Bab 1

492 47 5
                                    

Nescafe panas yang telah dibancuh Luke tadi dituang dengan penuh berhati-hati ke dalam cawan. Asap tipis mula kelihatan, menandakan air di dalam cawan itu masih panas. Sepotong kuih seri muka dicapai dari pinggan. Dihidu kuih itu terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Masih terlalu awal untuknya ke pejabat. Dia seterusnya ambil tempat di meja makan. Ipad yang dibawa bersama tadi dihidupkan. Aplikasi Facebook dibuka, sekadar untuk mengisi masa ketika dia bersarapan.

Jari puan Laila diseret-seret ke atas skrin, tak berapa berminat untuk membaca status rakkan-rakannya. Paparan seterusnya menunjukkan senarai 'people you may know' dan satu wajah yang tidak asing baginya ada di senarai yang paling awal.

"Khalid Anuar.. Long time no see" profil tersebut ditekan. Detail mengenai lelaki itu terpapar diskrin.

"Masih handsome macam dulu-dulu." ujar puan Laila, agak kagum dengan rupa lelaki itu yang baginya masih kacak seperti dulu. Umpama tak dimamah usia langsung!

Album gambar lelaki itu dibuka. Satu persatu gambar yang ada diakaun itu dilihatnya. Mahu cari tahu mengenai lelaki itu dengan lebih dalam. Gambar lelaki itu bersama perempuan muda di majlis konvokesyen itu berjaya menarik perhatiannya. Awalnya, dia mengagak gadis itu adalah anaknya. Profil gadis itu pula dibuka.

"Mawar Aleesya Halim. Sedap nama.." sebutnya dan dari nama itu, dia tahu bahawa gadis itu bukanlah anak kandung kepada Khalid. Mungkin anak saudara dan mungkin juga anak angkat lelaki itu.

Garis masa Facebook itu Mawar dilihatnya satu persatu. Hanya gambar kek dan biskut yang dijualnya sahaja yang memenuhi akaun itu. Tiada langsung kemas kini mengenai kehidupan peribadinya dimuat naik ke akaun itu.

Dalam diam, ada sesuatu yang telah dirancang satu persatu dalam akalnya dan sebagai langkah pertama, dia perlu mendekati gadis itu terlebih dahulu untuk mendapat akses penuh kepada lelaki itu. Pautan whatsapp yang disertakan di post jualan Mawar itu ditekannya.

Perlahan, dia ukir senyum.

"Can't wait to see you soon, my dear Khalid Anuar"

***

LUKE yang baru pulang dari pejabat itu merehatkan diri seketika di ruang tamu. Fikirnya, dia mahu duduk dulu sebelum naik ke atas untuk solat asar. Jam di pergelangan tangan dikerling.

"Mummy kata ada orang nak datang hantar cookies.. Harap-harap dia datang sebelum aku solatlah"

Baru saja matanya dipejam, bunyi picitan hon kereta mulai kedengaran. Dia merengus kecil. Sakit hati pun iya.

"Baru je nak pejam mata, dah sampai. Tak boleh ke tunggu lima minit lagi baru datang? Kacau daun betul lah" malas-malas dia bangun dan pergi membuka pintu. Kelihatan, ada seorang gadis yang manis bertudung bawal itu menunggunya di luar pagar rumah.

"Ni rumah puan Laila ke?"

Luke keluar, pakai selipar. "Aah betul.. Nak deliver cookies ya?"

Langkah diatur, mendekati pagar rumah. Selak pintu dibuka dan dia keluar mendekati gadis yang sedang mengeluarkan balang biskut yang dipesan puan Laila dari tempat duduk belakang.

"Puan Laila order biskut hazelnut coklat dua balang kan?" soal gadis itu sekadar mendapatkan kepastian. Beg plastik jernih itu diraihnya dari tempat duduk.

"Ya" Luke jeda. "Dia dah bayar ke belum ya?"

Dari gerak geri gadis itu, Luke dapat agak kepalanya akan terhantuk di bahagian atas bingkai kereta itu.

"Su-" kata-kata itu jadi tergantung tatkala kepalanya terhantuk seperti yang telah diduga Luke tadi. Gadis itu berdiri lurus sambil mengaduh. Kepalanya diusap. Sakit.

Luke tahan gelak dan cuba berlagak biasa umpama kejadian itu tapi pernah berlaku sama sekali. Tak mahu gadis itu bertambah malu selepas ditertawanya nanti.

"Urm.. Dah.. Puan Laila dah bayar tadi" plastik itu dihulurkan ke arahnya dan kemudiannya mata gadis itu berpaut pada matanya.

Kaku gadis itu seketika melihatnya.

"Err.. Hai" sapa gadis itu spontan. Luke kerut dahi sebelum tersenyum. Huluran itu disambutnya.

"Hai"

"Awak hensem sangat. Hampir cair saya tadi" puji gadis itu tanpa lapik.

Straight forward sangat perempuan ni pun, fikir Luke. Kini dia ketawa kecil pula. Suka dipuji begitu dan fakta, dia memang kacak!

"Saya Mawar. Nama awak pula?"

"Luke" dia menghulur tangan untuk bersalaman dengan gadis yang bernama Mawar itu.

Melihat reaksi muka Mawar yang hanya terseyum itu membuatkan dia faham sendiri. Gadis itu tak biasa bersalaman dengan jantina yang berlawanan dengannya. Perlahan, dia menarik tangannya ke sisi kembali. Janggal.

"Sorry and.. Um.. Thanks for these cookies" plastik berisi balang biskut itu diangkat ke atas sedikit.

"No problem" jeda. Tangan Mawar menggagau mencari pemegang pintu kereta. "Saya kena pergi ni. Nak COD dekat tempat lain pula. Nanti, tolong beritahu puan Laila saya cakap terima kasih tau. Kalau dia nak repeat order lagi pun boleh. Saya open order hari-hari"

"Kalau awak nak nombor saya pun boleh" tambah Mawar dalam satu nafas. Laju. Harapnya Luke faham apa yang dikatakannya tadi.

Pintu dibuka dan Mawar cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

Luke hanya senyum. Dia mengambil beberapa langkah kebelakang, menjauhi kereta itu. Jam dipergelangan tangan dikerlingnya pantas. Hampir 6.30 petang dan dia masih belum solat!

"Hati-hati memandu" pesannya sebelum terburu-buru melangkah ke pagar rumah. Mawar yang masih belum beredar itu dibiar saja disitu. 

Sekali Ini SajaWhere stories live. Discover now