Bab 5

298 33 0
                                    

Biskut red velvet nutella itu disusun dengan berhati-hati ke dalam balang. Resepi itu diolah sedikit selepas dibaca di internet tadi. Mujurlah rasanya boleh tahan sedap. Kalau tidak.. Mungkin bakal dibakul sampahkan saja semuanya. Membazir.

Baki biskut yang ada itu disusun pula cantik-cantik di dalam pinggan untuk diambil gambar. Fikirnya, dia akan memuat naik gambar tersebut ke akaun facebook dan jika sambutan memberangsangkan, dia bercadang untuk jual biskut itu nanti.

Telefon bimbit yang dicaj di tepi peti sejuk itu diraih Mawar. Hampa rasanya bila tiada notifikasi dari Whatsapp muncul di skrin. Atau yang lebih tepat lagi, mengapa tiada notifikasi dari jejaka yang bernama Luke itu muncul di paparan telefon bimbitnya? Dari pagi dia tunggu, sampai sekarang tak ada tanda-tanda lelaki itu nak balas pun. Dia hela nafas,

"Dia ni palau aku ke?" ruang sembang Luke dibukanya. Mesej yang dihantarnya tadi masih belum bertanda biru, menandakan Luke masih belum baca apa yang dihantarnya tadi.

"Aku balas pukul 7 pagi tadi kot.. Sekarang dah pukul 4.30 petang. Dah nak dekat 10 jam dah ni aku tunggu. Tak ada pun tanda-tanda macam dia nak balas" gumamnya sendirian sebelum kembali ke kitchen island yang terletak di pertengahan ruangan dapur itu.

"Tak boleh ke return balik energy yang sama aku bagi kat kau? Bukan susah pun nak balas. At least tak payahlah buat aku nampak bodoh sorang-sorang macam ni. Tak ada hati perut betul. Apa yang dia buat sampai busy sangat tak sempat nak baca mesej yang aku hantar tu?"

Biskut di dalam pinggan yang tadinya mahu diambil gambar itu diambil satu dan disuap ke dalam mulut. Sambil-sambil mengunyah, dia memikirkan segala kemungkinan tentang mengapa lelaki itu masih belum membalas mesejnya. Takkan tidur sampai petang kot?

Spontan, matanya dijatuhkan pada baki biskut yang ada di tangannya. Terus, akalnya terfikirkan sesuatu. Dia koyak senyum lebar.

"Ish.. Ish.. Terbuat banyaklah pula biskut ni. Ibu dengan baba pun tak ada nak habiskan. Membazirnya kalau tak ada yang nak makan.. Nanti kalau dah masuk angin, lepastu lemau dah tak sedap dah.. Nak telan pun tak lalu" katanya sambil geleng-geleng kepala.

Satu balang kecil dikeluarkan dari laci kitchen island itu. Penutupnya dibuka. Kertas doyley seterusnya diambil dari laci dan diletatakkan sebagai alas biskut itu di dalam balang.

"Nak elakkan dari membazir punya pasal, terpaksalah aku hantar sikit biskut ni kat orang lain.. Sekurang-kurangnya ada yang makan.. Aku tak suka membazir. Nanti tuhan marah" sengaja dia ulang perkataan membazir itu dua tiga kali. Biar dia ada sebab untuk pergi ke rumah itu dan berjumpa dengan si dia lagi.

Si dia tu tak lain tak bukan.. Haruslah encik Luke!

"Lagipun.. Tak salah kalau kita berkongsi-kongsi rezeki. Apa orang kata? Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Gitu" jeda. Dia beri perhatian pada kegiatan menyusun biskut tersebut ke dalam balang kecil di hadapannya. Kena susun elok-elok biar nampak kemas!

"Nanti nak cakap macam mana ya? Tak ke pelik tiba-tiba saja datang rumah dia bagi cookies. Padahal dia tak order pun. Kalau dia syak aku pergi rumah dia semata-mata nak jumpa dia macam mana?"

Mawar berhenti menyusun dan termenung seketika. Fikirkan alasan yang dia akan bagi nanti bila Luke tanya mengenainya.

"Ah biarlah.. Aku nak bagi makanan saja pun. Bukannya nak bagi cincin merisik. Benda normal je kot. Lagipun tak pernah lagilah ada orang yang tolak makanan dalam sejarah hidup aku ni hah.. Makanan percuma pula tu. Orang gila pun nak!"

Sekali Ini SajaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang