Bab 25

101 16 4
                                    

Suasana di stesen LRT itu agak sesak dengan kehadiran orang ramai. Mungkin kerana hari minggu, jadinya ramai yang ambil peluang untuk keluar berjalan-jalan bersama pasangan masing-masing. 

 "Are you not gonna tell me anything?" Ternaik kening Luke tatkala menerima soalan begitu dari Mawar. 

 "Maksudnya?"

"Pasal plan awak untuk hari ini?" Mulut Luke membulat. Dia angguk faham dan kemudiannya menggeleng.

"It's a secret. Mana boleh share dengan awak.. Nanti tak surprise"Balas Luke sambil menjuihkan bibir. 

 Mawar kecilkan mata. Tak berapa puas hati dengan jawapan yang diberi oleh lelaki itu tapi pada masa yang sama, dia teruja. Teruja untuk luangkan masa bersama-sama dengan lelaki itu hari ini. Tak kisahlah Luke tak nak cerita sekalipun. Yang penting, dia dapat meluangkan masa bersama-sama dengan lelaki itu hari ini. Itu lebih mencukupi dari segalanya. Segaris senyuman mula muncul di bibir Mawar.  Agak terbeli dengan kata-kata hatinya itu. 

 Kelihatan, kepala LRT mula muncul dari arah kiri mereka. Mawar dan Luke masing-masing bangun dari bangku itu dan terus berdiri di belakang garisan yang ditetapkan.

 "Nanti awak berdiri dekat dengan saya tau? Jangan jauh-jauh. Orang ramai ni saya risau nanti terpisah dengan awak pula. Susah saya nak jaga awak nanti kalau awak jauh dari saya" ujar Luke sambil memastikan gadis itu berada dekat dengannya. 

 Mawar pula pada ketika itu sudah tahan senyum. Bibirnya dilipat kedalam. Kawal diri daripada tersengih macam kerang busuk. Aduh kenapa comel sangat part dia cakap dia nak jaga aku tu!! Mawar sudah mula jerit-jerit dalam hati. Suka!Mawar membuntuti Luke dari belakang seperti diarahkan oleh Luke tadi. 

Dek kerana orang terlampau ramai, masing-masing tidak dapat tempat duduk. Koc yang dinaiki mereka itu juga dipenuhi oleh ramai lelaki, membuatkan Mawar jadi tak senang dan tak selesa. Tak selesa dengan mata-mata yang ditumpukan kepadanya.

 "Tak apa Mawar.. Luke ada. Dia akan jaga kau" ulangnya dalam kepala untuk tenangkan diri.

 Luke pilih untuk berdiri di penjuru koc biar Mawar bisa bersandar pada dinding dan dia bisa berdiri di hadapan gadis itu, melindungi Mawar dari bercampur dengan lelaki-lelaki yang ada dalam ruangan itu. Tiang berdekatan dengan pintu itu kemudiannya ditepuk-tepuk oleh Luke,

 "Pegang tiang ni dan jangan jatuh" pesan Luke sebelum berpaling ke hadapan semula. 

 "Kenapa awak membelakangkan saya?"

 "Saya tak nak awak rasa tak selesa kalau saya berdiri menghadap awak" Oh okay. 

 Terbit rasa menyesal pula dalam diri sebab tanya soalan begitu. Macam mana kalau dia sebenarnya tak sudi nak pandang kau sebab kau tak cantik? Sebab itulah dia membelakangkan kau, Mawar. Ah! Mawar sudah hela nafas perlahan.

 Okay ini agak menyedihkan. 

 **

TANGAN Iris merangkul lengan sasa Faizul tatkala mereka berjalan beriringan menuju ke kedai bunga di seberang jalan itu. Cadangnya mereka mahu mencari bunga segar untuk dibuat bunga tangan sewaktu majlis pertunangan nanti. Sengaja Iris memberi cadangan untuk memilih bunga itu sendiri. Biar kena dengan citarasanya.  Faizul pula hanya menurut. Asalkan gadis itu bahagia katanya.

 "Sayang, I ingat nak beli bunga daisy lah instead of bunga ros.. I plan nak beli warna campur-campur biar naik seri sikit. Boleh ke?"Faizul senyum saja sebelum mengangguk. Tangan Iris seterusnya diraih dan dipimpin sewaktu melintasi jalan raya itu. 

 "You nak beli bunga apapun belilah sayang.. I tak kisah pun. In fact, kalau you nak borong satu kedai tu pun I okay je. Asalkan I dapat kahwin dengan you" ujar Faizul sebaik saja mereka tiba di seberang jalan.Iris mencubit manja lengan lelaki itu, membuatkan Faizul mengaduh kecil.

Sekali Ini SajaWhere stories live. Discover now