dua puluh dua

1.2K 49 12
                                    

"Kau asal muram je?Gaduh lagi?" tegur Aisya Syarina apabila melihat wajah sahabatnya sebegitu.

Dari dia masuk tadi bilik sahabatnya itu lagi Ain Farhana hanya diam.Wajah pula tidak usah dikata.Langsung tidak ceria seperti selalu.

"Tak de.Aku rasa Iz betul-betul nak baby baru lah.Dua tiga hari ni asyik cakap pasal adik Airin je.."

Balasan dari Ain Farhana membuatkan Aisya Syarina ketawa.

"Kau gelak asal?Aku buat lawak ke?" soal Ain Farhana pelik apabila sahabatnya itu memberikan respon sebegitu.

"Tu je?Bagi jelah.Apa yang susahnya?Aku ingat masalah kau besar sangat.." kata Aisya Syarina yang masih bersisa ketawa.

"Senang betul kau cakap kan?Kalau aku dah tak mampu macam mana?"

"Ain,kau ni suka fikir bukan-bukan.Kau tahu kan,apa yang jadi pun,Iz tetap sayang kau.Tetap akan setia dengan kau.Kau cinta mati dia.Jangan lah macam ni.Stres-stres.Tak boleh.." pujuk Aisya Syarina supaya menghilangkan kegusaran Ain Farhana.

Ain Farhana hanya mengangguk.Keluhan dilepaskan.

♡♡♡♡

"Korang pergi tak reunion nanti?" soal Asyraf Khairil ingin tahu disaat mereka berkumpul.

Teruja apabila mendapat khabar berita yang kelas mereka sewaktu di tingkatan 5 ingin mengadakan reunion.Rindu mahu berjumpa mereka semua.

Sudah tentu semua sudah berkerjaya.Muka-muka mereka semua pastinya sudah lebih matang tetapi still tidak boleh lawan dirinya yang sedia maklum hensem dari azali lagi.

Eh?

Angkat bakul sendiri pula.

"Pergi lah.Aku pun rindu dorang.Lagi-lagi geng kita.." kata Izwan Farhan yang turut teruja.

Ain Farhana dan Aisya Syarina hanya mendengar.Mereka juga tidak sabar mahu berjumpa rakan-rakan bekas classmate mereka.

"Dengar cerita Aliya pregnant lagi kan?Bertambah lagi dia dengan Daniel.Kuat betul jodoh dorang tu.." kata Asyraf Khairil teringat tentang itu.

Siapa sangka bekas ketua pengawas dan bekas penolong ketua pengawas mereka itu ada jodoh?

Ramai yang tidak menyangka disaat Aliya Dalisya dan Daniel Haziq ingin menghalalkan hubungan mereka.Cinta berputik sejak di zaman sekolahkah?

"Err..Ain nak pergi toilet kejap.." ujar Ain Farhana.

Dia sebenarnya tersentak dengan kata-kata Asyraf Khairil.Entah mengapa dia begitu sensitif apabila isu berbadan dua dibangkitkan.

Aisya Syarina memahami perasaan sahabatnya itu.Pasti Ain Farhana terasa dengan kata-kata suaminya.

♡♡♡♡

Hubungan Aiman dan Hana Syazwani semakin akrab semenjak Nadia Amyra berada di bawah jagaan gadis itu.

Aiman ada menyatakan hasrat ingin mengenali hati budi gadis itu dengan lebih mendalam memandañgkan anak gadisnya menyukai gadis itu.

Namun,Hana Syazwani merasakan masih terlalu awal.Terasa seperti tergesa-gesa sangat.

Dia sebenarnya tidak mahu memberi sebarang harapan kepada lelaki itu.Takut lelaki itu kecewa nanti.

Hana Syazwani senang dengan telatah Nadia Amyra.Sangat mencuit hatinya.Comel sungguh.Sangat menyenangkan walaupun manja.

Aiman banyak kali menegur anak gadisnya itu.Namun,dia langsung tidak kisah.Baginya,biasalah budak-budak.Anak tunggal pula tu.

"Lepas ni,Nadia kena jaga diri.Jangan jatuh sakit.Nanti papa susah hati.." pesannya pada anak kecil itu.

"Baik,mama!"

Aiman tersenyum melihat Nadia Amyra bersama Hana Syazwani.Dia sendiri tidak tahu bila perasaan suka ada untuk gadis itu.

Dia percaya aturan Allah itu indah.Dia hanya perlu bersabar dan berdoa.Semoga ada jodoh diantara mereka.








My Cousin..I LOVE YOU 2 Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt