Bab 29

137 12 7
                                    

Buah epal hijau yang sudah dikupas oleh puan Izzah itu dimasukkan ke dalam mulut. Terpejam-pejam jugalah mata Luke menahan rasa masam epal itu. Tadi selepas pulang dari gym, dia terus ke rumah atok. Terkejut juga melihat wanita itu disitu. Sempat juga dia merajuk sekejap dengan puan Izzah tadi. Mana taknya? Balik ke Malaysia langsung tak beritahu dia. Tak pasal-pasal dia ter-surprised yang begitu dasyat tadi.

"Mama.. Potongkan kiwi tu pula ma.. Mama potong sedap" pinta Luke sambil menyuap potongan epal yang kedua ke dalam mulut.

"Kamu jangan pula menangis tengok bekas kekasih duduk atas pelamin dengan suaminya nanti. Kalau kamu rasa kamu tak kuat, hentikanlah angan-angan kamu tu untuk ke majlis dia. Banyak lagi benda berfaedah kamu boleh buat selain dari pergi kesana tu" pesan dato' Rahmat sebelum mencicip jus oren di tangan. Puan Izzah ketawa kecil sambil memotong buah kiwi pula.

Luke angkat tangan, beri isyarat.

"Don't worry atok.. I'm better than that"  katanya, angkuh. "Benda dah lama lepas dan luka di hati Luke ni pun dah dirawat dengan sempurna. Dah tak ada apa-apa dah yang perlu atok gusarkan lagi tentang cucu atok ni hah. He's a better man now"

Dato' Rahmat mencebir. 

"Entah ayah ni.. My son is a grown man now, ayah. Don't look down on him" puan Izzah menambah, menangkan Luke disebelahnya. Luke sengih seronok. Suka dimenangkan oleh puan Izzah.

Apple watch di pergelangan tangan dikerling sekilas. Dia masih punya waktu selama 45 minit lagi untuk bersiap-siap untuk ke majlis resepsi Iris. Badannya yang masih melekit dengan peluh itu perlu dibilas dengan air biar selesa. Dia tidak boleh terlalu berlama-lama dalam bilik air, risau keras pula Mawar menanti dirinya nanti.

"Luke naik kejap ya.. Nak mandi lepastu nak siap-siap. Luke kena hensem-hensem sebab nak keluar dengan potential girlfriend" kening diangkat dua tiga kali sebelum berlalu pergi ke tingkat atas, menuju ke biliknya.

"Tak cerita pun pasal kekasih baru ni dekat mama" laung puan Izzah, agak tak berpuas hati.

"Kejap lagi Luke balik sini, Luke cerita" laungnya semula sambil meneruskan langkah ke tingkat atas.

***

MAWAR berdiri di hadapan almari yang pintunya sudah dikuak luas-luas sejak sejam yang lalu. Sesekali dia mengeluh. Buntu. Tak tahu baju yang mana yang sesuai untuknya pakai untuk ke majlis nanti.

"Aduh macam mana nak keluar ni? Aku tak ada baju nak pakai!!" jam di dinding dikerlingnya sekilas. Bertambah kalut tangannya menyelak pakaian yang tergantung elok dalam almari itu.

"Sejam lagi Luke dah nak sampai.. Aku ni satu apa pun belum siap lagi. Mekap pun belum lagi.. Tudung pun belum bergosok.. Serabutnya aku, ya tuhan" rintihnya lagi dan akhirnya, tangannya terhenti pada sepasang baju kebaya yang baru dibelinya beberapa bulan yang lepas dan masih belum dipakai lagi.

Baju kebaya berwarna coklat cair itu terus ditarik keluar dan digantung pada pintu almari. Dibelek-belek juga olehnya seketika. Ragu-ragu sama ada mahu memakai baju itu ataupun tidak.

"Takkan nak pakai baju ni pula.. Dengan lace penuh satu baju.. Nanti tak pasal-pasal dia ingat aku pakai cantik-cantik macam ni semata-mata nak mengorat dia pula" dia menggumam.

"Macam mana kalau aku terlebih over dari pengantin? Tak pasal-pasal pengantin suruh pak guard halau aku pula dari majlis tu.. Kesian dekat Luke. Tak pasal-pasal dapat malu nanti sebab aku"

Setelah diamati dan difikir sedalam-dalamnya, Mawar memutuskan untuk memasukkan baju kebaya itu ke dalam almari semula. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu menyimpan baju itu ataupun tidak. Dia sudah tidak punya masa untuk cari baju yang lain dan akhirnya dia memutuskan untuk memakai saja baju itu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 31, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sekali Ini SajaWhere stories live. Discover now