|| 10 ||

14 5 0
                                    

Hujan di waktu pagi membuatkan aku semakin malas hendak kesekolah lagi lagi aku memikirkan entah apa drama yang aku perlu hadap hariini. Sudah hampir 2 minggu aku bergaduh dengan Mira dan sejak itu jugalah aku tak terasa langsung nak berbaik dengan Mira lagi.

"Lily bangun."

Jerit kakak dari luar.

"Ya bangun lah ni."

Jawab aku perlahan. Badan yang terasa malas aku gagahkan juga.

"Jangan tidur balik tau, mandi lepas tu turun sarapan."

Beritahu kakak lagi. Aku buat buat tak dengar. Bukan apa pagi pagi ni dengan cuaca yang minta aku sambung tidur balik ni buatkan aku malas nak kesekolah.

Usai sahaja aku mengenakan baju seragam sekolah, aku terus mengatur langkah ke meja makan. Sarapan yang disediakan ibu membuatkan selera aku semakin naik.

"Hah turun pun anak ibu ni."

Ibu tersenyum bila tengok aku yang makan macam orang tak pernah makan kan.

"Dah kurus anak ibu ni."

Perlahan kata kata ibu tapi dapat juga aku dengar. Sayu je suara ibu hingga buatkan aku sedih.

"Ibu tahu Lily ada masalah. Lily taknak kongsi dengan ibu."

Tanya ibu dan soalan ibu buatkan aku terkedu. Apa yang patut aku beritahu ibu. Tak mungkin aku beritahu ibu yang aku bergaduh dengan Mira sekarang ni.

"Lily gaduh dengan Mira ibu."

Kakak yang baru sampai ke meja makan beritahu ibu.

"Kenapa Lily gaduh dengan Mira and macammana kakak boleh tahu?."

Tanya ibu. Wajah aku dan kakak silih berganti ibu pandang dengan penuh kasih sayang.

"Kakak tahu dari kawan dia yang namanya Leeya tu, haritu jumpa dia dekat 7 Eleven tu."

Jawab kakak.

"Betul ke Lily?."

Tanya ibu. Wajah aku menghadap ke bawah, tak berani memandang wajah ibu. Aku takut ibu salahkan aku sebab aku bergaduh dengan Mira.

"Betul ibu."

Dengan perlahan aku menjawab.

"Tapi kenapa?."

Tanya ibu.

"Dia hina Lily, dia hina ayah. Lily tak boleh terima. Dia tak ikhlas kawan dengan Lily ibu."

Air mata aku keluar, aku pandang wajah ibu lalu semakin laju air mata aku ni turun.

"Its okay, ibu dan kakak ada. Kalau Lily tak boleh nak kawan dengan Mira tak perlu teruskan."

Nasihat ibu. Kali pertama aku dengar ibu nasihat aku buat kan hati aku sedikit tenang.

"Yelah Lily, jangan hiraukan dia, kau datang sana nak belajar ingat pesan kakak okay."

Pesan kakak pula. Aku bersyukur ada keluarga yang memahami apa yang aku lakukan.

"Lily pergi sekolah dulu ibu."

Aku minta izin dari ibu lalu tangan ibu aku kucup lama. Aku dapat rasakan ibu cium dahi aku lama. Rasa sebak lah pulak.

"Hati hati ya."

Pesanan ibu itu aku balas dengan senyuman yang cukup menawan. Perasaan malas untuk kesekolah tadi sudah hilang bertukar jadi perasaan yang ingin kesekolah hanya disebabkan aku ingin menunaikan cita cita ayah.

"Lilyy."

Panggil Leeya dari belakang. Aku senang berkawan dengan Leeya sebab sejak kejadian aku bergaduh dengan Mira, Leeya tak pernah tinggalkan aku sorang sorang.

"Kau memang nak buat satu sekolah pandang aku eh?."

