|| 16 ||

8 2 0
                                    

"Kau buat apa dekat sini?."

Sayu suara Riyyaz, aku tak sangka kata kata aku siang tadi dah buatkan Riyyaz terluka. Kau pun satu Lily, dah tahu si Riyyaz ni ada masalah, kau buat perangai macamtu dah kenapa.

"Leeya call saya kata awak taknak makan and awak mengamuk."

Terus terang aku beritahu Riyyaz. Aku nampak Riyyaz genggam penumbuk. Aku dah mula cuak, takkan nak marahkan aku pulak kot.

"Aku dah cakap siang tadi dekat kau yang aku dah takkan kacau kau lagi lepasni!!!."

Tengking Riyyaz. Suara Riyyaz yang tinggi tu dah buatkan aku tergamam. Air mata aku dah mengalir laju. Ya aku takut tengok situasi Riyyaz sekarang.

"Saya mintak maaf."

Dengan sisa keberanian yang ada, aku meminta maaf. Aku nampak Riyyaz mengundur kebelakang.

"Shit sekali lagi aku buat kau menangis."

Marah Riyyaz. Dinding ditumbuknya beberapa kali. Menyesal mungkin dengan tindakannya tadi.

"Riyyaz."

Panggil aku cuba untuk menghentikan tingkah laku Riyyaz sekarang ni.

"Riyyaz."

Kalau tadi aku berdiri kaku dekat tepi katil tapi kali ini aku terus meluru ke arah Riyyaz. Aku tak sanggup tengok Riyyaz cederakan diri dia lagi. Sejujurnya aku terluka tengok Riyyaz macamtu.

"Dah Riyyaz, berapa kali awak nak sakitkan diri awak, sakitkan orang sekeliling awak, orang yang sayangkan diri awak."

Suara aku sedikit tinggi menandakan aku risau melihat keadaan Riyyaz sekarang ini. Aku dapat melihat mata tajam Riyyaz memandang dinding. Tangan yang berdarah langsung tidak menarik minat Riyyaz.

"Kau tak pedulikan aku lagi, aku dah hilang kekuatan aku, jadi buat apa aku hidup."

Riyyaz terduduk, aku terpanar dengan kata kata dari Riyyaz. Ah sampai macamni Riyyaz rasakan. Kalau lah aku tahu pasti aku akan menemani Riyyaz dengan rela hati.

"Riyyaz, Lily okay tak ni?."

Suara dari Leeya mematikan lamunan aku. Mungkin tengkingan dari Riyyaz tadi dah buatkan Leeya risau agaknya.

"Leeya kenapa kau bawak dia datang sini?."

Tanya Riyyaz. Aku pandang wajah Riyyaz, mata Riyyaz sedang memandang aku dengan pandangan yang sayu.

"Aku nak Lily tolong kau."

Jujur Leeya.

"Tapi dia taknak tolong aku, dia bukan kekuatan aku lagi, aku dah hilang semuanya."

Sekali lagi kata kata dari Riyyaz buatkan aku terpempan. Hati aku terasa dicucuk dengan kata kata dari Riyyaz. Sesungguhnya aku dah melukakan hati lelaki itu.

"Riyyaz."

Panggil aku perlahan. Aku nampak Riyyaz menangis. Aku nampak Riyyaz terseksa. Ah bodohnya aku selama ini.

"Kenapa kau jadi macamni Riyyaz, ibu ayah aku and semua orang risaukan kau."

Sambung Leeya. Melihat aku yang sedang menangis Leeya terus mendakap aku.

"Kau bohong Leeya, semua risaukan aku sebab kasihan dekat aku. Itu je."

Riyyaz pandang dinding. Aku dapat melihat air mata lelaki itu. Kalau dulu aku dapat melihat Riyyaz yang tak menunjukkan air matanya tapi tidak sekarang. Lelaki itu lebih mudah menangis.

"Macammana kau boleh buat andaian kau sendiri Riyyaz."

Pujuk Leeya. Aku hanya diam membatu. Entah kenapa aku tidak berdaya hendak memujuk lelaki itu.

"Lily, dia tolong aku sebab dia terpaksa. Jadi tolong jangan kaitkan dia dengan hidup aku lagi. Aku taknak dia terseksa sebab aku."

Sekali lagi Riyyaz berkata. Kata kata Riyyaz buatkan aku sedar yang Riyyaz benar benar terluka dengan tingkah aku siang tadi.

"Riyyaz kenapa awak macamni?."

