|| 13 ||

21 3 1
                                    

"Tengok siapa yang aku jumpa dekat sini."

Tegur Riyyaz dengan senyuman sinis. Matanya yang kosong itu memandang ke arah sahabatnya yang sudah terbaring disebabkan oleh Alief. Entah kenapa timbul perasaan kasihan melihat wajah Naufal yang berdarah akibat teruk dibelasah oleh Alief.

"Wow, what the suprise kau pun ada."

Giliran Alief pula bersuara. Akhirnya musuh utama dia muncul juga. Dia dah lama simpan dendam dekat Riyyaz dan kalau ini peluang dia, dia takkan sesekali sia sia kan.

"Riyyaz lari, ni bukan masalah kau."

Naufal yang sedang terduduk dibawah bersuara lantang memberi amaran pada Riyyaz.

"Aku takkan sesekali jadi pengecut macam kau."

Perli Riyyaz, wajahnya dilarikan daripada memandang wajah sahabatnya itu. Aku tahu jauh disudut hati Riyyaz yang dia sedih melihat sahabatnya itu diperlakukan seteruk itu oleh Alief.

"Aku nak kau lepaskan dia."

Riyyaz beri amaran pada Alief tapi perasaan gentar langsung tidak ada pada diri Alief. Yelah dah nama gangster sekolah takkan ada perasaan takut.

"Kalau aku taknak macammana?."

Alief mencapai rambut Naufal lalu ditarik. Riyyaz nampak wajah Naufal yang sedang menahan kesakitan tapi Riyyaz tengok macam tak ada perasaan.

"Means kau nak rasa penumbuk aku lagi lah."

Sinis kata kata Riyyaz. Disebalik koridor aku memerhati sahaja sambil memikirkan apa yang perlu aku lakukan. Aku nampak Alief dan Riyyaz sedang bertumbuk. Sesekali aku nampak Riyyaz terdorong kebelakang.

"Riyyaz."

Jerit Naufal bila dia tengok teruk Riyyaz dibelasah oleh Alief. Aku pun terkejut. Tanpa berlengah aku terus keluar dari tempat persembunyian aku, yelah takkan aku nak tengok si Riyyaz ni kena belasah.

"Woi berhenti."

Jerit aku. Aku pandang Riyyaz yang sedang menahan kesakitan tetapi muka Riyyaz yang terkejut itu aku abaikan. Aku tahu pasti Riyyaz marah aku sebab aku keluar tapi peduli apa aku, aku nak selamatkan dia je.

"Wow long time no see, tengok siapa yang aku jumpa."

Aku nampak Alief tersenyum sinis, mata Alief memandang tepat ke arah aku. Badan aku dah mula menggeletar.

"Kau sentuh dia nahas kau."

Jerit Riyyaz beri amaran. Aku nampak mata Riyyaz yang garang memandang ke arah Alief.

"Kau fikir aku takut dengan amaran kau, kau dah kalah dengan aku jadi awek kau biar aku yang amik pula eh."

Tangan aku diraih oleh Alief. Aku dapat rasakan kesakitan dekat tangan aku sebab si Alief ni genggam tangan aku.

"Tak guna kau."

Marah Riyyaz.

"Woo.. Takutnya aku, kenapa kau tak suka aku pegang tangan dia?. Hahaha aku dah pegang dah mungkin tak lama lagi dia boleh jadi awek aku pula, dia pun cun juga."

Kata kata Alief buat telinga aku bernanah tapi yang paling penting aku nampak Riyyaz mengempal penumbuk dan mata Riyyaz semakin buatkan aku gerun.

"Lepaskan dia lah sial."

Jerit Riyyaz lalu menerpa ke arah Alief, serentak itu tangan aku dilepaskan oleh Alief. Aku nampak Riyyaz melepaskan tumbukan berkali kali kepada wajah Alief. Aku nampak Riyyaz seakan dirasuk syaitan.

"Riyyaz.."

Panggil aku tapi panggilan aku tidak diendahkan oleh Riyyaz. Aku tahu aku kena hentikan Riyyaz sekarang ni.

EIDLAN RIYYAZWhere stories live. Discover now