lima

1.1K 44 0
                                    

Hari itu merupakan majlis hari lahir Airil Irsyad.Majlis yang diadakan hanyalah kecil-kecilan sahaja.Tetamu pun hanyalah kaum keluarga sahaja.

"Ain mana?" soal Encik Fakhri sambil meliar mencari kelibat anak perempuannya.

"Belum balik lagi,ayah.." balas Izwan Farhan.

"Majlis nak mula dah ni.Call Ain.Suruh dia balik sekarang juga.Kamu berdua tak de on call kan hari ni?" arah Encik Fakhri.

Izwan Farhan hanya mengangguk.

"Baik,ayah.."

Dia pantas mendail nombor isteri tercinta.

Ketika itu di hospital,Ain Farhana sedang rancak berbual dengan Aiman.Dia sebenarnya sudah mahu pulang namun dia teringat akan Nadia Amyra.Jadi dia singgah sebentar di situ.

"Mama,fon mama berbunyi.." ujar Nadia Amyra.

Ain Farhana menuju ke arah handbagnya.Diseluk tangannya ke dalam.Apabila menjumpai fonnya,dia pantas menekan punat hijau.

"Abang?Kenapa ni?" ujarnya.

"Ain kat mana?Majlis Airil dah nak mula.."

"Ya Allah,Ain lupa!Baik,Ain balik sekarang.."

Dia segera mematikan talian.

Aiman yang memerhati dari tadi terus bertanya apabila melihat sahabatnya itu kelam kabut dan resah semacam.

"Ain,kau okay tak ni?Asal cemas semacam je aku tengok?" tegurnya.

"Aku kena balik sekarang.Aku lupa hari ni majlis birthday Airil.." balas Ain Farhana.

"Oh,kau sampaikan ucapan hari lahir aku pada anak kau eh?"

"Okay.."

Ain Farhana mendekati Nadia Amyra.

"Nadia,mama kena balik.Nanti kita jumpa lagi.Oh ye,Nadia dah boleh keluar esok tapi still jangan lasak-lasak lagi.Make sure ubat jangan lupa makan.." sempat dia memberi pesanan kepada anak kecil yang setahun beza dengan anak lelakinya.

"Okay,mama!" kata Nadia Amyra ceria.

Dia menyalam Ain dan mencium pipi Ain Farhana.

♡♡♡♡

Setibanya di rumah,semua mata memandangnya.Airil Irsyad segera beredar naik ke bilik apabila terlihat ibunya.

Majlis hari lahirnya sudah pun dilangsungkan.Lilin yang berada di atas kek sudah ditiupnya.

Ain Farhana menelan air liurnya.Wajah semua orang ketika itu agak seram.

"Ain pergi pujuk Airil dulu.Lepas tu,kita makan sama-sama.." ujar Izwan Farhan.

"O..okay.."

Ain Farhana melangkah ke arah anak tangga.Dia menuju ke bilik heronya.Kelihatan anak lelakinya itu sedang duduk di atas katil sambil memegang robotnya.

"Airil,maafkan ibu.." pujuknya sambil mendekati si kecil.

"Ibu lupa Airil!Airil benci ibu!" kata Airil Irsyad geram.

Malam semalam ibunya sudah brjanji mahu ada disaat dia meniup kek tetapi hari ini,ibunya mungkir janji pula.

"Airil,ibu tak pernah lupa hero kesayangan ibu.Airil dengan Airin nyawa ibu.Takkan ibu lupa korang berdua.." ujar Ain Farhana lagi.

Dia akui kesilapannya.

"Ibu mungkir janji.Ibu cakap ibu akan ada waktu Airil nak tiup kek hari jadi Airil,tapi ibu tak de pun.Ibu tipu!"

Airil Irsyad masih tidak berpuas hati dengan ibunya.

"Okay-okay.Ibu tahu ibu salah.Ibu janji ibu takkan buat lagi.." kata Ain Farhana bersama jari kelinkingnya.

"Tak nak janji!"

"Okay,tak janji.Janganlah merajuk macam ni.Airil kan lelaki.Buruk tau lelaki merajuk.Tak hensem.."

Ain Farhana masih lagi dalam usaha memujuk hero kecilnya itu.Sengaja dia memancing Airil Irsyad dengan berkata sebegitu.

"Airil hensem lah ibu.Airil hensem macam ayah.."

Ain Farhana tersengih.

"Ye,sayang ibu ni hensem macam ayah dia.."

Hidung si kecil dicuitnya.

"Oh,ye.Pak Cik Aiman ucapkan selamat hari lahir pada Airil.."

"Pak Cik Aiman?Siapa Pak Cik Aiman,ibu?" soal Airil Irsyad ingin tahu.

"Kawan ayah dengan ibu waktu sekolah dulu.Nanti ibu bawa jumpa ye?Boleh lah Airil kawan dengan Nadia.."

"Nadia?Nadia tu siapa pula?"

"Nadia tu anak Pak Cik Aiman.."

"Ohh.."

Setelah itu,mereka keluar dari bilik bersama.Izwani Farhani,kakak Izwan Farhan melayan anak buahnya.

Ain Farhana pula mendekati suami dan kedua orang tuanya serta mertuanya.

"Kamu ke mana Ain?" ujar Puan Aina ingin tahu.

"Err..Ain lawat pesakit Ain.Ain dah keluar awal tadi,ibu.."

"Ish,budak ni.Kesian Airil.." kata Puan Fatihah pula.

Izwan Farhan hanya mendengar.Dia ada mendapat cerita dari Asyraf Khairil yang menyatakan isterinya itu ada di bilik anak Aiman sewaktu sahabatnya itu ingin memeriksa pesakit yang berada bersebelahan bilik anak Aiman.

Sejak kebelakangan ini,dia merasakan isterinya itu sangat rapat dengan keluarga Aiman.Dia hanya berharap semoga isterinya itu tidak tawar hati dengannya.

Dia tidak sanggup berpisah dengan isteri tercintanya itu.Semoga dijauhkan,Ya Allah.




My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now