dua puluh tiga

1.3K 53 2
                                    

Ain Farhana keluar dari bilik air.Dia memegang pregnancy test.Dia memejamkan matanya buat seketika sebelum melihat keputusan sama ada dia berbadan dua mahupun tidak.

Dia kembali membuka kelopak matanya.Terdapat dua garis pada pregnancy test itu.Senyuman diukir.Alhamdulillah.

Tidak sabar mahu memberitahu suaminya tercinta khabar gembira itu.Disaat itu,Izwan Farhan masuk ke dalam bilik.Tepat pada masanya.

Dia segera memeluk tubuh suaminya.Pelik Izwan Farhan dengan tingkah laku isteri tercinta.Dia jadi tertanya-tanya.

"Ain,kenapa ni?" soalnya selepas isterinya itu melepaskan pelukan.

"Ain pregnant!" kata Ain Farhana teruja.

"Ya Allah,betul ke ni?!"

Izwan Farhan seakan tidak percaya dengan khabar berita yang disampaikan Ain Farhana.

Ain Farhana menganggukkan kepalanya.

"Alhamdulillah,thank you!"

Izwan Farhan menarik Ain Farhana ke dalam pelukannya.Dahi isterinya dikucup perlahan.

♡♡♡♡

"Alhamdulillah,tahniah.Patut lah dua tiga hari ni,kau sensitif.Rupanya berisi.Iz pun boleh rasa.." ujar Aisya Syarina teruja dengan khabar gembira itu.

"Tu lah,aku pun tak sangka.Apa pun,aku bersyukur sangat sebab aku dapat tunaikan impian Iz untuk ada baby baru.." kata Ain Farhana.

Mereka berdua menuju ke parking kereta memandangkan waktu kerja sudah tamat.

Disaat itu,mereka terlihat Hana Syazwani dan Aiman serta Nadia Amyra masuk ke dalam kereta.

"Dorang bercinta ke?" soal Aisya Syarina pelik.

"Mana aku tahu.Kalau betul pun,apa salahnya?Gembira lah Nadia ada mama baru.." balas Ain Farhana tersenyum melihat mereka berdua.

"Mengendap apa tu?" tegur Asyraf Khairil yang baru tiba bersama Izwan Farhan.

Terkejut mereka berdua.Masing-masing memandang suami sendiri.

"Tak de apa lah.Kitaorang tengok Aiman dengan Hana tu.Bukan main sweet.." kata Aisya Syarina.

"Wah,tak lama lagi makan nasi minyak lah kita.." ujar Asyraf Khairil.

"Kitaorang gerak dulu lah.Jumpa esok.." kata Izwan Farhan sambil meminta diri.

♡♡♡♡

Airil Irsyad dan Airin Izzati berkejar-kejaran di halaman rumah Puan Aina dan Encik Fakhri.Kebetulan Puan Fatihah dan Encik Izman juga ada di situ.

Mereka berbual di halaman rumah sambil mengawasi cucu-cucu mereka.

"Tak sangka tambah lagi cucu kita kan?" ujar Puan Aina.

Dia dapat tahu pun kerana Ain Farhana menghubunginya.Teruja dan gembira mendengar berita baik itu.

"Alhamdulillah.." kata Puan Fatihah.

Tidak lama kemudian,kelihatan kereta Izwan Farhan memasuki perkarangan rumah.

"Ayah!"

"Ibu!"

Airil Irsyad dan Airin Izzati berlari mendekati ibu dan ayah kesayangan mereka.

"Ibu,nak dukung.." ujar Airin Izzati sambil mula mendepakan tangannya.

"Airin,nak jadi kakak.Tak boleh dukung-dukung.." tegur Izwan Farhan.

Ain Farhana hanya tersengih.

"Ayah,Airil nak dukung.Asyik Airin je.."

Kata-kata Airil Irsyad membuatkan Ain Farhana dan Izwan Farhan saling berpandangan.Anak sulung mereka mahu didukung?

Ini kes berat!

"Airil nak dukung?Biar betul?Tak malu ke kat Airin?" kata Izwan Farhan.

Belum sempat mereka meneruskan perbualan,Puan Fatihah sudah menjemput mereka untuk sertai mereka minum petang di halaman rumah itu.

"Hei,borak apa anak beranak tu?Sini,minum petang.."

Mereka berempat menuju ke halaman rumah.Ain Farhana dan Izwan Farhan menyalam kedua orang tua mereka.

"Dah lama ke umi dengan walid sampai?" ujar Izwan Farhan.

"Boleh lah.." balas Encik Izman.

"Airin,kenapa ni?Ni opah ada buatkan cupcake untuk Airin.Tak nak ke?" tegur Puan Aina apabila melihat cucu perempuan yang sedang monyok.

Merajuk barangkali.

Ain Farhana tersengih melihat puterinya.Rambut si kecil itu disentuh.

"Merajuk tak dapat dukung,ibu.Hish,Airin ni.." kata Ain Farhana.

"Lah.."

Semua yang ada tersenyum mendengar kata-kata Ain Farhana.

"Sini,opah dukung.."

Airin Izzati mendekati Puan Aina.Dia duduk di atas riba opahnya.

"Airin kan nak jadi kakak dah.Mana boleh macam ni.." pujuk Puan Aina.

"Airil ni pun sama,ibu.Tetiba jadi manja.." adu Izwan Farhan pula.

"Lah,Airil pun nak dukung juga ke?" kata Encik Fakhri seakan tidak percaya.

Tiba disaat itu,Ain Farhana berasa loya pula.Dia pantas berlari masuk ke dalam rumah kerana sudah tidak tahan.

Izwan Farhan pula cemas melihat keadaan isterinya sebegitu.Dia meminta diri untuk melihat Ain Farhana.





My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now