tujuh belas

1.2K 52 3
                                    

"Dia nak lepaskan aku.."

Kata-kata dari Ain Farhana membuatkan Aisya Syarina terkejut.Betul ke apa yang didengarinya?

"Kau biar betul?" katanya seakan tidak percaya.

Tidak mungkin lah Izwan Farhan mahu melepaskan sahabatnya itu.

"Salah ke aku selalu jumpa Aiman?Aku jumpa dia hanya sebab Nadia.Iz je yang cemburu tak bertempat.." ujar Ain Farhana tidak berpuas hati.

"Ain,aku bukan nak sebelahkan Iz tapi betul lah.Kau rapat sangat dengan Aiman.Nak rapat dengan Nadia,tak de masalah tapi jangan lah sampai kau abaikan suami dan anak-anak kau.Dorang tu kebahagiaan kau.." pesan Aisya Syarina.

"Aku tak pernah lupakan dorang.Dorang nyawa aku,Aisya.."

Ain Farhana melepaskan keluhan.Tidak tahu mahu berbuat apa.Dia tidak pernah lupa keluarga kecilnya.

"Lelaki ni,memang susah untuk kita faham.Kau sendiri pun tahukan perangai Iz macam mana?Dia suka dia diam,marah dia diam.Semuanya lah.Tapi,once dia mula bersuara,maknanya dia betul-betul kecewa dengan kau,Ain.Ye,aku ni tak de lah faham Iz tu sangat sebab aku bukan wife dia tapi ni lah yang aku nampak.Dia cakap macam tu pada kau tak bermakna dia betul-betul maksudkan.."

Ain Farhana cuba menghadam kata-kata sahabatnya.Mungkin ada benar juga kata-kata Aisya Syarina.

♡♡♡♡

Izwan Farhan tiba di rumah umi dan walidnya.Wajahnya agak kusut.Pelik Puan Fatihah melihat anak bongsunya begitu.

"Iz,kamu okay?" tegur Puan Fatihah.

"Okay je,umi.." balas Izwan Farhan bersahaja.

Tiba disaat itu,Ain Farhana tiba di rumah ibu dan bapa mertuanya.Salam diberikan.

"Lah,Ain pun datang sini juga?" kata Puan Fatihah sebaik sahaja menantunya itu selesai menyalamnya.

"Ain memang nak datang sini,umi.Tak sangka pula Iz dah datang dulu.." balas Ain Farhana sambil mengambil tempat di sebelah suaminya.

Izwan Farhan mula berdiri.

"Eh,kamu nak ke mana ni?" soal Puan Fatihah apabila melihat anaknya yang berdiri.

"Nak tengok Airil dengan Airin kejap.Iz naik dulu.." laju sahaja Izwan Farhan melangkah ke anak tangga.

Ain Farhana tahu suaminya itu sengaja ingin melarikan dirinya.Agaknya sudah benci melihat dirinya.

"Ain,kamu berdua ada masalah ke?Umi tengok Iz tu semacam je.Biasalah Iz tu kalau umi tanya mestilah dia cakap okay je.Ni mesti ada benda kan?" kata Puan Fatihah yang sudah mula curiga.

Ain Farhana memandang wajah ibu mertuanya.Memikirkan jawapan apa yang patut diberikan.

"Err..kami okay.Mungkin pasal kerja kot.Biasalah.."

Rasanya itulah jawapan yang paling selamat.Dia sebolehnya tidak mahu ibu mertuanya susah hati akan hal mereka.

"Kalau pasal kerja tak pe lah.Umi bukan apa,umi tak suka kalau anak-anak umi ada masalah dalam rumahtangga ni.Gaduh tu biasalah cumanya selesaikan baik-baik.Jangan buat keputusan melulu.."

Ain Farhana mengangguk faham.Dia tersenyum tawar.

♡♡♡♡

Ain Farhana memasuki bilik tidur selepas menjenguk hero dan heroinnya.Kelihatan suaminya sudah lena membelakanginya.

Dia memerhati suaminya.Rindu ingin bergelak ketawa bersama,usik-mengusik bersama.Namun,dua tiga hari ni,tiada itu semua.

Yang ada hanyalah perbalahan.Dia sendiri buntu mahu berbuat apa.Dia mula membaringkan tubuhnya.Selimut ditarik bagi menutupi tubuhnya.

Dia juga baring membelakangi suaminya.Matanya mula dipejamkan.Berharap masalah akan hilang begitu sahaja dan mereka akan kembali normal seperti biasa.

Namun,dia tahu.Itu mustahil.Masalah antara mereka akan selesai sekiranya mereka berkomunikasi.Tapi sekarang ini,masing-masing seakan membuat hal masing-masing.

Kalau berbual pun soal anak-anak.Dia cuba ingin berbaik dengan suaminya itu namun suaminya itu seakan tidak mahu memberi kerjasama.

Izwan Farhan yang berpura-pura lena itu membuka matanya.Dia juga rindukan isterinya namun egonya menghalang.

Dia mahu isterinya itu memahami dirinya.Ambil peduli tentang dirinya.Kata-katanya tempoh hari hanyalah ingin mengertak isterinya sahaja.

Bukan kemahuannya pun mahu berpisah.Dia berharap semoga isterinya itu sedar akan kesilapannya.





My Cousin..I LOVE YOU 2 Kde žijí příběhy. Začni objevovat