|| 17 ||

12 3 0
                                    

Sampai sahaja di sekolah, kaki aku melangkah malas masuk kesekolah. Di dalam kelas terdapat Mira dan kawan kelas yang lain. Mata mereka memandang sinis kearah aku. aku tahu mereka sedang mengejek aku, melihat aku bersendirian  agaknya. Aku tak tahu pula mereka jenis yang cemburu dengan apa yang aku ada. 

"Mana kawan kau yang pernah jadi pencuri kelas dulu tu?."

Kata kata Mira aku dengar. Perasaan aku tiba tiba sakit medengar kata kata dari Mira. Menyesal jugaklah aku datang awal kesekolah hariini. Jam pembelajaran mula pukul 8.00 pagi tapi aku dah bertapak dekat sekolah ni pukul 7.00 pagi lagi. Aku cakap dekat ibu nak kemas kelas sekali tapi dah ada si Mira dengan kawan sekelas aku yang lain terus tak jadi aku.

"Hei Mira kau dah kenapa?. Kitaorang tak kacau kau langsung kan?."

Bentak aku kepada Mira. Mata aku mencerlung tajam memandang ke arah Mira. Aku betul betul geram dengan Mira sekarang ni. Muka je lawa tapi otak tak ada langsung. Sebab Riyyaz sanggup bermusuh dengan aku.

"Uish marah, backup kawan nampak."

Perli Mira. Aku pun tak tahu bila nak habis pergaduhan dengan Mira ni. SPM dah nak dekat tapi dia boleh pula bermusuh dengan aku. Kawan yang aku pernah rapat dulu kini jadi musuh aku.

"Kau memang suka dengki dengan orang eh?. Aku tak tahu lah hidup kau panas agaknya tengok kitaorang happy."

Sinis aku membalas kata kata dari Mira. Baru padan muka. Aku nampak Mira seakan marah lalu cepat mengatur langkah ke arah aku. Aku terkedu tengok muka Mira sekarang ni. Mira yang mengatur langkah kearah aku secara perlahan dah buat aku cuak. Tiba sahaja di depan aku, Mira terus menampar aku.

"Ini untuk apa yang kau dah buat dekat aku and yang ni untuk!!!!."

Tangan Mira angkat lagi untuk kali kedua tapi belum sempat sudah ditahan oleh seseorang. Siapa yang menahan aku pun tidak tahu tapi yang aku tahu bukan main bisa lagi tangan Mira. Tangan aku terus memegang pipi aku yang kemerahan. Air mata aku keluar perlahan. Sedih mengenang nasib sendiri.

"Kenapa kau perlu buat macamni Mira?."

Suara lelaki yang aku dengar. Wajah aku dikalihkan kepada suara lelaki itu. 

"Naufal..."

Mulut aku menyebut nama itu perlahan.

"Wah kau pun nak jadi hero untuk perempuan ni ke?."

Sinis kata kata dari Mira. Aku dekat sebelah Naufal dah makin laju air mata aku turun. Kalau lah ada Leeya sekarang ni mesti dia dah tenangkan aku.

"Kalau kau kacau dia means kau kena berurusan dengan aku."

Kata kata dari Naufal mengejutkan aku. Kenapa Naufal cakap macamtu?. Mungkin sebab nak balas balik aku tolong dia haritu agaknya.

"Hahaa.. Kau suka dia ke Naufal?."

Ejek Mira. Apalah masalah Mira ni aku pun tak faham. Rosak mood aku hariini. Aku baru nak melangkah keluar, Mira dah tarik badan aku, membuatkan aku jatuh terduduk ke lantai. Sakit dia hanya Tuhan je yang tahu.

"Kau dah kenapa Mira?."

Jerit Leeya yang baru sampai. Keadaan disitu tegang. Leeya terus berlari mendapatkan aku kemudian membantu aku perlahan lahan bangun. Mata aku tertumpu pada pintu di depan. Ada Riyyaz disitu sedang memandang.

"Kan aku kata kalau kau ganggu dia, kau kena berurusan dengan aku."

Jerkah Naufal dan itu membuatkan semua orang terkejut. Mira tercengang dengan jerkahan Naufal. Aku tak pernah nampak Naufal macamni sekali.

"Lily kau okay?."

