Bab 10

161 19 1
                                    

Langkah lemah diatur keluar dari bangunan setinggi 20 tingkat itu. Dalam hatinya sudah tertanam rasa kecewa yang maha hebat sekali gara-gara dia tidak dapat menjawab soalan panel temuduga tadi. Mawar tahu, itu akan mengurangkan markahnya tadi dan mungkin saja, peluang untuk dia diterima masuk sebagai pekerja Berjaya Holdings adalah tipis.

Tangga di hadapannya itu dituruninya. Sambil-sambil itu, kunci kereta dikeluarkan dari tas tangan. Jalan terus dilintas Mawar tanpa melihat ke arah kiri dan kanan terlebih dahulu.

"Tak apalah Mawar.. Lagipun kau dah buat yang terbaik tadi. Kalau ada rezeki, adalah tu. Kalau tak dapat pun, boleh je try apply kerja dekat tempat lain" ujarnya, lebih kepada memujuk diri sendiri.

Bunyi picitan hon kuat kedengaran dan apa yang dia tahu, tangannya seterusnya ditarik kuat sedikit membuatkan dia terdorong ke belakang. Luke angkat tangan kepada pemandu kereta Viva itu, tanda minta maaf gara-gara hal tadi. Seperti tersedar dari lamunan, Mawar terus berdiri tegak. Seolah-olah cuba memproses apa yang baru terjadi tadi. Rasa terkejut yang dirasainya hampir saja membuatkan jantungnya terhenti bekerja!

Kalau Luke tak ada tadi.. Mau mati katak aku depan company ni.. Kerja tak dapat.. Jadi arwah pula yang mendapat.. Getus Mawar dalam hati.

"Awak ni.. Masa nak melintas jalan pun boleh nak berangan ya?" Luke geleng kepala sambil memandang Mawar yang wajahnya masih pucat lesi itu.

"S-sorry.. Saya tak perasan tadi" ucap Mawar, kalut-kalut.

"Cik Mawar.. Untuk pengetahuan awak, kawasan sini kereta memang selalunya laju-laju belaka dan kita sendiri yang kena hati-hati tau. Bahayalah awak main melintas macam tadi tu. Lain kali, kalau nak melintas jangan berangan ya? Nak berangan boleh.. Tapi awak buat selepas awak melintas tau?" eh membebel pula lelaki itu.

Mawar hanya angguk kecil.

"Thanks encik Luke" ucapnya. Mawar seterusnya tunding jari ke arah hadapannya, umpama memberi isyarat untuk dia beredar. Dia perlu pergi cepat-cepat dari situ. Rasa terkejut dan malu dengan Luke masih tak habis-habis lagi ni! Tak tahu nak sorok muka dimana!

"Saya pergi dulu ya"

"Eh.. Bukan ke tadi awak ada janji nak makan lunch dengan saya?" soalan itu berjaya mematikan niat Mawar untuk terus melangkah. Dia memandang lelaki itu dengan dahi yang berkerut,

"Tapi saya tak setuju pun?" kata Mawar, mengeluarkan fakta.

"Dah awak diam.. Saya assumelah awak setuju" jeda. Luke memandang Mawar, cuba meneka jawapan dari wajah gadis itu. Dari kerutan pada dahi Mawar itu buat dia faham sendiri,

"Awak tak setuju eh?"

"Too bad, I have plans lah encik Luke.. Nak ajak encik Luke pun.. Kejap lagi encik kena masuk kerja balik lepas lunch hour.. Kat sini lunch hour habis Pukul 2 kan?"

"Good news, saya half day harini" kata Luke, sambil tersenyum menampakkan giginya yang elok tersusun itu. "Tapi ikutlah.. Kalau awak tak nak terima invitation saya harini, hari lain pun boleh juga.. Saya tak kisah.. Mana-mana pun saya okay" kata Luke lagi, tak mahu kelihatan terlalu memaksa untuk keluar dengan gadis cantik itu.

Mawar diam sekejap. Berfikir. Tak pasti sama ada mahu lelaki itu menyertai dia ataupun tidak. Dia tengah sedih dan fikirnya, dia perlukan masa sendirian untuk cari semangatnya kembali. Tapi.. Kalau ada peneman pun bagus juga.. Tak adalah rasa sunyi sangat nanti dan kau pun boleh gunakan peluang ni untuk kenal-kenal dengan dia.. Kesempatan ni Mawar.. Kesempatan yang lumayan! Getus Mawar dalam hati.

