Bab 17

168 20 10
                                    

Peta di aplikasi Waze yang terpapar di skrin telefon bimbit dilihatnya sekilas sebelum mata kembali ditumpukan kepada jalan di hadapan. Ikutkan peta, Luke bakal sampai di lokasi yang Iris hantar tak berapa lama lagi. Pedal minyak ditekan dalam sedikit lagi. Entah hatinya masih tidak boleh bertenang selagi dia tidak lihat keadaan wanita itu dengan mata kepalanya sendiri.

Kereta jenis Bezza bewarna hitam tersadai di bahu jalan mulai samar-samar kelihatan. Luke terus menyalakan signal ke kiri. Kereta dihentikan betul-betul di belakang kereta milik Iris. Bergegas lelaki itu keluar dari kereta. Mahu cepat-cepat lihat keadaan kekasih hati biar resah di hatinya hilang.

Cermin tingkap kereta Iris diketuk dua tiga kali umpama memberitahu wanita itu yang dia sudah tiba disitu.

"Iris!! I'm here.. Come out now.."

Pintu kereta dibuka oleh Iris dari dalam dan seterusnya dikuak luas-luas oleh Luke. Dari wajah Iris yang comot dengan air mata serta mekap dimuka itu saja sudah cukup buat dia faham bahawa wanita itu masih dalam ketakutan. Jalan disitu boleh tahan sunyi juga. Hanya hutan saja di sebelah kiri dan kanan jalan. Jarang-jarang ada kereta yang lalu disitu. Wajarlah wanita itu takut.

"Luke!!"

Segala-galanya jadi pantas dan apa yang Luke tahu, tubuhnya didakap oleh wanita itu tanpa sebarang amaran mahupun isyarat. Satu rasa yang begitu indah menjalar masuk ke dalam dirinya ketika itu. Perasaan yang sama yang dia rasakan semasa pertama kali dia melihat Iris di perpustakaan kampus, lima tahun lepas. Entah kenapa, dia rasakan perasaan itu semakin tumbuh dengan mekar dalam dirinya yang membuatkan dia nekad.

Nekad tak mahu lepaskan Iris pergi jauh-jauh dari dirinya. Dia perlu miliki Iris dan Iris wajib jadi isterinya walau tanpa restu mummy sekalipun.

Teragak-agak tangan Luke memeluk tubuh kurus itu,

"Shh.. Shh.. I'm here sayang.. Don't cry okay?" Lembut suaranya memujuk.

"T-thank you sebab datang" tersedu sedan Iris mengatur bicara. "I tak tahu nak minta tolong pada siapa lagi sebab I betul-betul buntu sampai tak boleh fikir langsung. Kepala I hanya teringat kat you, that's why I called you earlier" dalam diam, sebuah senyum mula terbit di bibir Luke.

Iris masih fikirkan tentang dia dan itu sudah cukup bikin dia bahagia untuk hari ini. Ternyata, kedudukan dirinya dalam hidup Iris masih lagi penting. Buktinya, Iris masih mencari dia untuk minta bantuan dan itu sudah cukup bermakna baginya.

"It's okay sayang.. You can always count on me.. I akan selalu ada untuk you bila-bila masa je you perlukan I.. Okay?"

Pelukkan diuraikan oleh Luke. Pipi Iris yang penuh dengan air mata itu dilap dengan belakang tangannya.

"Tak payah menangis dah.. I ada dekat sini. I tolong you okay?" Iris angguk kecil sambil tersenyum. "Sekarang, you duduk je dekat tepi tu diam-diam. Biar I settlekan kereta you." Jeda. "Kalau you panas, you duduk je dalam kereta I dulu. Pasang enjin, pasang aircond.. Kesian I tengok you sayang.. Berpeluh-peluh. Comot dah mekap you tu"

"Tak apa.. I tunggu you di sini sajalah. I nak bersihkan muka kejap ya" Luke angguk kecil. Matanya perhati saja Iris mengatur langkah ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Tanpa sedar, dia tersengih sendirian. Angau.


"So apa masalah kereta you ni sayang? Enjin tak hidup ke?"

"Tayar I dekat belah belakang tu pancit. Bahagian belakang driver. Pagi tadi I drive laju sikit sebab I dah lambat nak pergi fitting baju"

Luke tersentak seketika. Senyumnya juga automatik mati. Did she just say.. Dia pergi fitting baju?

"I rasa I ada terlanggar something tadi tapi I buat tak layan je sebab I tak sempat nak stop kereta untuk periksa tayar. I ingat tak ada apa-apa lah sebabtu I terus lanyak drive pergi ke butik tadi" tambah Iris lagi sambil menyental kapas pada muka.

Entah kenapa, Luke tidak bisa untuk bersangka baik pada ketika itu. Hatinya begitu meronta-ronta ingin bertanya tentang baju yang dicuba oleh Iris yang dicakapkan tadi. Baju apa lagi yang dicuba di butik tu kalau bukan baju nikah atau baju kahwin?

Tayar yang kempis tanpa angin itu diperiksa oleh Luke. Kalau ikutkan, perlu diganti dengan tayar spare.

"I tukarkan tayar ya. You ada tayar spare kan dekat bonet?"

"Ada.. Kejap I tarikkan tuil bonet"

Luke ke bahagian belakang kereta. Bonet kereta dibuka dan matanya dijamu dengan sepasang sepatu putih yang begitu indah dihiasi dengan manik-manik mewah. Terkaku dia seketika.

Sepatu di sebelah kiri itu kemudiannya diambilnya. Terketar-ketar tangannya memegang sepatu itu. Sepatu itu umpama mengiyakan telahannya bahawa Iris akan berkahwin tak lama lagi.

"Luke.." pandangan Luke bertukar. Wajah wanita yang kaget itu dipandang. Matanya kabur. Dia tahu air mata sudah bertakung di tubir dan bila-bila masa saja empangan itu bisa pecah.


FEED Instagram diskrol oleh Mawar laju-laju. Entah tak ada mood pula dia untuk lihat gambar-gambar tersebut, apatah lagi untuk tekan butang suka. Rasa sebal dipulaukan oleh Luke makin kuat dirasainya. Sudahlah waktu lunch tadi dia rehat sendiri gara-gara Luke mungkir janji. Mesej yang dia hantar juga tidak berbalas. Waktu terakhir lelaki itu membuka aplikasi Whatsapp pun pada pukul 11 pagi tadi.

Yang peliknya, lelaki itu hilang kemana? Sampai susah betul nak dihubungi.

"Elok campak jelah phone tu dekat sungai. Tak payah pakai phone. Call pun tak berangkat. Mesej pun tak berbalas. Eh jangan sampai aku hantar surat kat dia pakai burung merpati nanti-"

Bunyi ketukkan di pintu bilik mematikan niat Mawar dari terus mengomel,

"Kawan Mawar ada datang tu.. Ibu suruh dia tunggu dekat ruang tamu. Turun ya sayang?"

Berkerut dahi Mawar seketika. Kawan? Seingat dia, tak ada pula mana-mana kawannya rancang nak datang ke rumah malam-malam macam ni. Dalam keadaan hujan pula tu.

Terus, dia turun dari katil.

"Siapa ibu?"

"Ish.. Turun sajalah. Pakai tudung" jeda. "Ibu nak turun bawah ni.. Nak buat air. Mawar turun tau. Don't make him wait. Kesian dia datang sini dalam hujan" pesan puan Zara sebelum menutup pintu semula.

Tudung selendang ditarik keluar dari almari pakaian. Langkah terus diatur turun kebawah. Tak habis fikir dia tentang gerangan yang datang kerumahnya pada ketika itu. Figura lelaki yang duduk di sofa membelakangi dia itu dipandang dari atas tangga. Berkerut jugalah dahinya,

"Takkan dia kot?"

Kakinya terus melangkah ke ruang tamu. Lelaki itu didekatinya. Ternyata telahannya tepat.

"Kenapa awak datang? At this hour? Kan boleh je jumpa dekat tempat kerja esok" baju dan rambut lelaki itu dilihatnya. Basah. Rasa bersalah pula dirasai oleh Mawar.

Luke bangun dari duduk. Segaris senyuman muncul dibibirnya.

"Tunggu kejap.. Saya naik atas ambil baju ganti dan tuala untuk awak. Awak mandi dululah dekat bilik tetamu.. Basahkan kepala tu. Saya takut awak demam. Awak kena hujan kan tadi dekat luar tu?"

"Ayah awak dah pergi ambilkan" jeda. "Maaf sebab datang jumpa awak malam-malam macam ni. Saya rasa bersalah sebab mungkir janji tadi.. Saya ajak awak lunch sekali tapi saya sendiri tak tepati janji. Saya betul-betul ada hal penting tadi dan saya terlupa nak inform awak.. Mesti awak tunggu saya lama kan?"

"Awak boleh je mesej saya beritahu. Tapi tak apalah.. Benda dah jadi dah pun. Saya okay je" ujar Mawar, bernada merajuk sedikit. "Duduklah"

"Saya minta maaf.. Lain kali saya tak buat dah. Janji" lelaki itu angkat tangan separa bahu, seolah-olah bersumpah.

"Oooh.. So inilah sebab anak kita ni tak ada mood tadi ibu oii.." laung encik Khalid sebaik saja turun dari tingkat atas. "Kekasih hati tak lunch sekali dengan dia tadi" tambah encik Khalid lagi membuatkan mata Mawar membuntang. Luke hanya senyum tanpa kata.

"Baba.. Dia kawan Mawar jelah"

"Takkanlah merajuk dengan kawan sampai tak ada selera untuk makan malam tadi.. Sejak bila korang couple? Tak share dengan baba dengan ibu pun. Sampai hati" tambah encik Khalid lagi, galak mengusik anak perempuannya itu.

"Bakal menantu baba.. Meh baba tunjukkan awak bilik tetamu.. Awak mandilah dekat situ. Tukar baju tu sekali.. Kejap lagi kita minum teh panas sama-sama" 

Sekali Ini SajaWhere stories live. Discover now