tiga

1.4K 56 2
                                    

Asyraf Khairil dan Izwan Farhan keluar dari ruangan wad 25.Mereka menuju ke arah tangga.

"Kau ingat Aiman tak?Geng TBB tu?" tanya Izwan Farhan.

"Aiman?Lama tak dengar cerita pasal dia.Asal dengan dia?" kata Asyraf Khairil sedikit teruja walaupun pada masa yang sama dia agak pelik.

Tiba-tiba sahaja sahabatnya itu berbahas dengan Aiman.

"Tak de.Ain bagitau aku,hari ni anak Aiman tu kena operate.Ada ketumbuhan kat bahagian kepala.Kesian dia.Isteri meninggal,anak kena operate.Kalau aku kat tempat dia,tak kuat,weh.."

Asyraf Khairil menganggukkan kepalanya.Sedih juga cerita tentang Aiman.

"Kita doakan jelah semoga semuanya dipermudahkan.." ujar Asyraf Khairil.

♡♡♡♡

Nadia Amyra ditempatkan di sebuah wad.Aiman setia menanti puterinya itu sedarkan diri.

Ain Farhana juga turut berada di bilik itu.

"Kau jangan lah risau.Nadia okay.Lagipun,pembedahan ni berjaya.." ujarnya ingin meredakan keresahan yang melanda hati lelaki itu.

"Nadia ni nyawa aku,Ain.Kalau dia tinggalkan aku,dunia aku gelap,Ain.Aku tak dapat bayangkan kalau dia pergi.Aku tak puas lagi tengok dia membesar.." kata Aiman sambil memandang Nadia Amyra yang terbaring kaku di atas katil.

Ain Farhana faham apa yang dirasakan Aiman saat itu.Agak lama dia berdiam diri sambil memerhati.

"Erm..aku gerak dulu lah.Kalau ada apa-apa,tekan je butang kecemasan tu.." katanya sambil meminta diri tidak lama kemudian.

"Ain,thanks for everything.." ucap Aiman ikhlas.

"Tak de hal lah.Ni kan tanggungjawab aku?Okaylah,aku keluar dulu.Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Ain Farhana sempat mengucup dahi Nadia Amyra kemudian dia melangkah keluar.Aiman kembali memberikan perhatian kepada anak tunggal kesayangannya itu.

♡♡♡♡

Izwan Farhan menidurkan hero dan heroinnya.Setelah itu,dia masuk ke dalam biliknya.

Kelihatan Ain Farhana sedang membelek fonnya sambil bersandar di kepala katil.

Apabila suaminya itu mendekatinya,dia menutup fon dan memandang wajah si suami.

"Penat hari ni?" ujar Izwan Farhan prihatin.

"Boleh lah.." balas Ain Farhana sambil menghadiahkan senyuman kepada suaminya.

"Oh,ye.Anak Aiman macam mana?Okay?" kata Izwan Farhan apabila teringatkan soal itu.

"Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan.."

Izwan Farhan mengangguk faham.Dia mengucap syukur di dalam hati.

"Airil dengan Airin dah tidur ke?"

"Dah.Sayang abang ni tak nak tidur?"

"Abang tak dodoikan Ain.Macam mana Ain nak tidur?" ujar Ain Farhana mengada.

Dia tersengih nakal.

"Ain dah besarlah,sayang tapi mengada dia kalah Airin.Geram abang tahu tak?"

Hidung Ain Farhana dicuit manja.

"Oh,abang tak suka lah Ain mengada dengan abang?Okaylah,lepas ni Ain takkan mengada dengan abang dah.Dah lah,tutup lampu tu.Ain nak tidur.." balas Ain Farhana merajuk sambil membaringkan tubuhnya membelakangi Izwan Farhan.

Izwan Farhan ketawa.

"Merajuk pula budak ni.."

Ain Farhana hanya mendengar.Sakit hatinya apabila suaminya itu hanya ketawa.Langsung tidak cuba untuk memujuknya.

Izwan Farhan juga membaringkan tubuhnya setelah menutup lampu bilik.Tubuhnya dipusing menghadap isteri tercinta.

"Good night,pretty.Sweet dream.Assalamualaikum.." ujarnya sambil memeluk pingang ramping isterinya.

Ain Farhana hanya menjawab salam suaminya di dalam hati.Setelah beberapa minit,perlahan-lahan Ain Farhana memusingkan tubuhnya menghadap suaminya.

Dia tersenyum sendirian.Suaminya langsung tidak pernah berubah.Masih kaku seperti dahulu.Tidak sweet seperti lelaki lain.

Apa pun,dia bersyukur kerana jodoh antara mereka masih utuh.Rasa cinta sayang pada lelaki langsung tidak pernah pudar malahan setiap hari semakin bercambah.

Terima kasih,Izwan Farhan.






This is for you guys✌Have fun🥰

My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now