|| 14 ||

8 2 0
                                    

Sebaik pulang dari sekolah, aku terus mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Mata aku meliar liar mencari kelibat Riyyaz, terasa malas pulak aku nak jumpa mamat tu hariini.

"Aku kata jumpa aku dekat hospital kan."

Sergah Riyyaz dari belakang. Aku belum sempat apa dah terkejut. Niat aku nak mengelak dari jumpa Riyyaz tak kesampaian. Cepat je mamat ni jumpa aku dekat sini.

"Macammana awak boleh tahu saya dekat sini?."

Tanya aku. Yelah dalam ramai ramai pelajar dekat sini, Riyyaz boleh kenal aku.

"Kau sentiasa dalam pemerhatian aku."

Jawab Riyyaz tanpa segan silu. Haih mamat ni main melulu je mulut dia tu.

"Hah korang plan apa ni?."

Tegur Leeya.

"Tak ada plan apa apa."

Jawab aku selamba. Wajah Riyyaz yang mencuka aku biarkan.

"Aku nak pinjam kawan kau ni kejap eh."

Pinta Riyyaz. Sejak bila entah si Riyyaz ni pandai mintak izin orang kalau nak jumpa aku. Selalunya main tarik je tangan aku ni.

"Macam aku tak tahu lah Riyyaz perangai kau ni, sejak bila kau pandai mintak izin ni."

Perli Leeya sambil tersenyum memandang ke arah aku. Aku membulatkan mata memandang Leeya dengan harapan Leeya faham akan maksud yang cuba disampaikan oleh aku.

"Okay cantik thanks Leeya."

Riyyaz ketawa bangga. Matanya mengerling ke arah aku lalu menarik tangan aku.

"Awak ni lepaskan lah tangan saya."

Pinta aku. Malu lah aku semua mata memandang ke arah aku terutama jerlingan dari Mira. Bukannya aku tak perasan.

"Masalahnya kalau aku tak pegang tangan kau, kau takkan ikut aku pergi hospital."

Jawab Riyyaz. Memang betul tekaan dari Riyyaz.
Serentak itu aku terpandang luka di tangan Riyyaz akibat bergaduh dengan Alief tadi.

"Awak tak ubat luka awak lagi ke?."

Tanya aku. Risau pula aku tengok bila Riyyaz langsung tak rawat luka dia tadi.

"Tak, aku dah biasa dah luka macamni, aku just cuci luka nanti dia elok sendiri lah tu."

Jawab Riyyaz.

"Awak ni degil lah."

Marah aku. Geram pulak aku dengan mamat ni, tak pernah rasa nak jaga diri sendiri. Aku mendengus geram. Riyyaz pandang aku dengan pandangan yang kosong.

"Okay aku mintak maaf."

Ucap Riyyaz.

"Cepatlah kata nak pergi hospital, saya nak balik lagi ni."

Kerasa kata kata aku lalu mengatur langkah pergi meninggalkan Riyyaz seorang diri.

"Tunggu lah aku."

Riyyaz menjerit dari belakang tapi aku tetap tidak pedulikan Riyyaz. Hati aku terasa sakit bila melihat Riyyaz terluka. Lagi lagi Riyyaz taknak ubat lukanya. Langsung tak reti jaga perasaan aku betul mamat ni.

*******

"Lily."

Panggil Riyyaz perlahan tapi aku buat tidak endah je dengan panggilan dari Riyyaz.

"Lily, aku panggil kau ni."

"Apa!!!!."

Keras suara aku sambil menoleh ke arah wajah Riyyaz. Aku terkedu bila lihat Riyyaz tengah pandang aku dan makin buat aku terkedu bila sepasang mata milik lelaki itu sedang berkaca.

"Riyyaz awak okay ke tak ni?."

Serba salah pula aku rasa sebab buat tak endah dekat Riyyaz. Lily kau bukannya tak tahu yang mamat tu sekarang tengah depress kau boleh buat macamtu pula.

"Kenapa awak senyap, saya tanya awak ni."

Makin serba salah aku dibuatnya bila Riyyaz semakin diam. Ah ni part yang paling aku benci dalam diri Riyyaz bila lelaki itu sering menunjukkan perangai yang aku sendiri tak faham dan yang paling penting aku tak suka diri Riyyaz yang macamni.

"Tak apalah Lily kau boleh balik, aku takkan paksa kau lagi."

Sayu kata kata dari Riyyaz mungkin kecewa dengan aku agaknya. Lelaki itu mengatur langkah menjauh dari aku. Tempat biasa yang lelaki itu sering duduk, ya di atas balkoni.

"Riyyaz bahaya lah atas tu."

Marah aku. Haih mamat ni sensitif betullah, aku baru marah sikit terus jadi macamni. Kau pun satu Lily yang kau buat macamtu dah kenapa.

"Aku faham Lily, kau tak ada niat pun nak bantu aku kan, aku dah taknak paksa kau lagi. Aku tengok kau terpaksa ikut aku sampai sini pun dah buat aku terseksa."

Ucap Riyyaz perlahan. Aku nampak Riyyaz terketar ketar bila mengucapkan kata kata itu. Tangan lelaki itu sedang mengepal penumbuk. Hati aku dipagut rasa serba salah.

"Arghhhhh."

Jeritan Riyyaz buat aku terkejut, dia menumbuk dinding balkoni itu. Tangan yang luka tadi kembali berdarah. Aku dah cuak bila tengok Riyyaz macamtu. Dengan berani aku mengatur langkah ke arah Riyyaz dengan harapan Riyyaz akan berhenti.

"Riyyaz saya mintak maaf."

Air mata aku semakin laju turun bila tengok Riyyaz dalam keadaan macamtu.

"Shit aku dah buat kau nangis."

Marah Riyyaz dan dia semakin galak memukul dinding itu. Tangan Riyyaz semakin teruk berdarah. Aku segera memaut lengan Riyyaz agar lelaki itu berhenti. Aku dapat rasakan amarah dalam diri Riyyaz sekarang ni semakin memuncak.

"Riyyazz.. Berhenti!!!!.."

Keras suara aku. Aku dapat melihat Riyyaz semakin lama semakin perlahan tumbukannya. Mungkin disebabkan aku jerit tadi agaknya.

"Riyyaz."

Panggil aku. Tangan Riyyaz aku masih pegang, aku dapat rasakan tangan itu masih lagi mengigil. Wajah Riyyaz langsung tak pandang muka aku masih setia menatap dinding dihadapannya.

"Riyyaz saya ubat luka awak eh?."

Tanya aku tanpa mendapatkan jawapan dari Riyyaz aku terus mencari air mineral dari dalam beg dan pembalut luka. Usai sahaja aku balut luka Riyyaz, lelaki itu masih dalam keadaan mendiamkan diri tetapi yang berubah lelaki itu kini menangis. Riyyaz menangis lagi dihadapan aku.

"Riyyaz."

Panggil aku tapi tiada reaksi apa apa pun dari Riyyaz.

"Riyyaz saya tahu saya salah, saya mintak maaf okay."

Pinta aku tapi aku hampa Riyyaz tetap diamkan diri. Entah kenapa aku kecewa melihat Riyyaz diamkan diri. Aku sedih bila Riyyaz tak jawab panggilan aku, tak layan aku. Arghh aku tak suka Riyyaz yang ni, aku nak Riyyaz yang sebelum ni.

EIDLAN RIYYAZWhere stories live. Discover now