Bab 13

105 17 1
                                    

Daniel kerling waktu di Apple watch yang dipakai di pergelangan tangan. Meeting bersama client yang diaturnya semalam akan bermula dalam masa 15 minit lagi. Pintu kereta terus ditutup dan tiub lukisan itu terus digalas pada bahu. Kereta dikunci dan dia terus mengatur langkah ke arah lift untuk masuk ke dalam bangunan pusat membeli-belah yang ternama di ibu kota itu.

Masa masih berbaki 10 minit tatkala dia melangkah masuk ke kafe Old Town itu. Meja di tepi dinding menjadi pilihannya. Biar senang client untuk mencarinya nanti. Sebuah mesej ringkas dihantar ke Encik Ramzan sekadar memaklumkan bahawa dia telah tiba di tempat meeting seperti yang telah dipersetujui bersama semalam.

Laptop dikeluarkan dari beg dan terus dihidupkannya.

"Daniel?" Dia terus mengangkat muka sebaik saja telinga terdengar namanya ditutur. Lembut betul suara tu. Jadi berdebar dia dibuatnya.

Senyum di bibir terukir panjang tatkala melihat wajah si penegur.

"Eh cik Mawar.." jeda. Automatik, dia bangun dari duduk. Terus dia lihat ke arah kiri dan kanan untuk melihat gerangan yang datang bersama Mawar ke kafe itu. Matanya seterusnya beralih ke gadis itu semula.

"Sorang je ke?"

Geleng. Jari runcing Mawar ditunding ke penjuru kafe, sekadar memberitahu bahawa dia tidak keseorangan.

"Saya datang dengan kawan.. Saya suruh dia duduk dan pesan makan dulu sementara saya datang jumpa awak.. Awak seorang saja ke? Nak join kami lunch sekali tak?"

Dalam diam, Daniel mengeluh kecil. Rugi. Rugi sebab terpaksa menolak pelawaan Mawar untuk makan dengannya. Seandainya sajalah meeting itu dibatalkan.. Mesti dia dapat makan semeja dengan gadis itu. What a loss!

"Alamak.. Saya ada meetinglah cik Mawar.. Ni pun tengah tunggu client untuk present kertas kerja.. Saya pun tak sure meeting ni akan habis bila. Rasanya macam tak dapat je nak lunch dengan awak harini" air muka dikawal sehabis baik. Tak mahu terlalu kelihatan yang dia kecewa pada waktu itu.

"I see.. By the way.. Since kita dah tersempak dekat sini-" dompet jenama Prada itu terus diraih keluar dari tas tangan yang tergantung elok di gadis itu.

Dari dompet itu saja cukup buat Daniel faham bahawa Mawar mahu membayar wang yang dihutangnya tempoh hari. Empat keping not RM50 diletakkan di atas meja dan ditolak dekat dengannya.

"Ni duit beli barang haritu" duit siling dikeluarkan pula. Sekeping siling 10 sen diletakkan di atas kepingan not RM50 tadi.

Lelaki itu geleng kepala. Geli hati pula dia lihat muka Mawar yang begitu bersungguh-sungguh mahu selesaikan hutang dengannya tempoh hari.

"Cik Mawar.. Cik Mawar.. Tekad sangat ya nak bayar duit saya ni? Siap berusaha keluarkan siling bagai" teguran Daniel itu meraih senyum dari gadis itu.

"Iyalah.. Kebetulan dah jumpa awak disini.. Better saya lunaskan hutang saya terus. Nak tunggu awak bagi nombor akaun awak kat saya? Hm lambat lagilah saya dapat. Mintalah beratus kali sekalipun awak asyik cari jalan nak mengelak je. Penat tau saya tunggu awak reply mesej saya semalam. Last-last awak bluetickkan saya je"

"Eh jangan salah sangka.. Saya tak sengaja bluetickkan awak semalam.. Saya dah taip dah nombor akaun saya tu tapi saya terlupa nak tekan butang send. Mungkin sebab saya mengantuk sangat kot semalam sampai tak boleh nak fikir dah. Kepala ingat nak tidur je masa tu sebab penat sangat siapkan drawing ni hah dari pagi" bohong Daniel, sambil menunding jari ke arah tiub hitam di atas meja.

"Saya faham.. Okaylah Daniel.. Saya beransur dulu ya? Nak order makan.. Lapar" jeda. "Terima kasih sekali lagi sebab bayarkan barang-barang saya haritu. Jumpa lagi"

Sekali Ini SajaWhere stories live. Discover now