Bab 16

138 17 5
                                    

PC dimatikan oleh Luke sebaik saja jam bertukar angka kepada 1. Tadinya, dia sudah rancang untuk bawa Mawar makan di gerai nasi kukus viral yang terletak tak berapa jauh dari ofisnya. Dan dari perbualan di antara dia dan Mawar semalam, dia belajar yang Mawar sangat sukakan ayam goreng. Fikirnya, Mawar pasti akan suka untuk makan di gerai itu nanti. Positif!

Pintu ofis dikunci olehnya. Telefon bimbit miliknya mula menghasikan bunyi, menandakan ada panggilan masuk.

Berkerut dahinya setelah melihat mama yang terpampang di skrin. Tipulah kalau dia kata nama itu langsung tidak mencuit hatinya dan fakta, dia selalu berharap bahawa nombor itu akan muncul lagi di skrin telefon bimbitnya setelah mereka berpisah tempoh hari.

Perasaan sayang dia pada Iris masih ada.

Panggilan itu terus diangkat tanpa ragu-ragu. Segaris senyum mula muncul dibibirnya.

"Hello?"

"Luke.." suara merintih wanita itu membuatkan matanya membuntang.

"Tolong I.. I takut" esakkan wanita itu juga kedengaran. Hatinya terus dipaut rasa risau.

Apa yang berlaku kepada Iris? Kenapa dia menangis? Dia terluka ke? Atau.. Dia sedang dalam bahaya? Segala persoalan menyerangnya secara serentak pada ketika itu.

"Kenapa ni Iris? Talk to me!!"

Pintu terus dikunci ala kadar dan dia terus berlari menuju ke pintu lif.

"Luke tolong datang dekat I sekarang.. I merayu sangat-sangat.. Tolong selamatkan I.. I takut.. I perlukan you Luke"

"Okay.. Okay.. You tenang.. I datang dekat you. Okay? I datang sekarang. You ada dekat mana? Lokasi you dimana sayang? Share dekat I sekarang" kata Luke, cuba menenangkan wanita itu walhal dirinya sendiri juga tak tenang pada ketika it.

Hatinya bertambah gundah apabila pintu lif tersebut masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk buka. Terus dia berlari menuju ke tangga kecemasan dengan harapan dia bisa sampai ke kereta dengan segera.

***

BERLEGAR-LEGAR Mawar di sekitar lobi itu, menanti Luke yang nampaknya sudah lewat selama 15 minit. Pintu lif juga sekejap-sekejap dikilas, berharap lelaki itu akan keluar tatkala pintu itu terbuka.

Jarinya mengetuk skrin, sekadar mahu melihat kalau-kalau Luke ada menghantar apa-apa mesej kepadanya namun hampa. Tiada langsung tanda-tanda mesej lelaki itu masuk ke dalam ruangan inboxnya.

"Janji tadi nak jumpa dekat lobi pukul 1 sharp.. Sekarang dah pukul satu lima belas minit dah. Sempat ke nak pergi makan ni? Takut nanti thumbprint lambat pula. Dahlah harini first day aku.. Tak pasal-pasal buruk pula rekod aku nanti" sesekali dia mengeluh.

"Kenapa lambat sangat Luke ni? Entah-entah dia tak jadi kot nak lunch dengan aku.." fikiran negatif cepat-cepat diusir jauh dari minda. Dia yakin Luke akan turun nanti. He will.

"Maybe ada kerja yang dia perlu siapkan urgent kot.." Mawar bentuk-bentukkan bibir.

"But he should have told me about it earlier.. Sekurang-kurangnya mesej sajalah sekadar untuk inform aku.. Tak ada lah aku bazirkan masa lunch aku tunggu dia sorang-sorang dekat sini"

Nombor Luke didailnya. Deringan demi deringan dan panggilannya akhirnya dibiar masuk ke peti suara. Mawar mengeluh kecil,

"Masuk voice mailbox pula. Takkan meeting kot waktu-waktu macamni"

Nombor itu didail lagi. Sambil-sambil itu, Mawar ambil tempat duduk di sofa berdekatan dengan main entrance pejabat itu.

Perutnya mula berbunyi, menandakan dia betul-betul lapar. "Tak apa.. Aku tunggulah. Lagipun kesian dia nanti turun-turun aku tak ada dekat sini. Aku dah janji nak makan sekali dengan dia tadi"

Sekali Ini SajaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt