tujuh

995 43 0
                                    

Panggilan telefon yang berdering menyentakkan Izwan Farhan.Nombor yang tidak dikenali.Hurm.Dia mula menekan punat hijau.

"Assalamualaikum,Encik Izwan?Saya cikgu kepada anak encik,Airil Irsyad.Dia tak sihat.Beberapa kali juga dia muntah.Kalau tak keberatan,boleh Encik datang sekarang?Saya dah cuba call Puan Ain tapi tak berjawab.Maaf ganggu,encik.."

"Baik,saya datang segera.."

Dia segera bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar dari biliknya.

Pada masa yang sama,dia cuba menghubungi isterinya namun tidak berjawab.

Disaat itu,dia bertembung dengan Aisya Syarina.

"Ain mana?" ujarnya cemas.

"Ain ada operation.Asal kau cemas semacam ni,Iz?" soal Aisya Syarina pelik melihat suami sahabatnya dalam keadaan sebegitu.

"Airil tak sihat.Ni aku kena pergi tadika dia.Kalau kau jumpa Ain nanti tolong maklumkan pada dia.Aku balik dulu.." kata Izwan Farhan kemudian segera mengatur langkah keluar dari hospital.

♡♡♡

Izwan Farhan tiba di tadika anak sulungnya.Terkejut dia melihat Airina.Sepanjang dia menghantar atau mengambil anaknya,langsung tidak pernah melihat gadis itu di tadika itu.

"Kau buat apa kat sini?" soalnya.

"Aku tolong kawan aku.Aku ni macam guru ganti lah kat sini.Oh ye,Airil ada kat dalam.." balas Airina yang turut terkejut melihat lelaki yang diminatinya di zaman sekolah.

Jadi,tadi dia bercakap dengan lelaki itu di telefon?Dia tersenyum sendirian.Lelaki itu masih sama cuma kini kelihatan lagi segak.

Dia kembali menyedarkan dirinya.Dia sudah ada Akmal.Mana boleh ada perasaan pada Izwan Farhan lagi.

Siapa sangka jodohnya bersama Akmal?Apa pun,dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik.

Izwan Farhan mendukung Airil Irsyad yang kelihatan lemah itu.Muka anaknya itu sungguh pucat dan lesu.

"Aku balik dulu,Airina.Thanks.."

"Tak de hal lah.Erm..kirim salam pada Ain nanti.."

"Kau pun sama.Kirim salam pada Akmal.." pesan Izwan Farhan.

"Ye lah.."

♡♡♡♡

Ain Farhana tiba di rumah.Terkocoh-kocoh juga dia disaat mendapat berita anak lelakinya demam.

Dia mendekati Airil Irsyad yang terbaring lemah di sofa ruang tamu itu.Dia mengusap kepala dan meraba dahi anak lelakinya itu.

"Maaf abang,Ain busy sangat hari ni.." ujarnya sambil meminta maaf kepada suaminya.

"Tak pe,abang faham.." balas Izwan Farhan.

"Ibu,abang demam?Hari tak hujan pun.Macam mana abang boleh demam?" kata Airin Izzati sambil memandang abangnya yang sedang tidur itu.

Ain Farhana dan Izwan Farhan berpandangan sesama sendiri.Mereka tersenyum.

"Airin,tak semestinya nak tunggu hujan baru boleh demam.Nanti Airin dah besar,Airin tahu lah.Jadi doktor ye,besar nanti.." balas Ain Farhana.

"Airin tak nak jadi doktor.." kata Airin Izzati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Mereka berdua tidak mahu memaksa anak-anak mereka dalam pemilihan kerjaya apabila besar nanti.Mereka hanya menyokong sahaja.Janji kerja itu kerja yang baik.

"Esok Ain ambil cuti boleh?Abang bukan apa.Abang cuma tak nak susahkan ibu dengan umi.." ujar Izwan Farhan tidak lama kemudian.

"Okay.Erm..Ain naik dulu lah.Nak mandi.." ujar Ain Farhana sambil mula berdiri.

Izwan Farhan mengangguk faham.Ain Farhana mula mengatur langkah ke arah anak tangga.Anak tangga itu didakinya.Bilik tidur dituju.

Dia berehat sebentar di atas katil king yang empuk itu.Tiba disaat itu,fonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.Dia melihat nama yang tertera pada skrin.Pantas tangannya menyentuh punat hijau.

"Mama!"

Kedengaran suara Nadia Amyra apabila talian disambungkan.Ain Farhana hanya tersenyum.

"Ye,sayang.Mama ada ni.Kenapa call ni?"

"Nadia rindu mama.." luah anak kecil itu.

"Insya-Allah,nanti kita jumpa ye?"

"Okay,mama.."

Agak lama juga dia berbual dengan Nadia Amyra.Setelah itu,talian dimatikan.Dia mula mencapai tuala dan beredar ke arah bilik air.







My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now