Tanya aku. Yelah malu kot dahlah suara si Leeya ni kuat. Aku nampak lah juga ada yang memandang ke arah aku.

"Aah aku saja je nak buat kau popular."

Bongok punya kawan. Aku dah cukup popular dah ni tak perlu popular kan aku lagi.

"Lily aku suka berkawan dengan kau."

Jujur Leeya, aku nampak keikhlasan dari mata Leeya.

"Aku pun suka kawan dengan kau."

Kata kata Leeya aku balas dengan senyuman.

"Dari dulu aku teringin nak kawan dengan kau tapi disebabkan kau ada Mira aku taknak kacau persahabatan korang sebab kau tahu Mira tu macammana kan?."

Ya memang aku tahu Mira macammana. Mira jenis yang tak suka berbagi apa yang dia ada dengan orang lain. Pernah satu hari tu dia marah orang yang cuba nak bergaul dengan aku sebab bagi dia aku berkawan dengan dia je. Rimas jugaklah aku.

"Lily kau ada apa apa ke dengan Riyyaz?."

Tanya Leeya.

"Tak ada apa apa pun."

Jawab aku sepatah.

"Kalau ada pun apa salahnya. Riyyaz tu susah tau nak bergaul dengan orang yang baru dia kenal. Kalau dia dah betul betul rapat dengan kau means dia selesa dengan kau."

Jujur Leeya tapi mana pula si Leeya ni tahu tentang Riyyaz.

"Macammana kau tahu tentang Riyyaz."

Tanya aku pelik.

"Sebab aku sepupu dia."

Mata aku membuntang pandang Leeya. Tak sangka si Riyyaz tu sepupu Leeya.

"Aku tak tahu pun."

"Sebab aku dengan Riyyaz taknak satu sekolah ni tahu kitaorang sepupu."

Beritahu Leeya. Patutlah aku tengok Riyyaz tu pernah jumpa Leeya tapi aku fikir logiklah, ada benda tentang sekolah lah tu.

"Yang aku tahu selepas aku, kau adalah orang kedua yang rapat dengan dia."

Kata kata Leeya buat aku rasa macam nak pengsan.

"Macammana kau tahu semua ni."

Aku dah panik takkan si Riyyaz ni bagitahu pula kan.

"Dari Riyyaz lah tak pernah sedikit pun dia tak cerita pasal kau dekat aku."

Jujur Leeya.

"Aku tahu dia selesa dengan kau and pasal apa yang dia kata haritu, aku tahu dia tak bermaksud nak cakap macamtu sebab time tu dia gaduh dengan mak dia."

Wajah Leeya aku pandang, aku nampak Leeya sedikit sedih.

"Kenapa dengan Riyyaz?."

Tanya aku.

"Mak dia cuba halau dia dari rumah."

Wajah Leeya bertukar keruh.

"Mak ayah aku je yang dia ada, memang mak ayah aku terima dia macam anak mereka sendiri tapi tak pada Riyyaz, bagi Riyyaz semua tu tak ada makna untuk dia lagi."

Cerita Leeya buatkan aku tergamam. Jadi ini yang berlaku. Riyyaz cuba buat apa dengan mintak aku jangan masuk campur dalam hidup dia lagi.

"Aku perlukan kau Lily untuk ceriakan Riyyaz macam dulu lagi."

Pinta Leeya.

"Tapi kenapa aku?."

"Sebab sejak dia kenal kau, aku nampak dia dah lain, aku nampak dia dah mula senyum tapi sejak dia ada masalah dengan mak dia, dia cuba nak jauhkan diri dari orang sekeliling dia. Dia taknak orang sekeliling dia sakit sebab dia."

Ya Allah apa yang Riyyaz fikir ni. Dalam pada itu aku nampak kelibat Riyyaz. Lelaki itu selamba berjalan ke arah tangga yang biasa dia habiskan masa merenung akan nasibnya.

EIDLAN RIYYAZWhere stories live. Discover now