tiga belas

1K 50 0
                                    

"Ain ke mana?" ujar Izwan Farhan tatkala melihat isterinya yang baru masuk ke dalam rumah.

"Err.."

Ain Farhana memandang suaminya.Tidak tahu mahu berterus terang ataupun tidak.Takut jadi pergaduhan pula nanti.

"Ain tahu tak abang risau?Abang dah pesan pada Ain kan supaya balik terus?Kenapa tak balik terus?Kalau Ain nak pergi mana-mana,bagitau abang.Jangan buat abang tak tentu arah risaukan keselamatan Ain.."

Izwan Farhan mula beredar dari situ.Ain Farhana masih berdiri kaku di ruangan itu.

Dia kemudiannya mula mengatur langkah ke arah anak tangga.Sampai sahaja di bilik,kelihatan suaminya sedang berdiri di balkoni bilik.

Dia tidak mahu menganggu suaminya.Biarlah suaminya itu sejuk dahulu.Pantas tangannya menanggalkan shawl yang menutupi kepalanya dan mencapai tuala.

♡♡♡♡

Izwan Farhan melepaskan keluhan untuk kali berapa pun dia tidak kira.Dia memikirkan hubungannya bersama isteri tercinta.

Adakah Ain Farhana sudah mula tawar hati dengan dirinya?Mungkin sebab itu isterinya mula buat perangai.Dia sendiri tidak pasti akan soal itu.

"Fikir apa,bro?" tegur Asyraf Khairil.

Tersentak Izwan Farhan dibuatnya.Tiba-tiba sahaja kedengaran suara sahabatnya yang seorang itu.

"Fikir siapa lagi?Ain lah.." jujur dia berkata.

"Aku minta maaf bagi pihak Aisya.Aku tak sangka pula dia bagitahu kau.Aku dah cakap jangan tapi dia buat juga.." ujar Asyraf Khairil serba salah.

"Tak pe lah.Bukan salah Aisya pun.Lebih baik aku tahu sekarang.Kau rasa Ain masih sayang aku lagi ke?"

Agak lama Asyraf Khairil berdiam diri.Dia tidak tahu mahu membalas apa pada persoalan sahabatnya itu.

"Err..Iz,kau janganlah fikir yang bukan-bukan.Aku yakin Ain sayang kau cumanya cara dia yang salah.." katanya sambil cuba untuk menyedapkan hati Izwan Farhan.

♡♡♡♡

Ain Farhana menuju ke bilik puterinya.Kelihatan Airin Izzati sedang baring di atas katil sambil memeluk patung doraemonnya.Dia pantas mendekati si kecil.

"Hei,tak tidur lagi?" tegurnya.

"Airin tak boleh tidur lah,ibu.Ibu dodoikan Airin.." pinta Airin Izzati.

"Boleh,sayang.."

Ain Farhana tersenyum.Dia mula membetulkan selimut yang menutupi tubuh anak perempuannya.Dia mendodoi Airin Izzati.

Puterinya itu mula memejamkan mata.Setelah memastikan anaknya lena,dia melangkah keluar dari bilik itu.

Dia menuju ke pula ke arah bilik anak lelakinya.Pintu bilik dipulas.Kelihatan suaminya turut ada di dalam bilik Airil Irsyad.

Ain Farhana hanya memerhati dari luar.Tidak jadi untuk masuk.Izwan Farhan yang perasan akan kehadiran isterinya itu mula memandang.

Pandangan mereka bersambung.Namun hanya seketika.Ain Farhana mula melarikan diri masuk ke dalam bilik.

Izwan Farhan keluar setelah memastikan heronya sudah tidur.Dia mula mencari kelibat isterinya.

Kelihatan Ain Farhana sudah baring di atas katil sambil membelakanginya.

"Abang harap Ain tak lupa kami dalam rumah ni.." ujarnya yang juga baring membelakangi isterinya.

"Abang cakap apa ni?Ain tak lupa sesiapa lah dalam rumah ni.." kata Ain Farhana tidak puas hati akan kata-kata suaminya.

"Mungkin Ain tak lupa tapi cara Ain yang buat Ain seakan lupakan kami.."

Ain Farhana melepaskan keluhan.Tidak faham apa maksud yang disampaikan Izwan Farhan.

"Aiman tu penting ke dalam hidup Ain?" soal Izwan Farhan tidak lama kemudian.

"Abang boleh tak stop merepek?Ni kenapa libatkan Aiman dalam masalah kita?Dia tak salah pape lah!"

"Kenapa Ain nak melenting?Abang cuma bertanya.Abang tidur dulu.Good night,sayang.."

Izwan Farhan mula memejamkan matanya.Ain Farhana memusingkan tubuhkan menghadap Izwan Farhan yang membelakanginya.

Lama dia menatap tubuh itu.







My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now