Bab 27

88 14 2
                                    

Buku menu dibelek-belek oleh Mawar dari muka surat depan hingga kebelakang. Perkara itu dilakukan berulang-ulang kali tanpa tersedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh orang tuanya. Akhirnya, buku menu itu ditutup rapat dan ditolak ke tengah meja.

"I don't feel like eating anything tonight.. Mawar dah kenyang makan roti petang tadi" akhirnya dia bersuara. Puan Zara dan encik Khalid saling berpandangan seketika.

"Bila masa awak makan roti? Ibu tak nampak pun? Lepas balik kerja terus berkurung dalam bilik je.. Mana ada keluar-keluar pun" jeda. Puan Zara letakkan buku menu di atas meja.

Fokuskan pandangan kepada anak gadis dihadapannya itu.

"Anak ibu ni kenapa? Dah berapa hari ibu tengok monyok je muka tu.. Ada masalah di tempat kerja ke?" Lembut puan Zara menyoal. Pertanyaan itu dipersetujui oleh encik Khalid.

"Semalam ibu masak pun awak tak makan.. Kelmarin pun sama. Awak datang dapur untuk tolong cuci pinggan je. Itu pun turun sekejap je.. Lepastu berkurung dalam bilik balik. Awak ada apa-apa nak share dengan ibu dengan baba tak?"

Encik Khalid sudah melorotkan cermin mata yang dipakainya hingga ke pertengahan batang hidung. Menanti jawapan dari anaknya itu.

"Mawar penat sikit je sebab kerja terlampau banyak dekat ofis tu.. Kadang-kadang kena bawa balik rumah dan perlu siapkan kerja tu segera sebab kena bentang dekat bos pula.. Itu yang Mawar serabut sikit tu"

Encik Khalid dan puan Zara angguk saja. Padahal langsung tak terbeli dekat kata-kata Mawar pun. Mereka yakin, pasti ada hal lain yang membelenggu fikirannya tapi apa?

"Mawar tertinggal phone dalam kereta.. Mawar pergi ambil kejap eh"

Mawar terus berlalu pergi tanpa menanti jawapan dari orang tuanya. Puan Zara mengalihkan pandangan kepada suami di sisi,

"Rasa-rasa abanglah kan.. Anak kita tu kenapa? Zara tak rasa dia serabut pasal kerja"

Encik Khalid teguk air putih dari gelas berkaki tinggi itu seketika. Gelas itu kemudiannya ditempatkan ke tempat asal semula.

"Pasal budak yang namanya Luke itu agaknya. Mawar kan suka dekat budak tu.. Rasa-rasa saya, mereka dah lama tak contact sejak keluar Ahad lepas. Luke ke Indonesia, uruskan proses new hire syarikatnya disana" tenang encik Khalid bercerita.

"Zara dah agak dah mesti ada kena mengena pasal budak tu" puan Zara geleng kepala. "Macam mana abang tahu Luke ada di Indonesia?"

"Lepas dia hantar Mawar balik haritu, dia ada beritahu abang yang dia akan fly malam tu ke Indonesia.. Tapi Mawar tak tahu hal ni. Dia minta rahsiakan dari Mawar"

"Kenapa nak rahsiakan pula?" Berkerut kening puan Zara menyoal, tak puas hati. Encik Khalid jungkit bahu.

"Dah itu permintaan dia yang.. Abang pun tak pasti. Tak ada pula abang tanya dia lebih-lebih.. Takut dia tak selesa" air putih itu diteguk lagi oleh encik Khalid buat kali kedua.

"Dia ada minta izin dengan saya haritu untuk berkawan dengan anak kita.. Saya izinkan dan saya pesan suruh kawan baik-baik-"

"Ish abang ni.. Kawan baik-baik apanya? Tu dia dah tak contact anak kita lama dah sampai monyok anak kita jadinya. Cakap tak serupa bikin" puan Zara masih lagi tak puas hati sampai memotong bicara suaminya.

"Awak ni yang.. Bagilah mereka ruang untuk kenal-kenal satu sama lain..  Adalah sebab kenapa dia buat macamtu.. Kita yang tua ni faham-faham sendiri sajalah walaupun kita tak faham pun"

Puan Zara geleng kepala. Bibirnya dijuihkan.

"Macam-macamlah budak-budak sekarang ni bercinta. Pening kepala saya dibuatnya"

Sekali Ini SajaWhere stories live. Discover now