sebelas

1K 38 0
                                    

Selesai sahaja membersihkan diri dan solat,Ain Farhana memberanikan diri untuk bersua muka dengan suaminya yang sedang menonton berita tv3.

"Ain tak setuju Airina jaga Airin dengan Airil.." tegas Ain Farhana berkata.

"Kenapa pula?Umi dengan walid pun setuju Airina jaga anak-anak kita.." kata Izwan Farhan tidak faham mengapa isterinya berkata begitu.

Dia tidak nampak apa yang salah pun jika Airina menjaga anak-anak mereka.

"Abang suka lah kan?"

"Maksud Ain?"

Ain Farhana melepaskan keluhan.Suaminya itu sengaja buat tidak faham pula.Sakitnya hati!

"Ye lah,crush dulu datang kembali.." sinis dia berkata.

"Ain jeles dengan Airina?Ya Allah,sayang.Airina tu isteri Akmal.Tak payah lah nak jeles lagi.." kata Izwan Farhan sambil tersengih.

"Ish!"

"Jangan lah masam macam ni.Okay,abang minta maaf pasal semalam.Ain terasa ye?" pujuk Izwan Farhan sambil merangkul tubuh isteri tercinta.

Ain Farhana hanya membiarkan.Tersenyum dia.

"Ain pun nak minta maaf juga pada abang.Betul cakap abang.Ain tak patut bawa masuk Aiman dalam rumah kita.." ujarnya meminta maaf.

Dia akui kesalahan dirinya.

"Abang maafkan isteri abang ni.Kita kosong-kosong ye?"

"Okay.."

♡♡♡♡

Ain Farhana tiba di rumah Airina dan Akmal.Airina menyambut kedatangan bekas pengawas itu.

"Sorry,aku susahkan kau.Erm..anak-anak aku mana ye?" ujar Ain Farhana sambil matanya meliar mencari kelibat anak-anaknya.

"Tak pe,aku faham.Airil dengan Airin ada kat atas tu.Tengah main dengan Aisy.." balas Airina dengan senyuman.

Dia dan Akmal dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Aisy Raiqal.

Setelah lama berbual,Ain Farhana meminta diri.

"Sekali lagi terima kasih,Airina.." ucapnya sambil melangkah keluar dari rumah.

"Sama-sama,Ain.."

Mereka berpelukan.Airil Irsyad dan Airin Izzati menyalam Airina.Kemudian,masing-masing mula masuk ke dalam kereta.

Beberapa minit kemudian,mereka tiba di rumah.Tatkala Ain Farhana sedang membuka pintu rumah,fonnya berdering.

Dia berhenti seketika.Pantas tangannya menyelongkar handbag mencari fon.Apabila sudah jumpa,dia melihat gerangan yang menghubunginya.

Tertera nama suami tercinta.

"Hello,abang?"

"Ain,abang tak jadi balik tau.Abang kena ganti member.Esok pagi kita jumpa kat hospital.Okay?"

"Ish,abang ni!Ain ingat abang otw balik dah.Hurm..tak pe lah kalau macam tu.Take care.."

"Okay,sayang.Anak-anak Ain dah ambil ke?"

"Dah.Baru je sampai rumah.."

"Okaylah,abang off dulu.Assalamualaikum.Miss you,Ain Farhana.."

"Waalaikumussalam.Miss.."

Belum sempat Ain Farhana ingin membalas ucapan suaminya,talian sudahpun dimatikan.

"Siapa ibu?" soal Airil Irsyad.

"Ayah.Ayah tak jadi balik.."

"Alaa.." ujar Airin Izzati pula.

Mereka kemudian masuk ke dalam rumah.Ain Farhana merehatkan diri seketika di ruang tamu.

Airin Izzati memanjat sofa lalu turut duduk di sebelah ibu kesayangan.Ain Farhana mengusap lembut ubun-ubun kepala puterinya.

Airil Irsyad pula masuk sahaja rumah terus berlalu menuju naik ke bilik.

"Seronok tak duduk rumah Aunty Airina?" soal Ain Farhana ingin tahu.

"Seronok!Airin suka duduk situ!" kata Airin Izzati girang.

"Baguslah kalau macam tu.."

"Aunty Airina baik.Makan pun sedap-sedap.Tengok ni,ibu.Perut Airin dah buncit.." adu si kecil itu sambil menunjukkan perut dengan menyelak gaun yang dipakainya.

"Malu lah,Airin!Ish,budak ni.."

Ain Farhana membetulkan gaun puterinya.Tidak padan dengan perempuan.Lasak sungguh.

"Jom naik atas.Kita mandi.Malam ni nak apa?" ujarnya sambil mendukung Airin Izzati.

"Kita makan pizza.."

"Pizza?Okay.."

"Yeay!"

Airin Izzati bertepuk tangan dalam dukungan ibunya.Mereka tiba di bilik.Airin Izzati diletakkan di atas katil.




My Cousin..I LOVE YOU 2 Where stories live. Discover now