Tanya Naufal sambil memegang tangan aku. Aku tak tahu lah kenapa budak lelaki dalam sekolah ni suka sangat pegang tangan aku tanpa minta kebenaran.

"Saya okay."

Jawab aku sambil mata aku memandang ke arah Riyyaz. Aku nampak Riyyaz menahan geram mungkin melihat Naufal memegang tangan aku agaknya. Mata Riyyaz aku pandang tepat, aku nampak mata Riyyaz mencerlung tajam ke arah Naufal. Ah takkan ada pergaduhan lagi kot.

"Naufal thanks."

Ucap aku perlahan lalu mengatur langkah ke arah Riyyaz.

"Riyyaz."

Panggil aku perlahan. Aku dah mula gerun dengan tingkah laku Riyyaz saat ini. Mata lelaki itu langsung tidak berganjak. Eh dahlah belakang aku masih sakit takkan nak melayan pergaduhan lagi.

"Sapa suruh kau kacau dia?."

Kaliini Riyyaz pula bersuara. Lembut je aku dengar, lega aku sebab Riyyaz tak marah. Aku nampak Riyyaz mengatur langkah ke arah Mira, aku dah panik apa lagi yang mamat ni nak buat.

"Sapa suruh kau kacau dia!!!!..."

Jerkah Riyyaz sambil tangan diangkat untuk menampar Mira. Aku apa lagi terus berlari lalu memeluk tangan Riyyaz. Aku dapat rasakan tangan Riyyaz mengigil mungkin disebabkan tengah menahan marah agaknya.

"Riyyaz tolonglah jangan jadi macamni."

Merayu aku disisi Riyyaz. Wajah lelaki itu aku pandang. Masih ada lagi sisa kemarahan yang aku nampak dari Riyyaz.

"Riyyaz kenapa awak suka sangat dengan Lily."

Dengan berani Mira memegang tangan Riyyaz. Tak takut mati agaknya Mira ni. Aku sendiri ambil masa nak pegang tangan Riyyaz tu.

"Dia tak baik untuk awak, dia semua lelaki dia layan. Contoh dia Naufal."

Mira fitnah aku. Aku pandang Riyyaz. Wajah itu langsung tidak menunjukkan apa apa reaksi. Aku sendiri tidak dapat tafsir apa yang sedang bermain dalam fikiran Riyyaz.

"Kau fitnah aku Mira."

Marah Naufal menafikan apa yang Mira cakap pada Riyyaz. Aku pandang muka Naufal dah mula cuak.

"Riyyaz."

Panggil aku perlahan. Dah macam berebut lelaki lah pulak. Tangan aku lepaskan daripada memegang tangan Riyyaz. Aku dah malas nak buktikan apa apa sebab memang aku tak bersalah. Suka hati Riyyaz lah nak percaya ke tak.

"Kau nak pergi mana?."

Aku baru nak mengatur langkah pergi Riyyaz dah menghalang aku. Tangan aku diraih Riyyaz. Eh nak apa lagi aku pun tak tahu lah. Aku dah penat dah nak tengok pergaduhan yang tak berguna untuk aku lagi.

"Lepaskan tangan saya Riyyaz and untuk kau Mira, jangan ingat aku diam aku lepaskan kau."

Cepat cepat tangan aku mengangkat tangan untuk menampar Mira. Senyuman sinis aku tayang. Sakit di pipi aku ni pun masih terasa lagi dia.

"Ni untuk tadi and terima kasih sebab fitnah aku and untuk kau Naufal thanks sebab tolong aku. lepaskan tangan saya Riyyaz."

Tanpa menunggu tindakkan Riyyaz, aku terus berlalu pergi meninggalkan mereka semua. Tempat yang aku pergi di belakang sekolah tempat biasa aku menelefon kakak untuk bertanya perihal ayah.

"Ah sedih betul hidup aku hariini."

Bisik aku perlahan. Setitis demi setitis air mata aku jatuh mengenang kan nasib yang aku alami tadi. Akhirnya aku tetap bersendirian, Riyyaz percaya kata kata Mira. Sedihnya hidup aku. Kaliini tiada lagi teman dalam hidup seorang Lily.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EIDLAN RIYYAZWhere stories live. Discover now