empat belas

1K 47 4
                                    

Ain Farhana melangkah keluar dari kedai cenderamata yang berhampiran dengan hospital.Disaat itu,dia terserempak dengan Aisya Syarina.

"Ain?Kau dari mana?"

"Oh,aku dari kedai cenderamata tu.Beli hadiah sikit untuk Nadia.Birthday dia hari ni.Erm..Sya,aku gerak dulu lah.Rasanya Aiman dengan Nadia dah sampai.." balas Ain Farhana sambil membelek jam di pergelangan tangan kirinya.

Dia mula segera beredar dari situ.

"Ain!"

Panggilan dari sahabatnya langsung tidak diendahkan.Aisya Syarina melepaskan keluhan.Mengapa sahabatnya itu seakan sudah berubah?

♡♡♡♡

"Happy birthday,princess Nadia!" ucap Ain Farhana sambil menghulurkan sekotak hadiah kepada Nadia Amyra.

Disebabkan dia ada on call,jadi dia menyuruh sahaja Nadia Amyra dan Aiman datang ke hospital.

"Thank you,mama!" kata Nadia Amyra sambil mengucup kedua-dua belah pipi Ain Farhana dan mengambil hadiah itu.

Disaat itu,Izwan Farhan yang baru sahaja keluar dari tempat mengambil ubat untuk pesakitnya,terpandang ke arah mereka.

Kebetulan,dia juga on call hari itu.

Terkaku dia melihat kemesraan mereka seperti sebuah keluarga bahagia.Dia kemudian mula beredar.

"Ain,apa ni?Tak payah lah bazirkan duit kau beli hadiah untuk Nadia.." ujar Aiman.

"Tak de yang bazirlah,weh.Aku ikhlas bagi.Lagipun,seronok tengok Nadia happy.." balas Ain Farhana.

"Apa pun thank you sebab sudi layan Nadia.Luangkan masa untuk dia.Aku hargai sangat.." ucap Aiman betul-betul menghargai jasa baik sahabatnya itu.

"Tak payah lah ucap terima kasih.Kau ni.."

Ain Farhana tersenyum.Sudah banyak kali dia kata pada Aiman supaya jangan berterima kasih kepadanya namun masih juga diucap oleh sahabatnya yang seorang itu.

♡♡♡♡

Izwan Farhan meraup wajahnya.Beberapa kali juga dia membasuh wajahnya.Pili air itu kembali ditutupnya.

Dia melangkah keluar dari bilik air.Kelihatan Ain Farhana baru pulang.Dia menegur isterinya.

"Baru balik?Ain pergi mana?Setahu abang,Ain sepatutnya balik pukul 5 petang.Ni,pukul 8 baru sampai rumah?" ujarnya dengan penuh sindiran.

Harap isterinya terasalah dengan kata-katanya itu.

Ain Farhana memandang wajah suaminya.

"Kenapa?Abang marah Ain balik lambat?Sebelum ni okay je.." balasnya geram.

"Sebelum ni okay sebab Ain seorang!Tapi sekarang Ain balik lambat sebab Aiman!Ain sedar tak kita semakin mula jauh?Ain nak bagi alasan sebab kerja?Tak relevan,sayang!Abang pun kerja juga tapi abang tak pernah lupa tanggungjawab abang terhadap isteri dan anak-anak abang!Jangan sampai abang sekat semua kebebasan Ain!"

Suara Izwan Farhan mula meninggi.Dia mula mengugut isteri kesayangan itu.Namun,isterinya itu seolah tidak makan saman.

"Abang jeles dengan Aiman kan?Sebab tu abang berperangai macam ni.Abang boleh tak jangan nak cemburu buta sangat?" kata Ain Farhana dengan senyuman sinis.

Dia melangkah ke arah tuala yang disidai di belakang pintu.

"Kenapa Ain berubah?"

Langkahnya yang hendak ke arah bilik air terhenti.Dia menoleh.

"Bila masa Ain berubah?Dah lah,Ain nak mandi.Tolong lah,jangan merepek lagi.Ain penat tau tak?"

Dia segera beredar ke dalam bilik air.Pintu bilik air ditutup rapat.Dia merenung dirinya di dalam cermin.

Izwan Farhan melepaskan keluhan.Dia rindukan keluarganya yang dahulu.Penuh dengan gelak tawa bersama.Namun kini tidak lagi.

Yang ada hanyalah pergaduhan yang dia sendiri tidak tahu penghujungnya.Rumahtangga mereka kini sudah tiada lagi seri.

Dia bukan apa.Dia kesiankan anak-anak mereka.Lagi-lagi pada Airil Irsyad.

Sewaktu dia mengambil putera dan puterinya,anak lelakinya itu ada bertanya di mana ibunya?Anak lelakinya juga ada mengatakan yang ibu mereka seakan menjauh dari mereka.

Dia buntu.

Langkah diatur keluar dari bilik.Tidak mahu berada di bilik kerana dia takut akan mencetuskan lagi pergaduhan antara dia dan Ain Farhana.









My Cousin..I LOVE YOU 2 Donde viven las historias. Descúbrelo ahora