan-bukan. Silap hari bulan, cik puan yang kena dera nanti." Setelah menyampaikan pesanan penaja, barulah orang gaji itu keluar dari bilik itu.

Dan pesanan menakutkan itu menyebabkan Eleana kaku ditempat sendiri.

Dan apabila Eleana ingin memusingkan badannya-

"O ya Allah!" Eleana terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba berada di belakangnya.

"Eh awak ni, masuk bilik orang PEREMPUAN tak reti nak bagi salam ke?" Marah Eleana yang masih lagi mengurut dadanya dek kerana kejutan tadi.

"Kau cakap apa?" Selangkah demi selangkah, lelaki itu mendekatinya.

"... Bilik orang perempuan?"

"Tak-takde cakap pape. Tolong jangan dekat. Saya masih berwuduk." Setapak demi setapak juga, Eleana mengundur.

"Do i look like i care?"

Lelaki ni mesti non muslim. Sebab tu tak sensitif. Orang dah pakai telekung macam ni pun still lagi nak datang dekat.

"Err, saya.. saya.. nak.." memikirkan cara untuk lari dari lelaki ini.

"...aa, saya nak sambung solat sunat." Dan Eleana pun pergi semula ke ruang solatnya dan mendirikan solat sunat.

Solat sunat tipu-tipu je. Tak boleh khusyuk nak solat kalau penjahat ni ada.

Mujur sahaja lelaki itu terus keluar dari bilik itu dan tidak menunggu dia.

×

Setelah Eleana selesai menunaikan solat isyak, dia membuka telekungnya dan tidak lupa untuk menutup pintu bilik. Namun apa yang dia perasan, pintu ini tiada tombol. Hanya ada nombor dan juga pengimbas cap jari. Pintu itu cuba dibuka.

Oh tidak dikunci dari dalam seperti sebelumnya.

Dia ingat dia nak mandi dahulu. Setelah itu... Dia fikir dia nak larikan diri dari sini. Peluang mesti digunakan dengan sebaiknya.

Dan tanpa dia sendiri sedari sebenarnya, dia sudah termasuk dalam jerat lelaki durjana itu.

×

Setelah mandi, baju di dalam almari di ambil. Dia ingin memakai bajunya tadi, tetapi rasa tak selesa setelah sudah seharian dia memakai baju kurung itu dari pagi lagi. Ya, dia jumpa kawan Universitynya itu dengan memakai baju kurung tadi kerana ada kelas tafsir.

Tak salah rasanya kalau dia memakai baju yang diberi oleh orang gaji tadi. Jubah hitam diambil.

Yang ni sahaja yang dirasakan paling simple dan menutup aurat sementelah dia tahu, dia bukan berada dalam biliknya sendiri.

Shawl tadi diselempangkan.

Beranda bilik didekatinya supaya boleh lihat arah laluan mana boleh dilalui nanti. Tapi dia silap. Ramai bodyguard lelaki itu diluar siap sekali dengan senapang dan pistol di tangan. Sudahlah handphone dia tak ada, hilang entah ke mana.

Ya Allah.. macam mana ni..

Tapi, ni sahajalah peluang yang ada sementelah tangan dan kakinya tidak diikat.

Pintu dibuka dan kepalanya menjenguk keluar. Tiada siapa. Peluang yang ada tidak disia-siakan.

Kakinya terjungkit-jungkit ditakuti diketahui sesiapa.

Eleana menurun tangga perlahan-lahan tetapi, pelik. Makin diturun, makin gelap jalannya.

Betul ke ni jalan dia? Tangga diturun perlahan, kerana memang gelap ditemani lampu yang malap.

Hatinya berasa tidak sedap sementelah tiada sebarang bunyi dari manusia.

Baru sahaja dia ingin berpatah naik balik, tangannya ditarik dan mulutnya ditutup oleh satu tangan.

"Aaaaaaaaa." Eleana menjerit dan meronta untuk dilepaskan namun orang tersebut malah mengheretnya pergi ke sebuah bilik di ruang gelap itu.

Badan Eleana di tolak ke dalam dan lampu dibuka. Fuh, nasib baik bilik ini terlihat mewah dan kemas. Bukannya bilik yang gelap dan busuk. Dan yang paling penting, bilik ini dua kali besar dan mewah bertemakan hitam dan putih.

Eleana menoleh ke belakang dan mendapati lelaki misteri yang masih memakai tshirt hitam tadi yang mengheretnya ke sini.

Tanpa menunggu lama, dia berlari ke pintu untuk keluar.

"Saya nak keluar, lepaskan saya!!!"

Namun lelaki itu cepat sahaja menahan Eleana dan berlakulah persentuhan fizikal.

"Ah, don't touch me you pervert!"

"What did you say?" Lelaki itu mengerutkan dahi.

"I said, you pervert!"

"Siapa yang pergi dekat siapa sekarang ni? Aku ke kau?"

"Awak yang pegang saya tadikan!" Naik satu oktaf suara Eleana kerana geram apabila dirinya terasa dicabul lelaki itu.

Dan itu menyebabkan lelaki misteri itu berjalan ke arahnya setapak demi setapak.

Tiba-tiba Eleana teringat akan peringatan orang gaji tadi tentang siksaan sekiranya dia tidak mengikut cakap lelaki ini.

Dan demi melihat pandangan mata yang cukup menakutkan itu, membuatkan dirinya ketakutan.

"I am sorry. I didn't mean to say that." Eleana terduduk ketakutan dan tangannya menyentuh sisi kepalanya kerana takut dijerkah ataupun yang paling ditakuti... Takut diapa-apakan tubuh badanya.

Dia sekarang ini sedang berdepan dengan penculik yang berkemungkinan juga pembunuh. Siapa sahaja yang tidak takut.

Di tunggu sahaja apa yang bakal lelaki itu katakan tetapi,... tiada apa yang berlaku.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat pandangan sinis lelaki itu terhadapnya.

Dan itu membuatkan Eleana mengeluh berat.

"Can you just let me go. Please. Saya tak kenal siapa awak. Saya tak tahu apa salah saya sampai awak nak culik saya macam ni. Dan seingat saya, saya tak ada buat salah dekat siapa-siapa pun atau cakap bukan-bukan dekat orang."

"Can you please tell me, what did i do wrong?" Soal Eleana lagi.

Lelaki itu malah duduk di sofa berhadapan dengan Eleana yang lagi duduk berlutut di atas lantai.

"Kau yang datang serah diri kau dekat aku. Lepas tu, kau nak lari macam tu je?"

"When? It's never happened and you just dreaming!" Ujar Eleana dengan riak marah.

"You asked me when? You might be the one who're dreaming now. Kau tak ingat, waktu pertama kali kita jumpa kau yang serah diri kau pada aku.. dan.. waktu tadi juga." Sinis lelaki itu.

Dan membuatkan Eleana sekali lagi menjeling tajam. Tu sebab aku ingatkan kau tu orang yang baik, rupa-rupanya...

Lelaki itu melihat handphone nya.

Dan menunjukkan sesuatu.

"Kau kenal gambar siapa ni?"

Eleana mengerutkan dahinya. Kenapa lelaki ni boleh ada gambar abangnya? "Dia abang saya."

"Well, that's the point." Lelaki itu bangkit berdiri di depan Eleana yang duduk bersimpuh.

"Abang kau dah buat salah besar dengan aku. And for that, i want he beg in front of me. And i want him to know, what it feels like to have someone we love, been tortured..."

What? Lelaki ni...musuh abang?

"He won't beg anyone. Just let me go, before saya report polis. " Eleana tahu, abangnya pasti tidak akan tunduk kepada sesiapa pun.

Namun, perkataan 'polis' itu membuatkan bibir lelaki itu menguraikan gelak sinis.

"Police? But how you want to lodge report? Hm? Ada phone?"

Eleana memicingkan mata. Kenapa semua kata-kata yang dikeluar dari mulut lelaki ni semuanya skeptikal?

".... And, what do you mean by he won't?"

Eleana terdiam sejenak menerima soalan.

"He doesn't love me. We not even have a good relationship between both of us."

"Oh really? Well, let's see." Dan pisau lipat di atas meja soleknya di ambil.

"It's going to be a good night for us, girl."

TBC ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

69.5K 6.4K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
253K 16.6K 41
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
594K 23.4K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...
3.2M 283K 92
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...