Aku beranikan diri bertanya. Biarlah hariini menjadi hari yang bersejarah aku berani berdepan dengan Riyyaz.

"Sebab kau Lily."

Jujur Riyyaz. Mata kami bertaut. Riyyaz memandang aku dengan lunak seolah olah meminta aku supaya tolong dia dengan seikhlas hati aku.

"Sebab saya?."

Tanya aku.

"Ya sebab kau orang pertama yang faham masalah aku selepas Leeya, jadi aku nak berkawan dengan kau."

Kali pertama aku dengar Riyyaz berkata sejujur dari dalam hati.

"Kalau awak rasa awak nak kawan dengan saya, please makan sekarang."

Tegas kata kata dari aku. Baru teringat bahawa lelaki dihadapannya itu belum makan. Dulang yang berisi makanan itu aku gapai lalu menghulur semangkuk bubur ke arah Riyyaz.

"Aku nak kau suapkan."

Pinta Riyyaz lembut. Mata Riyyaz sedikit pun tidak berganjak daripada memandang muka aku. Kaliini aku biarkan sebab lelaki itu sedang sakit, kalau tak dah lama kena korek biji mata Riyyaz bila asyik pandang mata aku.

"Kau mengata aku dari dalam hati ke Lily?."

Lamunan aku terhenti apabila soalan dari Riyyaz buat aku tersedar. Pipi aku dah merah menahan malu. Leeya dekat sebelah dah tayang gigi nak gelak.

"Manaada, awak tu kan boleh makan sendiri?."

Jawab aku.

"Aku nak kau suapkan aku."

Arah Riyyaz. Aku akur. Sesudu bubur aku suapkan ke dalam mulut Riyyaz. Aku nampak bibir lelaki itu menguntum senyuman. Akhirnya aku nampak senyuman itu sekali lagi. Ah aku rindu senyuman itu.

"Dah habis dah. Boleh pun kau makan."

Marah Leeya sambil tepuk bahu Riyyaz. Aku nampak keakraban mereka berdua. Terasa macam orang ketiga pula.

"Thanks Lily sebab tolong aku. Meh dulang tu aku hantar ke dapur."

Pinta Leeya sambil mengulum senyum kepada aku. Aku faham dengan perasaan risau Leeya. Aku dengar Leeya telefon tadi pun dah tak cukup tanah.

"Saya tak tahu pula awak betul betul risaukan saya."

Kata kata dari Riyyaz buatkan aku malu. Inilah perangai riyyaz yang sebenar. Selagi tak mengusik aku tak sah betul.

"Dah Leeya merayu dekat saya suruh tolong awak, saya pun datang lah."

Bohong aku. Aku nampak Riyyaz senyum nakal disitu. Mungkin geli hati agaknya melihat aku menahan malu dekat situ.

"Dahlah saya nak balik."

Pinta aku. Aku melihat Riyyaz mengangguk sambil mengulum senyum.

"Lily."

Belum sempat aku melangkah pergi, Riyyaz terlebih dulu memegang tangan aku. Aku berpaling nak memarahi Riyyaz tapi belum sempat aku marah Riyyaz dah tersenyum.

"Terima kasih Lily untuk malam ni."

Kata kata dari Riyyaz buatkan aku sedikit gembira.

"Riyyaz saya janji saya akan jadi kekuatan awak sampai bila bila tapi tolong jangan lukakan diri awak macam tadi saya takut."

Jujur aku. Mata aku dialihkan kepada tangan Riyyaz yang masih terluka. Aku tahu betapa sakitnya luka itu.

"Ya saya tahu, thanks sebab sudi jadi kekuatan saya."

"Welcome and lagi satu macam yang awak pernah cakap dengan saya sebelum ni, tolong jangan jadi macam awak right?. Jadi saya nak awak tolong jangan jadi macam itu lagi sebab awak dah ada saya."

Jujur aku sambil mengulum senyuman yang cukup ikhlas buat lelaki itu. Aku nampak Riyyaz tersenyum gembira. Aku melangkah pergi meninggalkan Riyyaz seorang diri di dalam bilik. Takut pula ibu tunggu lama di luar sana lagipun malam dah semakin larut. Esok sekolah lagi.

"Selamat malam Lily, kekuatan saya..."

Ucap Riyyaz perlahan. Siapa tahu hariini adalah hari yang bahagia buat Riyyaz. Ada Lily yang sudi jadi kekuatan untuk dirinya.

EIDLAN RIYYAZWhere stories live. Discover now