"It's gonna be a long day tau encik Luke. Sebab saya nak buat banyak benda harini"

"Well.. That sounds fun. Macam best je aktiviti awak tu" kata Luke, mencebir sedikit. "Wait am I in or something?" Luke menyoal, cuba untuk mendapatkan kepastian.

"Jom!"

Lima belas minit memandu, kereta dihentikan di lot parkir berdekatan dengan sebuah café hipster yang terletak di pinggiran kota. Luke lucutkan tali pinggang keledar sambil meninjau keadaan sekeliling. Minah ni nak pergi lepak dekat café tu ke?

"Plan pertama saya untuk hari ini, saya nak luangkan masa untuk baca buku dekat café tu" kata Mawar, sambil menunding jari ke depan, membuatkan Luke terkedu sedikit.

"You read?"

"Yes.. Why?" Mawar ketawa kecil di penghujung bicara. "Reaksi muka awak tu over sangatlah.. Kenapa? Muka saya ni nampak macam muka yang tak rajin membaca ke?"

"Agaklah.." pengakuan itu membuatkan mata Mawar membutang sedikit. "Tapi saya tak bawa bukulah Mawar dan tak ada apa-apa bahan untuk dibaca.. Tak bestlah kalau awak sorang je yang membaca nanti dan saya tak. Takkan saya nak nganga sambil tunggu awak-"

"Kalau awak nak tahu, dalam tu ada banyak buku yang best-best yang awak boleh baca tau. I'll pick the best one for you to read" potong Mawar, semangat.

Selesai memesan air di kaunter, Mawar membawa Luke ke rak buku yang penuh dengan buku-buku yang pernah dibacanya. Wajah Luke yang clueless melihat deretan buku berbahasa inggeris di rak itu mengundang tawa kecilnya.

"First time ke datang kesini?"

Luke angguk kecil bersama senyuman di bibir.

"Dan first time juga saya hang out dengan orang yang bila dia stress, dia datang sini untuk baca buku" jeda. Muka Luke tiba-tiba bertukar gelisah pula

"Eh berapa ya nombor telefon abang Grab? Saya nak baliklah. Takut duduk di sini dengan orang hebat-hebat. Rasa macam tak sekufu" lengannya seterusnya dipukul oleh Mawar dengan buku berkulit tebal. Mereka ketawa berdua.

"Cepatlah pilih buku untuk saya. Semangat saya tengah berkobar-kobar ni nak membaca" sambil-sambil itu, dia menjenguk ke arah kaunter yang terletak tak berapa jauh dari rak buku itu. Ada 2 jenis minuman sudah tersedia di atas kaunter. Tak lama, buzzer di tangannya pula bergetar, menandakan minuman mereka sudah siap dibuat.

"Rasanya coffee kita dah siap tu.. Saya pergi ambil dulu ya? Awak pilihlah dulu mana-mana buku yang sesuai untuk saya baca.. Saya nak yang ringan-ringan je tau. Plot tak nak yang heavy-heavy sangat. Sakit otak saya nak fikir nanti" pesan Luke sebelum berlalu pergi.

Buku berkulit biru itu dikeluarkan dari rak buku. Sinopsis di bahagian kulit belakang buku itu dibaca Mawar sekilas sebelum beredar dari situ. Meja kegemarannya itu masih kosong dan cepat-cepat dia menuju ke arah itu. Lambat-lambat takut diambil orang lain pula nanti.

"Pandai pilih port ya. Meja bawah aircond.. Ada lampu betul-betul atas kepala pula tu" Mawar angkat-angkat kening, seolah-olah bangga dengan diri sendiri.

"Port ni memang khas untuk saya sorang je tau dan orang lain tak dibenarkan duduk sama sekali. Which means.. Kalau saya datang, tempat ni perlu kosong. Kalau tak kosong pun tetap akan dikosongkan dengan apa cara sekalipun. Seistimewa itu tau saya disini" Luke angguk faham. Minuman yang dibawa dengan dulang tadi dialihkan ke atas meja. Dulang itu seterusnya ditempatkan ke meja kosong di sisi mereka.

"Ni yang awak bawa saya kesini ni.. Dikira istimewa juga ke, cik Mawar?"

Soalan itu berjaya membuat Mawar kaku seketika. Tak pasti jawapan apa yang dia perlu beri untuk menjawab pertanyaan itu kerana, dia tahu dia sudah terjerat dengan soalan lelaki itu. Aduh! Taklah dia nak mengaku pula?

"Luke?" sapaan itu berjaya meraih perhatian mereka berdua, membuatkan air muka Luke juga terus berubah secara total.

Sekali Ini Sajaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن