|| 2 ||

31 6 0
                                    

"Lily kenapa Lily senyap je sejak balik dari Hospital tadi?."

Tanya ibu. Mungkin melihat aku dalam keadaan senyap buat ibu tertanya tanya. Entah kenapa aku terfikirkan Riyyaz. Sejak mamat tu nak bunuh diri tadi, terus terbayang muka mamat tu. Mata yang sedih, ya aku nampak Riyyaz sedih. Kenapa lelaki itu perlu ambil jalan ni untuk menyelesaikan masalah.

"Lilyyy... "

Panggil ibu lagi. Marah sebab aku tak layan pertanyaan ibu.

"Tak ada apa apa ibu."

Maafkan Lily ibu sebab terpaksa bohong pada ibu. Tidak mungkin Lily nak cerita pada ibu apa yang Lily tengah rasakan sekarang. Lily taknak ibu sedih, melihat ibu seperti ini sahaja sudah buatkan Lily sakit.

"Anak ibu ni macam macam lah."

"Ibu kakak mana?."

Tanya aku ingin lari dari topik yang ibu sedang tanyakan. Malas hendak bersoal jawab dengan ibu, bukannya aku tak tahu yang ibu tahu kenapa aku lebih banyak mendiamkan diri hariini.

"Ada dekat dalam bilik."

Jawab ibu sepatah. Ibu termenung dan aku tahu apa yang ibu menungkan. Fikiran ibu melayang pasti sedang memikirkan ayah dihospital. Hidup kami berubah selepas tahu ayah menghidap kanser tahap empat.

"Lily..."

Panggil Ibu sayu. Suara ibu kelam seperti tanda tanda ibu akan menangis sebentar lagi. Aku daha faham sangat dah dengan tingkah ibu.

"Ya Ibu."

"Ibu tak sanggup, Ibu tahu kamu sedih dengan nasib ayah dan ibu tahu kamu marah dengan ibu."

Ucap ibu. Aku apa lagi terus larikan wajah aku daripada memandang wajah ibu. Aku tidak mahu melihat ibu menangis lagi dihadapan mata aku. Aku tak sanggup.

"Tak.. Lily tak marahkan ibu pun."

Bohong aku hanya kerana tidak mahu membuatkan ibu menangis tapi siapalah aku hendak menahan ibu daripada terus menangis. Ibu tetap terus menangis dan itu yang buat aku benci. Kenapa ibu terus menangis dihadapan aku. Kata ibu, aku seorang yang kuat yang mampu menenangkan hati ibu dan kakak, jadi ibu sentiasa akan luahkan perasaannya pada aku tetapi ibu lupa yang aku tetap seorang anak yang bila bila masa sahaja akan hilang seorang ayah.

"Ibu tahu kamu bohong Lily, Ibu tahu kamu sembunyikan perasaan kamu tetapi ibu bukan macam kamu, ibu tak kuat macam kamu."

Jelas ibu lagi dan aku masih tetap tidak mampu memandang wajah ibu. Kenapa ibu buat Lily macamni Ibu, Lily pun tak kuat macam ibu tapi Lily pura pura kuat depan ibu kerana Lily takut, Lily akan hilang ibu pula.

"Ibu... sampai bila ibu nak bersedih macamni, Lily tahu Lily akan hilang ayah tapi Lily taknak hilang ibu pula nanti."

Marah aku hanya tak sanggup melihat ibu merintih. Aku tahu aku dah berdosa kerana marah pada ibu tapi melihat air mata ibu sudah membuatkan aku takut, takut akan kehilangan ibu pula. Sejak ayah sakit, ibu sudah semakin kurus, tak lalu makan dan itu yang buat aku risau.

"Lilyyy..."

Panggil ibu dengan sayu. Aku terus berlari ke bilik meninggalkan ibu sendirian di ruang tamu. Air mata aku hamburkan di atas katil. Ketukkan di pintu aku biarkan sahaja, aku tahu itu pasti kakak. Walaupun kakak seorang yang tabah tapi aku tahu sedikit sebanyak perkara ini pasti membuatkan hatinya rapuh.

"Lilyy.. buka pintu ni."

