dua puluh lima

1.3K 51 6
                                    

Aisya Syarina memeluk erat tubuh sahabatnya.Ain Farhana sudah menangis teresak-esak apabila rakan sekerjanya memberitahu bayi dalam kandungannya sudah tidak bernyawa semasa dia buat pemeriksaan.

Degupan jantung bayi itu sudah berhenti.Kandungannya sewaktu itu sudah mencecah 3 bulan.

"Ain,mungkin belum rezeki kau.Kau sabar eh?" pujuk Aisya Syarina.

"Anak aku,Sya.Anak aku.." rintih Ain Farhana.

Tidak tahu mahu memberitahu suaminya bagaimana.Sudah pasti Izwan Farhan kecewa mendengar berita itu.

♡♡♡♡

Ain Farhana mula membuka kelopak matanya.Dia baru sahaja selesai dari rahimnya dibersihkan.

Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan.Tangannya mengusap perutnya yang kempis tiada lagi bayi itu.

'Anak ibu..' rintihnya di dalam hati.

Sewaktu itu,Izwan Farhan meluru masuk ke dalam bilik yang menempatkan Ain Farhana.

Semakin deras air mata Ain Farhana apabila melihat wajah suaminya.Sungguh dia berasa bersalah yang teramat sangat terhadap suaminya.

"Anak kita,abang.Maafkan Ain.." ujarnya tersedu sedan.

Izwan Farhan pantas menggelengkan kepalanya.Tubuh isterinya didakap erat menyalurkan kekuatan.Ain Farhana membalas pelukan suaminya.

"Bukan salah Ain.Ni ketentuan Allah,sayang.." pujuk Izwan Farhan.

Tipulah jika kata dia tidak kecewa.Dia dapat tahu pun disebabkan Aisya Syarina yang menghubungi dirinya.Sewaktu itu dia baru sahaja melakukan pembedahan.

"Ain musnahkan harapan abang untuk ada baby lagi.."

Kepalanya sudah disembamkan ke dada Izwan Farhan.

"It's okay,sayang.Abang redha.Jangan macam ni.Abang terima kita kehilangan anak syurga kita tapi abang tak nak kehilangan isteri abang pula.Please?Kita masih ada Airil dengan Airin.Kita kena kuat demi dorang.."

Ain Farhana hanya mendengar.Dia tidak dapat menahan sebak di dada.

"Sekarang ni Ain rehat.."

Tubuh Ain Farhana dibaringkan semula.Izwan Farhan membetulkan selimut bagi menutupi tubuh isteri tercinta.

Dia mengusap perlahan ubun-ubun kepala isterinya.

♡♡♡♡

Puan Fatihah dan Puan Aina menjaga Ain Farhana yang sudah boleh keluar dari hospital.Sementara Ain Farhana berpantang,anak-anak mereka juga tinggal di rumah Puan Aina.

Izwan Farhan akan berulang-alik ke rumah ibu mertuanya dan hospital memandangkan emosi isterinya tidak begitu stabil.

Risau dia akan keadaan Ain Farhana sebegitu.

"Ain,jangan macam ni.Ain kena kuat.Ain masih ada Airil.Ain masih ada Airin.." pujuk Puan Aina.

"Tapi baby Ain tak de!"

Puan Fatihah dan Puan Aina saling berpandangan sesama sendiri.Terkejut dengan sikap Ain Farhana yang sedang memberontak namun mereka faham situasi anak muda itu.

Perempuan mana sahaja yang akan okay jika mengalami keguguran,kehilangan bayi dalam kandungan?

"Ain,istighfar banyak-banyak.Semua yang berlaku ni ada hikmahnya.." pujuk Puan Fatihah pula.

Airil Irsyad dan Airin Izzati yang berada di luar bilik yang menempatkan ibu mereka hanya mendengar bersama atuk-atuk mereka.

"Kenapa dengan ibu,tok aki?" soal Airin Izzati tidak mengerti.

"Ibu tak sihat.." balas Encik Izman.

"Tak sihat sebab baby tak de eh?" kata Airil Irsyad pula.

Semalam ayahnya ada berkata begitu disaat mereka tiba di hospital.

Sempat Encik Izman membalas pandangan dengan Encik Fakhri sebelum menganggukkan kepalanya.

"Jom atuk belanja aiskrim.." sengaja Encik Fakhri ingin memancing kedua-dua cucunya.

"Nak!" jerit dua beradik itu.





Sorry for the late update.Enjoy❤

My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now