dua puluh enam

1.4K 56 4
                                    

Izwan Farhan mengurut pelipisnya.Dia memandang borang yang diberikan kepadanya.

"Ain dah sign borang poligami tu.." ujar Ain Farhana sambil mempamirkan senyuman kepada suami tercinta walaupun hatinya sungguh tidak merelakan.

"Ain merepek apa ni?Tolonglah jangan macam ni.Ain tahukan abang hanya sayangkan Ain?Ain isteri abang selamanya.Kalau abang nak kahwin lain,abang tak perlukan persetujuan Ain.Please?Ain tak sihat lagi.Emosi Ain pun belum stabil.." kata Izwan Farhan tidak bersetuju dengan tindakan isterinya itu.

Tidak pernah terlintas pun dek akal fikirannya mahu menduakan Ain Farhana.Cinta dan sayang hanya untuk isterinya buat selamanya.

"Kalau macam tu,koyak je lah borang tu.."

Ain Farhana melepaskan keluhan.Kakinya mula diatur ke arah bilik.

"Iz,kenapa ni?Kertas apa tu?" tegur Puan Fatihah yang kebetulan baru sahaja selesai membersihkan dapur.

"Ain,umi.."

Izwan Farhan menghulurkan borang itu kepada uminya.Puan Fatihah menyambut huluran itu.

Dia meneliti borang itu.Terbuntang matanya.

"Borang kebenaran berpoligami?"

"Iz faham situasi Ain tapi Iz tak boleh terima apa yang Ain cuba buat ni.." kedengaran keluhan dilepaskan oleh anak muda itu.

"Umi faham.Kamu jangan makan hati ye dengan sikap Ain.." pesan Puan Fatihah.

Izwan Farhan menganggukkan kepalanya.

♡♡♡♡

Puan Aina mendekati Ain Farhana yang duduk termenung di halaman rumah.Keadaan anaknya itu sudah mula membaik.Pantang pun hanya tinggal 2 minggu lagi.

"Ain.."

Ain Farhana memandang wajah ibu kesayangan.

"Ibu dengar kamu bagi kebenaran Iz kahwin lain.Kenapa Ain buat macam tu?" ujar Puan Aina ingin tahu.

Ain Farhana tersenyum sebelum membalas pertanyaan ibunya.Pasti suaminya yang memberitahu.

"Ain cuma nak Iz bahagia.."

"Bahagia apa kalau kamu lah kebahagiaan dia?Ain boleh tak jangan bersikap macam ni?Jangan ikutkan sangat hati tu.Ibu faham sakit kehilangan anak tu macam mana tapi jangan bertindak macam ni.Ain masih boleh bagi Iz zuriat.." pujuk Puan Aina.

"Ibu tak faham!"

"Ibu memang tak faham.Tak faham sikap anak perempuan ibu ni.Ibu cuma boleh nasihatkan Ain je.Lagi satu,ibu nak ingatkan Ain.Ain masih ada Airil dengan Airin.Jangan abaikan dorang.Jangan sampai Ain hilang dua permata tu,baru Ain nak sedar.."

Ain Farhana tersentak.

♡♡♡♡

"Iz,Ain macam mana?" ujar Aisya Syarina ingin mengetahui perkembangan sahabat baiknya itu.

Ain Farhana keluar hospital,dia ada melawat cumanya sahabatnya itu hanya melayannya acuh tidak acuh sahaja.

Dia langsung tidak ambil hati.Dia faham keadaan Ain Farhana.

"Alhamdulillah,dah okay.Tak lama lagi masuk kerja balik.." balas Izwan Farhan.

Dia masih teringat kejadian malam tadi.Serabut kepalanya dengan hal itu.

Aisya Syarina memandang pelik melihat Izwan Farhan yang seakan ada masalah.Takkan pasangan suami isteri itu bergaduh kot?

Mustahil.

"Iz,kau okay?Nampak macam ada masalah je.." tegurnya berhati-hati.

"Erm..tak de apa lah.Aku gerak dulu.Ada hal.."

"Okay.."

Izwan Farhan mula beredar dari situ.Disaat itu,fonnya berdering menandakan ada whatsapp masuk.

Pantas dia mengeluarkan fon dari kocek seluar slacknya.Tertera nama isteri tercinta.

Sayang💕

Ain minta maaf pasal malam tadi.Ain ikutkan sangat hati ni.Abang pun tahukan Ain sanggup buat apa je untuk abang bahagia.I love you and miss you every seconds❤

Dia tersenyum membawa mesej Ain Farhana.Dia hanya biarkan bluetick kerana dia mahu isterinya itu tahu yang dia masih marah.

Dia ketawa jahat.

My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now