Pinta kakak. Air mata aku kesat sebelum aku mengatur langkah ke pintu. Pintu aku kuak perlahan. Tersembul wajah kakak.

"Ada apa?."

Tanya aku. Wajah aku sedikit pun tidak memandang wajah kakak. Aku tahu pasti kakak nak marahkan aku sebab berkasar pada ibu tadi tapi aku tidak sanggup melihat ibu seperti itu.

"Lily, akak tak sanggup tengok kau berkasar dengan ibu macam tadi."

Marah kakak. Haih bukak je pintu terus aku kena sembur dengan kakak. 

"Habis kau nak suruh aku buat apa?. Hati aku tak sekuat kau kak, tapi sekurang kurangnya aku cuba."

Jerkah aku. Ah lantaklah kalau kakak nak marah ke apa. Hati aku dah panas apabila terus menerus dipersalahkan. Walaupun aku seorang yang keras kepala tapi hati aku, hati aku lembut macam ibu. Kalau bolehlah aku pun nak ada hati macam kakak, mampu tabah dalam semua ini.

"Tapi kau pura pura Lily, Aku dan ibu tahu kau pura pura kuat depan kami tapi bila dibelakang kami kau menangis. Kalau kau nak menangis jadi macam ibu Lily, menangis depan kami."

Tegur kakak. Kata kata kakak ada betul juga. Setiap malam aku menangis sehingga aku tertidur akibat kepenatan hanya disebabkan aku sedih melihat ayah dalam kesakitan dan mengetahui bila bila masa sahaja ayah akan pergi meninggalkan kami semua.

"Senang kau cakap kak, kau tak faham."

Jawab aku lagi cuba hendak menidakkan kata kata kakak lagi.

"Kau cakap dengan aku kenapa aku tak faham.. Ibu just nak kau menangis sekali dengan dia, sebab kau pendam lah kau jadi marah macamni."

Air mata aku menitis selepas mendengar kata kata kakak. Ibu nak aku menangis sekali?. Ah bodohnya aku sebab sudah buat ibu terluka. 

"Kami faham apa yang kau rasa tapi kami juga turut terkesan dengan semua ini. Tapi kami lagi taknak kau berpura pura macamni, kami tak mahu hilang kau Lily."

Marah kakak. Air mata aku semakin galak turun, aku dapat rasakan kakak lap air mata aku dengan jari dia. 

"Pergi mintak maaf dengan ibu."

Arah kakak dan aku hanya menurut sahaja. Aku pergi mencari ibu di kamarnya tapi ibu tiada, aku ke ruang tamu dan aku dapat melihat ibu masih ada disitu sedang menangis dan memegang gambar kami sekeluarga.

"Abang Lia kuat dengan semua ini tapi Lia jadi macamni disebabkan Lia tak kuat dengan Lily abang, Lily dia pendam semua ini dan Lia tak sanggup tengok dia macamtu. Lia taknak hilang Lily pula abang."

Kata kata ibu aku dengar dan aku masukkan dalam ruang ingatan aku. Jadi selama ini ibu menangis sebab melihat keadaan aku. Kakak disebelah aku pandang, betapa sayangnya mereka pada aku tapi bohonglah aku tak merasakan kesedihan ini. Aku tipu mereka bahawa aku kuat tapi aku tak tahu penipuan itu membuatkan mereka lagi sedih.

"Ibu.."

Panggil aku, aku mengatur langkah ke arah ibu perlahan. Wajah ibu aku pandang dengan linangan air mata. Ibu pandang aku dengan senyuman yang ikhlas. Aku nampak wajah ibu kuat dengan semua ini tapi selama ini aku buta kerana aku hanya salahkan ibu sebab ibu menangis.

"Lily.."

Ibu masih tetap tersenyum memandang aku. Aku memeluk ibu erat lalu ibu balas pelukan aku dengan penuh lembut. Aku rindu pelukan  ibu, sudah lama aku tak merasakan pelukan ibu. Tangisan aku hamburkan di dalam pelukan ibu. Aku dengar ibu juga turut menangis. Kami bertiga menangis mengenangkan nasib kami sekarang dan moga esok tiada lagi tangisan yang tumpah.

EIDLAN RIYYAZTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon