Bab 2

384 41 0
                                    

Mawar duduk di meja solek, menyikat rambutnya yang separa basah itu sambil melihat pantulan diri di cermin. Perlahan, momen ketika di rumah Luke tadi merangkak masuk ke dalam fikirannya. Hal itu telah membuatkan dia jadi malu sendiri. Sungguh, jika diberi peluang untuk putarkan masa, memang dia akan behave sepenuhnya.

"Mula-mula terhantuk dekat kereta.. Lepastu terpana tengok kehenseman dia pula. Ingatkan kalau mengorat dia, dapatlah tukar-tukar nombor telefon.. Merasalah aku tamatkan zaman single ni hah. Last-last, dia pesan hati-hati drive je dan terus blah! Terang-terang pula tu dia reject.. Bapak malunya aku tak tau nak simpan muka ni dekat mana!!" mukanya berkerut sambil merengek kecil.

"Bodoh gila kau ni Mawar. Kelakuan kau tadi serius tak boleh dimaafkan. Memalukan seluruh keturunan betul" kepalanya jadi mangsa ketukkan dengan sikat pula.

"Tapi itulah.. Orang sekacak dia, takkanlah tak ada kekasih kan? Confirm jelah ada" sikat kemudiannya diletakkan ke atas meja solek. Ditiliknya pula wajahnya di cermin. Kiri dan kanan. Tak lama, dia membawa rambutnya ke atas pula. Menilik kecantikkan dirinya dalam diam.

"Aku pun boleh Ttahan cun juga.. Takkan dia tak tergugat langsung kot lepas tengok aku? Buta agaknya mata dia tu.. Tak reti menghargai kecantikan natural yang aku ada ni"

Dia merengek lagi sambil meramas rambut sehingga serabai. Menyesal dengan tindakkannya petang tadi.

"Harap-harap lepasni aku tak jumpa dia dah. Berselisih dekat tepi jalan pun tak nak! Kalau terjumpa juga, aku terus pergi Korea, buat muka baru. Tak adalah malu sangat muka aku ni hah lepasni" ujarnya, nekad.

***

MI GORENG yang baru selesai digoreng tadi ditempatkan ke dalam piring lalu dibawa ke meja makan. Kotak jus epal dikeluarkan dari peti sejuk dan dituang jus tersebut ke dalam gelas. Pinggan diambil dari rak di tepi sinki dan dibawa ke meja makan. Pinggan dan sudu diatur mengikut etika meja yang diajar oleh mummy. Dirumah itu, dia perlu layan mummynya bagai permaisuri. Serba serbinya perlu lengkap dan sempurna dimata puan Laila. Jika tidak, kata-kata makian saja yang akan keluar dari mulut wanita berusia lewat 40-an itu sampai dia puas hati.

Luke menanti mummynya di meja makan sambil membalas mesej kekasih hati di aplikasi Whatsapp. Tepat pukul 8.30 malam, wanita itu turun dari tingkat atas. Telefon jenama iPhone 11 ada dalam pegangan tangannya.

"Kau masak apa?" kaca mata dilorotkan hingga ke pertengahan batang hidung, melihat hidangan yang ada di atas meja makan.

"Mi goreng basah, kesukaan puan" dengan bangga Luke menjawab. Dia pantas bangun dan pergi menarik kerusi yang bertentangan dengannya itu ke belakang untuk puan Laila duduk.

"Air apa? Teh o ais ke?"

"Jus epal" jeda. Melihat riak muka mummynya itu membuat Luke buka mulut lagi,

"Puan nak air lain ke? Luke boleh buatkan"

"Tak payah" bibir dijuih kedepan. "Sendukkan aku mi tu. Nak makan. Seharian aku meeting dengan orang dari jabatan tadi. Makan pun tak sempat"

"Luke masak banyak ni.. Puan makanlah kenyang-kenyang. Luke tengok muka puan pun Luke tau puan penat. Lepas makan ni puan berehatlah. Biar esok bangun, segar badan tu"

Pinggan yang telah berisi mi goreng itu diletak di depan puan Laila. Pinggan lagi satu dicapainya dan disenduk mi itu kedalamnya sebelum dia mengambil tempat di atas lantai, disisi wanita itu.

