dua puluh satu

1.2K 43 5
                                    

Ain Farhana tiba di bilik yang menempatkan Nadia Amyra.Siang tadi tadi dia mendapat khabar dari Aiman yang si kecil itu masuk ward akibat demam panas.

Malam itu dia kena on call.

Dia mengucup lembut ubun-ubun kepala Nadia Amyra yang sedang lena itu.

"Mama doakan Nadia cepat sembuh.Kesian kat papa.." ujarnya sendirian.

Tidak lama kemudian,dia melangkah keluar dari bilik itu.

♡♡♡♡

Izwan Farhan dan Aiman terserempak ketika mereka berada di kafeteria.Mereka menjamu selera bersama.

"Iz,aku nak minta maaf pada kau.Jujur aku cakap,aku dengan Ain tak de pape.Ain hanyalah 'mama' yang Nadia anggap.Jangan salahkan Ain.Semua yang berlaku ni sebab aku.." kata Aiman serba salah setelah mereka selesai menjamu selera.

"Jangan salahkan diri kau,Man.Mungkin apa yang terjadi ni ujian dalam rumahtangga kami.Biasalah,dalam rumahtangga ni banyak yang kena tempuh.Aku tak makan hati pun.." balas Izwan Farhan tidak mahu Aiman terus menerus menyalahkan diri.

Dia sedar.

Apa yang terjadi dia menganggap hanyalah sebagai ujian dalam rumahtangganya bersama Ain Farhana.

"Terima kasih,Iz.."

"Tak de hal lah.."

Tidak lama kemudian,Izwan Farhan meminta diri kerana dia perlu menyambung tugasnya.

Aiman juga menuju ke bilik yang menempatkan Nadia Amyra.Ketika dia tiba di bilik itu,kelihatan seorang doktor perempuan sedang menyuap puterinya itu makan.

Rasanya itu doktor yang menegurnya semalam.

"Nadia.."

Nadia Amyra memandang ke arah papanya.

"Papa!" ujarnya ceria.

"Kenapa susahkan doktor?Nadia boleh makan sendiri kan?" kata Aiman serba salah pada doktor perempuan itu.

Hana Syazwani hanya tersenyum.

"Mama yang ni pun baik lah,papa.Papa kahwin lah dengan mama ni.." ujar Nadia Amyra memberikan cadangan kepada papa kesayangannya.

Terkedu Hana Syazwani dibuatnya mendengar kata-kata anak kecil itu.

"Err..doktor jangan ambil hati ye apa yang Nadia cakap.Saya minta maaf kalau anak saya ni menyusahkan doktor.." kata Aiman yang semakin serba salah.

Segan dia apabila anaknya berkata sebegitu.

"Erm..tak pe.Saya tak ambil hati pun.Saya minta diri dulu lah,encik.."

Hana Syazwani mula bingkas berdiri.Dia yang baru ingin mengatur langkah tergendala kerana Nadia Amyra mencapai tangannya.

"Mama janganlah tinggal Nadia.." ujarnya yang sudah mula merengek sedikit.

"Sayang,mama kena pergi rawat pesakit lain.Nanti free mama jenguk Nadia semula.." pujuk Hana Syazwani sambil memeluk erat tubuh si kecil.

Aiman memerhati sikap doktor muda itu yang penuh dengan sifat keibuan.

"Mama janji datang jumpa Nadia?"

"Ye,mama janji!"

Pipi Nadia Amyra dikucup mesra.

♡♡♡♡

Mereka sekeluarga tiba di sebuah pantai.Sengaja Izwan Farhan membawa keluarga kecilnya ke pantai petang itu.

Mujurlah kedua-duanya tiada on call.

Mereka berempat duduk di pasir.Airil Irsyad dan Airin Izzati sudah mula ingin membina istana pasir.

"Dah lama kan kita tak mandi pantai.Ain rindu zaman sekolah.Hirup udara petang macam ni.Bestnya.." luah Ain Farhana sambil membantu Airin Izzati membina.

"Best tu memang best tapi lagi best kalau Ain pandai berenang.Tak de lah terkapai-kapai kalau lemas nanti.." ujar Izwan Farhan sambil mengusik isteri tercinta.

Ain Farhana sudah memberikan pandangan tidak puas hati terhadap suaminya.Nak ejek dia lah tu!

"Abang,orang pandai berenang pun boleh lemas tau tak?So,sama je.Tak de yang beza pun.."

"Beza lah,sayang.Dorang ada banyak kelebihan.." kata Izwan Farhan yang masih belum mahu mengalah.

"Ish,sakit hati tau tak cakap dengan abang ni!Asyik nak menang je!" ujar Ain Farhana geram.

"Gurau jelah.Ain ni sensitif sangat.Ada ke?"

"Ada apa?!"

Tidak faham apa maksud suaminya itu.

"Adik Airin.."

"Tak de!Abang ni.."

Ain Farhana perasan minggu ini kerap sangat suaminya itu membangkitkan isu 'adik untuk Airin'.Dia jadi tertanya-tanya.

Adakah suaminya itu benar-benar mengharapkan ada?

Bagaimana jika dia sudah tidak mampu untuk memberi zuriat kepada suaminya itu?

Arhhh,abaikan!

Dia hanya mampu berserah kepada takdir.

Jika mereka ada rezeki untuk menimbang cahaya mata baharu,adalah.

Jika tiada,mungkin belum rezeki mereka.

Dia redha.


My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now