empat

1.2K 46 2
                                    

Airil Irsyad bermain dengan ultramannya.Banyak koleksi ultraman yang dimilikinya.Semuanya atas kebaikan ayahnya.

Jika dia minta pada ibunya,pasti ibunya tidak membenarkannya untuk membeli.Kata ibunya,dia sudah ada banyak.

"Airil,mari makan dulu.." ajak Puan Fatihah.

Airin Izzati awal-awal lagi sudah duduk di meja makan.Itupun beriba di atas Encik Izman.Maklumlah,dirinya masih kecil.

Airil Irsyad memanjat kerusi lalu duduk.

"Nenek,minggu depan hari lahir Airil.Ibu dengan ayah ingat tak?" ujarnya dengan riang.

"Mestilah ibu dengan ayah ingat.Airil kan anak kesayangan dorang.." kata Puan Fatihah.

Dia menceduk nasi ke pinggan cucu lelakinya itu.Lauk kegemaran Airil Irsyad,ayam masak kicap diletakkan ke dalam pinggan.

"Airil nak hadiah apa?Cakap je pada atuk.Nanti atuk belikan.." kata Encik Izman pula.

"Airil nak tambah koleksi ultraman.." laju sahaja si hero itu membalas.

"Ye lah.Sekarang ni,makan dulu puas-puas.Tak baik makan sambil bercakap.Nanti makan dengan syaitan.." tegur Puan Fatihah.

♡♡♡♡

Nadia Amyra sudah sedarkan diri.Aiman mengucap syukur yang tidak terhingga.Rindu pada puterinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Papa,Nadia nak doktor ni jadi mama Nadia boleh kan?" ujar Nadia Amyra tanpa segan silu.

Ain Farhana yang baru sahaja memeriksa si kecil itu hanya mendengar.Dia memandang Aiman.

"Mana boleh,sayang.Doktor ni doktor Nadia je.." balas Aiman sambil mengusap kepala anak tunggalnya.

"Nadia tak kira.Nadia tetap nak doktor ni jadi mama Nadia.Boleh kan,doktor eh mama?"

Ain Farhana hanya tersenyum.

"Boleh sayang tapi Nadia kena makan ubat dulu baru doktor jadi mama Nadia.." balasnya.

"Okay.." kata Nadia Amyra gembira.

Dia sudah ada mama.Seronoknya.

"Err..Ain,kau tak payahlah layan sangat si Nadia ni.Dia ni mengada sikit.." ujar Aiman.

Dia risau akan penerimaan Ain Farhana terhadap anak tunggalnya.

"Tak de apa lah.Biasalah budak-budak.Aku okay.."

"Tak sangka pula dia boleh ngam dengan kau.." kata Aiman tidak lama kemudian.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Ain Farhana kurang mengerti.

"Nadia ni susah nak rapat dengan seseorang tapi dengan kau,macam tu je.Pelik lah aku.." balas Aiman bersama sengihan.

"Aku rasa Nadia ni betul-betul perlukan seorang mama.Carilah pengganti arwah.Aku bukan nak memandai cuma ni pendapat aku je.Kau jangan salah faham pula.."

"Kau ada.." usik Aiman.

Ain Farhana terkaku seketika.Apa kena mengena dia pula dalam hal ni?

"Aku gurau je,Ain.Janganlah serius sangat.." ujar Aiman apabila melihat wajah doktor muda itu yang mula serba tidak kena.

"Ish,kau ni!Gurau pun agak-agak lah.Okaylah,aku keluar dulu.Nadia,mama keluar dulu.Mama kena sambung rawat orang.Nadia rehat ye?"

Nadia Amyra menganggukkan kepalanya.

♡♡♡♡

Petang itu,mereka berdua melangkah keluar dari hospital bersama-sama.Mujurlah mereka tidak on call.

Mereka tiba di rumah Puan Fatihah dan Encik Izman.Kelihatan dua anak mereka sedang berlari di halaman rumah.

"Hujung minggu ni birthday Airil.Kamu berdua cuti tak?Ingat tak birthday anak ni?" ujar Puan Fatihah.

Ain Farhana dan Izwan Farhan saling berpandangan.Bukan mereka tidak ingat cumanya mereka risau akan jadual kerja yang tidak menentu.

"Ingat umi.Apa pula tak ingat?" balas Izwan Farhan tenang.

"Baguslah.Umi tak nak cucu umi terabai.Umi faham kerja kamu berdua tapi jangan sampai abaikan anak,abaikan tanggungjawab.." bebel Puan Fatihah lagi.

"Umi ni.Kami takkan macam tu.."

Izwan Farhan tersengih.

"Airil,Airin.Mari sini.Dah lah berlarinya.Nanti jatuh,sayang.." kata Ain Farhana.

Airil Irsyad dan Airin Izzati mendekati ibu dan ayah mereka.Airin Izzati berada di atas riba Ain Farhana.Manja sungguh puteri kecil itu.

Setelah lama berbual,mereka meminta diri pulang ke rumah.










My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now