satu

2.9K 64 0
                                    

Ain Farhana tiba di rumah kedua orang tuanya.Airil Irsyad dan Airin Izzati terpaksa ditinggalkan di situ setiap kali mereka bekerja.

Mujurlah rumah orang tuanya dekat.Dia juga bersyukur kerana dapat satu hospital di Melaka itu bersama suami tercinta.Dua tahun lepas dia minta tukar.Jika tidak,tempat bertugasnya di Pahang.

"Assalamualaikum,ibu.." ujarnya tatkala bersemuka dengan ibu kesayangan di muka pintu utama.

"Waalaikumussalam.." balas Puan Aina.

"Kamu tak masuk dulu ke?" soal Puan Aina tidak lama kemudian apabila melihat anak bongsunya masih belum berura-ura hendak masuk ke dalam rumah.

"Tak sempat lah.Ain kena cepat ni.."

"Hurm..yelah.Ni Iz mana?On call ke?" ujar Puan Aina sambil mencari kelibat menantunya.

"Ha'ah,ibu.Okaylah,Ain pergi dulu.Airil dengan Airin jangan nakal-nakal.Jangan susahkan opah tau.." sempat Ain Farhana berpesan kepada kedua-dua anaknya.

"Okay,ibu.." balas Airil Irsyad dan Airin Izzati hampir serentak.

Ain Farhana mencium pipi putera dan puterinya serta memeluk mereka.Dia kembali menyalam tangan Puan Aina.Sejurus selepas itu,dia mula menggerakkan kereta meninggalkan perkarangan rumah itu.

♡♡♡♡

Izwan Farhan keluar dari bilik pembedahan.Berpeluh-peluh dahinya.Hampir 3 jam dia membedah pesakit itu.

"Macam mana keadaan adik saya?" soal seorang wanita tatkala terlihat doktor muda keluar dari ruang pembedahan itu.

"Alhamdulillah,adik puan selamat.Keadaan dia stabil cuma dia belum sedarkan diri.." balas Izwan Farhan.

"Terima kasih,doktor.."

"Sama-sama.Saya gerak dulu.."

Izwan Farhan mula beredar dari situ.Dia melangkah ke arah kafeteria.Selesai mengambil nasi campur dan minumannya,dia beredar ke sebuah meja.

Sedang enak menikmati hidangan,seseorang menegurnya.

"Assalamualaikum,hensem.."

Kepalanya memandang gerangan itu.Wajah isteri tercinta di hadapannya.Dia menghadiahkan senyuman manis.

"Waalaikumussalam,cantik.."

Ain Farhana tersipu malu.Dia menarik kerusi lalu duduk di hadapan suaminya.

"Sayang dah makan?"

"Don't worry about me.Ain dah makan.Abang tu.Dah pukul 3 petang baru nak makan.Apa ni?" ujar Ain Farhana tidak puas hati.

"Abang bukan sengaja lah.Abang ada operation tadi.Tu yang makan lambat.Sorry okay?" pujuk Izwan Farhan.

"Ain tak nak abang sakit.Tu je.."

Izwan Farhan tersengih nakal.

"So sweet,dear.Terima kasih sebab prihatin terhadap diri ini.." balasnya sambil sempat membuat ayat sedih kepada sang isteri.

"Main-main kan?Orang serius lah!" geram Ain Farhana apabila suaminya itu hanya beriak selamba.

"Okay-okay.Jangan lah marah.Tak cantik dah Ain Farhana ni.."

Wajah Ain Farhana mula muram.

"Sayang,I miss you.Everytime.." luah Izwan Farhan penuh romantis.

"I love you.Every seconds.." balas Ain Farhana tidak mahu mengalah.

"I know.Erm..dah lah.Bagi abang habiskan makanan ni.."

Ain Farhana hanya memerhati si suami.Di samping itu,dia membalas whatsapp Aisya Syarina.

♡♡♡♡

Aiman duduk di hadapan sebuah kubur.Kubur isteri tercinta.Arwah isterinya itu meninggal sejurus sahaja melahirkan puteri mereka,Nadia Amyra.

Walaupun berat hatinya untuk menerima kenyataan itu,dia harus redha.

Selepas selesai membaca surah yassin,dia mula beransur pulang.Dia tiba di kereta.Dia mula membuka pintu kereta.

Dia duduk di dalam kereta.Baru sahaja ingin menghidupkan enjin kereta,fonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Tertera nama ibu mertuanya.

"Ye,mummy?Ada apa?"

"Nadia pengsan,Man.."

Terkejut dia dengan berita yang baru sahaja didengarinya.

"Baik,saya balik sekarang!"

Talian segera dimatikan.Dia terus memandu laju meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu.

Di fikirannya ketika itu hanyalah Nadia Amyra.Dia risau takut terjadi apa-apa pada amanah isterinya itu.




Storyline masih sama cuma versi baru ye✌Hope you guys enjoy with this story🥰Jom pakat benci Ain Farhana🤩Are you ready?😂

My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now