Bab 23

122 18 3
                                    

Makanan yang dihantar oleh pihak katering itu disusun satu-satu atas meja biar mudah untuk tetamu ambil makanan nanti.

Sambil-sambil bekerja, Mawar mengerling waktu di pergelangan tangan. Masih berbaki 30 minit lagi untuk dia buat persiapan dan jamuan bermula pada pukul 2 petang. Beberapa orang jiran berdekatan sudah hadir, bantu apa yang perlu.

"Dah.. Awak pergi masuk, mandi dan buat apa yang patut. Kejap lagi tetamu nak datang dah ni. Takkan awak nak pakai t-shirt dengan tudung sarung ni saja sambut tetamu nanti? Pergi bersiap cantik-cantik sikit" ujar puan Zara sambil membetulkan kerongsang di tudung.

"Ala.. Pakai macam ni je tak cantik ke ibu? Tak payahlah bersiap elok-elok.. Nanti berpeluh juga" Cepat-cepat Mawar beredar setelah melihat kerutan di dahi puan Zara yang semakin muncul itu. Risau kena pulas telinga pula nanti!

Usai mandi, Mawar bersiap-siap memakai telekung untuk solat Zohor. Alang-alang waktu dah masuk, lebih baik dia solat dulu. Risau kalau bertangguh, tak sempat pula nak solat nanti. Tak pasal-pasal jatuh dosa pula sebab sengaja tinggalkan solat.

"Mana pula perginya sejadah aku ni?" Pintu almari dikuak luas-luas. Sejadah bewarna merah jambu bersulam indah itu dicarinya. Tiada.

Mawar berfikir sejenak. Dia kemudiannya tepuk dahi

"Lupa.. Pagi tadi aku solat berjemaah dengan baba dekat bilik solat.. Aku tinggal sejadah dekat sana sebab malas nak lipat"

Terus dia menapak pula ke bilik solat yang terletak selang dua buah bilik dari biliknya. Terkedek-kedek jugalah dia berjalan gara-gara malas untuk mengangkat naik kain telekung yang dipakainya.

Langkahnya mati setelah matanya dijamu dengan figura lelaki yang membelakanginya itu sedang membentang sejadah di ruangan solat. Tak pasti reaksi apa yang perlu dia beri pada ketika itu. Pelbagai rasa muncul dalam dirinya, membuatkan fikirannya jadi kosong. Hanya sakit di hati dan rasa benci yang meninggi yang dirasainya pada ketika itu.

"Mawar dah solat?" Terhincut sedikit bahu Mawar disapa secara tiba-tiba. Terus dia menoleh ke arah datangnya suara itu.

Encik Khalid yang baru selesai menaiki tangga itu dipandang. Hanya gelengan saja diberi sebagai jawapan kepada soalan yang tadi.

Teguran encik Khalid itu juga berjaya meraih perhatian lelaki tadi untuk menoleh kebelakang. Mawar tahu dirinya turut diperhatikan oleh lelaki itu pada ketika itu.

"M-Mawar tertinggal sejadah dekat sini pagi tadi" ujar Mawar, gagap.

Encik Khalid masuk ke dalam ruangan itu, melewati Mawar. Songkok yang disimpan dalam almari kaca itu diraihnya.

"Kalau macam tu, jomlah kita berjemaah" pandangan encik Khalid berubah pula,

"Iqbaal jadi imam"

Mawar geleng tanda tak setuju. Sejadahnya yang elok terbentang itu cepat-cepat diraih dari lantai,

"Mawar tak nak jemaah. Mawar nak solat sendiri"

**

MAJLIS doa selamat itu dipimpin oleh Iqbaal, atas permintaan encik Khalid dan puan Zara. Itu yang bikin Mawar tak puas hati. Kenapa ibu dan baba langsung tak bincang mengenai soal ini dengannya terlebih dahulu? Kenapa?!

Selesai mengaminkan doa, Mawar cepat-cepat keluar dari rumah, melarikan diri daripada terus menerus tersempak dengan lelaki itu.

Layan tetamu lagi bagus!

"Jemput makan kak Sofia.. Pencuci mulut favourite akak ada dekat meja sebelah sana ya.. Makanlah jangan malu-malu" tegur Mawar sambil bersalaman dengan jiran di depan rumahnya.

"Ibu kamu beritahu akak haritu kamu dah dapat kerja. Tahniah lah ye? Lepasni kamu dah tak jual biskut-biskut dah ke? Tak dapatlah akak nak merasa air tangan kamu lagi dah"

Mawar ketawa kecil, "Demi akak, saya sangguplah turun dapur.. Uli tepung.. Khas untuk akak. Beritahu je bila akak nak, saya boleh buatkan. Don't worry kata omputeh"

"Iyalah tu" ujar kak Sofia sambil mencebir. "Akak lapar ni, Mawar.. Akak pergi ambil makanan dulu ye? Nanti kita sembang lain"

"Sila-sila"

Pemergian kak Sofia dihantar dengan pandangan mata saja. Tak berasa pula dia untuk makan pada waktu itu. Sebenarnya, perutnya lapar tapi dia malas untuk ke meja itu untuk ambil makanan. Malas nak bertembung dengan lelaki itu!

Kucing kak Sofia berjalan malas-malas menuju ke arahnya. Terus, Mawar bercangkung, memanggil binatang comel itu dengan petikkan jarinya berulang kali. Kepala kucing itu diusapnya lembut,

"I thought you hated cats?" Mawar kerling sekilas ke arah pemilik suara yang menegurnya.

Mawar diam saja. Tak berasa untuk menjawab.

"Why are you avoiding me, Mawar?"

Mawar ketawa kecil. Lebih kepada ketawa mengejek. Terus, dia bangun. Berura-ura untuk pergi.

"Lagi nak tanya soalan yang dia sendiri dah tahu jawapannya apa" gumamnya, cukup untuk lelaki itu dengar sebelum melangkah pergi.

**

LUKE turun dari kereta. Raga berisi buah-buahan yang ditempah di kedai semalam dibawa dengan sebelah tangan. Segak benar dia menggayakan baju melayu bewarna hitam untuk ke majlis itu. Pasti akan ada yang bakal angau nanti!

Langkah terus diatur menuju ke rumah banglo dua tingkat dengan rekabentuk modern itu. Salam diberi sebaik saja matanya terlihat akan figura puan Zara yang berdiri berdekatan dengan pintu pagar. Tersenyum panjang wanita itu tatkala melihat wajah kacaknya itu.

"Apa khabar aunty? Sihat?"

"Sihat.. Sihat.. Sampai pun kamu.. Dari tadi kami tunggu kamu tau" jeda. "Eh apa pula yang kamu bawa tu.. Buat susah-susah je"

Luke senyum. Bakul ditangan diangkat sedikit, "Saja bawa buah tangan sikit.. Segan pula nak datang dengan tangan kosong"

"Dengan kami pun nak segan-segan.. Tak payah seganlah. Bukannya orang lain pun. Lagipun kamu tu tak lama lagi nak jadi menantu aunty kan?" gurau puan Zara sebelum ketawa. 

Merah juga muka Luke jadinya. Malu diusik begitu!

Lengan Luke ditepuk dua tiga kali, "Aunty gurau saja.. Uncle dan Mawar ada dekat dalam tu.. Layan tetamu.. Awak masuklah makan.. Makan kenyang-kenyang tau? Make yourself at home ya son"

"Baik aunty.. Buah ni saya bawa ke dapur ya?"

"Boleh-boleh. Terima kasih ya susah-susah saja bawa buah tangan tu.. Nanti aunty panggilkan Mawar suruh teman awak makan"

Usai pamit, Luke melangkah masuk ke dalam rumah, menuju ke dapur. Mujurlah dia pernah ke rumah itu sebelum ini. Tahulah dia mengenai selok-belok rumah ini.

Tercari-cari juga dia gerangan gadis yang bernama Mawar itu. Tak nampak pula dia di sekitar halaman rumah tadi. Di meja-meja tetamu juga tak kelihatan. Sibuk buat kerja di dapur agaknya.

"It's been years Mawar!" langkah Luke diperlahankan sebaik saja suara itu menyapa halwa telinganya. Suara itu kedengaran perlahan namun tegas.

"Macam ada perbincangan serius je tu" gumamnya sendirian.

Langkah terus dihentikan beberapa tapak dari ruangan ke dapur. Tak pasti sama ada dia perlu teruskan niat untuk ke dapur ataupun tidak.

"Semuanya berlaku dengan begitu pantas and I have no control over it. Mawar ingat abang nak sangat ke semua ni jadi? Mawar ingat abang suka ke hidup dalam keadaan serba salah macam ni seumur hidup abang?"

Sekali Ini SajaWhere stories live. Discover now