"Puan.."

"Hm"

"Saya ada satu permintaan" mi di dalam pinggan dimain dengan garfu.

"Kau nak duit?" teka puan Laila membuatkan Luke pantas menggeleng.

"Luke nak jemput kawan Luke datang kesini esok, jumpa puan"

"Siapa? Daniel?"

"Tak.. Dia perempuan. Luke suka dia" kedengaran, sudu berlaga dengan pinggan. Umpama sudu tersebut terlepas dari peganggan tangan puan Laila.

"Luke nak kenalkan dia dengan puan. Boleh tak puan batalkan apa-apa plan puan diluar esok dan jumpa kawan Luke tu? Hanya untuk 30 minit saja dah memadai"

Luke angkat muka, menanti jawapan dari mummy. Lama permintaannya itu dibiar sepi. Risau pula wanita itu tidak setuju nanti.

"Okay" puan Laila setuju. "Dengan syarat.. Kalau aku tak suka, aku boleh reject dia. Depan-depan."

Luke terdiam seketika. Setuju tidak. Tak setuju dengan syarat itu pun tidak.

"Saya ada satu lagi permintaan" kedengaran, puan Laila mendecit. Dia tahu wanita itu marah kerana dia asyik meminta-minta saja sedari tadi.

"Apa? Kau boleh tak bagi aku makan dengan tenang Luke? Time aku makan ni jugalah kau nak bercakap banyak-banyak pun! Bagitahu cepat!"

"Maaf puan.. Tapi boleh tak esok saya panggil puan dengan panggilan mummy sewaktu kawan saya datang nanti? I don't want her to get wrong idea about you and me" mata puan Laila bergerak memandang wajah anak terunanya itu yang sedang memandangnya takut-takut.

"About what? Be precise please" Nadanya juga bertukar keras. Mungkin saja sedang marah.

"About our relationship. As a son, I believe that I should call you mom, instead of puan"

Puan Laila diam saja. Seolah-olah tidak mengambil pusing tentang apa yang Luke katakan tadi. Dia sambung menyuap mi ke dalam mulut,

"Kau nak mengajar aku pula ke?" laju Luke menggeleng.

"Tak puan. Cuma pendapat saya saja"

"Okay, she can come here tomorrow and you can call me mummy when she is around" putus wanita itu, sambil mengunyah.

Senyum panjang mula hadir di bibir Luke,

"But don't expect me to be nice to her" putus puan Laila, mengundang rasa bimbang dalam diri Luke. Dia tahu mummy tak akan pernah bercanda jika dia berkata mengenai sesuatu hal dalam nada serius.

Macam mana kalau dia tak suka Iris? Dan.. Macam mana kalau dia layan Iris dengan teruk esok? Berbagai persoalan mula menyerang minda Luke, membuatkan dia termenung seketika.

Luke seterusnya tersentak dari lamunan apabila namanya dijerit oleh mummy tadi. Sekali lagi, takut-takut dia pandang wajah wanita itu.

"Kenapa kau termenung? Fikirkan apa yang akan jadi kat kekasih kau besok ke?"

Luke geleng kecil, menidakkan walaupun telahan itu seratus peratus sejalan dengan apa yang difikirkannya pada ketika itu. Dia tunduk, tumpukan perhatian pada makanan di depannya.

"Ni cookies yang aku suruh kau ambil tadi ke?"

"Ya"

"Dah rasa?"

Geleng. "Belum"

Balang itu kemudiannya ditolak ke penjuru meja, dekat dengan dia. Luke mendongak sedikit, melihat balang di atas meja itu tanpa menyoal apa-apa soalan kepada puan Laila.

"Kau ambil cookies ni dan makan. Satu balang ni kau punya. Lepastu, tolong aku bagi review kat Facebook dia. Nama facebook dia semua ada dekat stiker dekat balang ni. Kau jangan tak buat pula. Dia dah mesej aku tanya tadi"

"Okay puan. Sebelum tidur nanti saya buat"


Sekali Ini SajaWhere stories live. Discover now