lima belas

1.1K 39 0
                                    

"Ibu tengok seminggu ni kamu je yang ambil budak-budak ni.Ain mana?" ujar Puan Aina.

Ya,keluarga mertua dan kedua orang tuanya sudah kembali pulang dari menunaikan umrah.

"Err..Ain busy sikit,ibu.." balas Izwan Farhan sambil mengcover isteri kesayangannya itu.

Dia tidak mahu ibu mertuanya itu tahu permasalahan mereka.Selagi dia boleh handle masalah itu,dia akan handle.

"Iz,kalau Ain ada buat salah,Iz tegur ye?Jangan buat dia hanyut lakukan kesalahan yang sama.Ibu cakap ni,ibu tak tahu apa masalah kamu berdua tapi Airil ada bagitahu ibu.Biasalah budak-budak.Dorang cakap apa yang dorang nampak dan dengar.." pesan Puan Aina kepada menantunya.

Bukan dia tidak tahu peribadi anak muda itu.Dari kecil lagi mereka berkeluarga.

Izwan Farhan memandang kedua anaknya yang berkejar-kejaran di halaman rumah ibu mertuanya itu.

"Iz bukan tak nak bagitahu ibu masalah kami tapi Iz rasa Iz masih boleh selesaukan masalah Iz dengan Ain.." ujarnya tidak lama kemudian.

Perasaan serba salah terhadap ibu mertuanya bertandang.

"Ye lah.Ibu percayakan kamu.." kata Puan Aina.

♡♡♡♡

"Ibu!" jerit Airin Izzati apabila Ain Farhana membuka pintu rumah.

Teruja akan kepulangan ibu tersayang.Terkejut Ain Farhana dibuatnya.

"Kenapa ni,Airin?Jerit-jerit.Terkejut ibu tau tak?" ujarnya sedikit meninggi.

"Nak dukung,ibu.." kata Airin Izzati mengada.

Kedua-dua lengannya sudah diangkat ke atas.

"Ibu penat lah,Airin.Airin kan dah besar.Tak payah lah dukung-dukung ni.Tahun depan nak masuk tadika kan?Tak malu ke?" setelah berkata begitu,Ain Farhana segera beredar ke arah anak tangga.

Airin Izzati sudah tercebik-cebik bibirnya.Air matanya juga mengalir tumpah membasahi pipinya.Dia dimarahi ibunya.Siapa sahaja yang tidak sedih?

Izwan Farhan yang baru selesai mencuci pinggan di dapur segera mendekati puterinya yang menangis sambil berdiri itu.

Tubuh kecil itu segera didukung dan dipujuk.

"Kenapa ni?Siapa buat dia?" soalnya sambil menyeka air mata Airin Izzati.

"Ibu.." balas Airin Izzati tersedu sedan.

"Ibu marah Airin.." kata si kecil itu lagi tidak lama kemudian.

"Ibu tak marah Airin.Ibu kan sayang Airin.Ibu cuma penat.Jangan lah menangis macam ni.Tak comel tau tak?" pujuk Izwan Farhan.

Semakin hari semakin dia rasakan isterinya itu mula melampau.Selama hari ini,mana pernah isterinya itu meninggikan suara terhadap anak-anak mereka.

Bukan dia tidak dengar apa yang diperkatakan isterinya itu tadi.Dia tidak mahu masuk campur tadi kerana dia tahu boleh mencetuskan pergaduhan antara mereka pula nanti.

Belakang badan Airin Izzati diusap beberapa kali.

"Kita keluar nak?Ayah belanja aiskrim.."

Laju sahaja si kecil itu menganggukkan kepalanya.

♡♡♡♡

"Mama.."

"Mama.."

Aiman pantas mendekati puteri kesayangannya.Kedengaran Nadia Amyra sedang meracau.

"Sayang,papa ada ni.." pujuk Aiman.

Nadia Amyra membuka kelopak matanya.

"Nadia nak mama.." ujarnya sambil bangun dari pembaringan.

"Sekarang pukul 3.30 pagi,sayang.Esok je lah papa bawa Nadia jumpa Mama Ain.Sekarang Nadia kena tidur.."

"Tak nak!Nadia nak mama.Kenapa mama tak tidur rumah kita?Kenapa mama tak tinggal dalam rumah ni?" kata Nadia Amyra mula memberontak.

"Berapa kali papa nak kena bagitahu Nadia ni?Mama Ain cuma doktor Nadia je!Bukan mama Nadia!" marah Aiman apabila anak tunggalnya itu seakan tidak mengerti.

Nadia Amyra mula menangis apabila dimarahi sebegitu.Aiman meraup wajahnya.

"Okay-okay,papa minta maaf.Papa janji esok kita jumpa Mama Ain.." pujuknya sambil memeluk erat tubuh si kecil.

Nadia Amyra masih menangis dalam rangkulan papanya.Sesudah itu,Aiman membaringkan semula si kecil itu.Tubuh si kecil itu mula ditepuk agar kembali lena.



My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now