|| 15 ||

11 2 0
                                    

Kejadian petang tadi masih berlegar legar dalam kepala aku. Entah kenapa aku rasa risau tengok Riyyaz senyap macamni. Aku nak tanya Leeya takut Leeya fikir yang bukan bukan pulak nanti.

"Lily.. Lily."

Panggil kakak dari luar. Ketukan pintu bertalu talu itu memeranjatkan aku. Lamunan aku terhenti, aku bangun malas ke arah pintu.

"Hah ada apa ni?."

Tanya aku selamba. Langsung tak ada rasa gentar melihat muka kakak yang sedang menahan amarah dek kerana aku lambat buka pintu tadi.

"Kau buat apa, naik sakit tangan dengan tekak aku panggil kau."

Marah kakak tapi tetap aku abaikan. Fikiran aku masih melayang memikirkan tentang Riyyaz. Entah kenapa lah aku hariini, tiba tiba boleh risau pula dengan si Riyyaz.

"Oi Lily kau dengar tak akak cakap ni?."

Marah kakak lagi.

"Hah ada apa?."

"Ibu panggil kau makan."

Beritahu kakak. Aku hanya menurut kata kata kakak lalu mengatur langkah ke dapur.

"Hah turun pun anak anak ibu ni."

Dengan senyuman yang cukup indah ibu hadiahkan pada kami. Tiada lagi tangisan yang aku lihat dari wajah ibu. Tapi jauh disudut hati aku, aku tahu ibu sembunyikan perasaannya demi aku dan kakak.

"Lily kenapa ni?. Ada masalah?."

Tanya ibu. Ibu selalu dapat tahu aku dalam masalah. Aku pun tak tahu macammana ibu tahu.

"Tak ada apa apa ibu."

Bohong aku. Tak ada niat aku nak bohong pada ibu. Aku hanya taknak ibu risau dengan masalah yang aku hadapi dan takkan mungkin aku nak cerita pasal Riyyaz pada ibu. Nanti ibu marah dekat aku pula sebab buat Riyyaz macamtu.

*******

"Assalamualaikum Lily."

Whatsaap dari Leeya itu aku baca. Pasti Leeya dah tahu pasal Riyyaz ni.

"Waalaikumussalam Leeya. Ada apa?."

"Aku nak tanya kau pasal Riyyaz."

"Kenapa dengan dia?."

Balasan whatsaap dari Leeya makin buatkan aku risau. Ada apa apa yang jadi pada Riyyaz ke?. Aku dah mula cuak.

"Kau gaduh dengan dia ke?."

"No tapi ada masalah kecil tadi."

Balasan whatsaap dari Leeya semakin sabar aku tunggu. Semoga tak ada khabar buruk dari Leeya. Ya itu yang aku harapkan. Please Riyyaz tolong jangan buat apa apa.

"Dia kurung diri dia dalam bilik Lily, Dia lain dari yang lain. Aku and mak ayah aku dah risau ni."

Whatsaap dari Leeya memeranjatkan aku. Dahlah sekarang ni aku tak ada nombor Riyyaz. Macammana aku nak pujuk dia.

"Please Leeya kau buat apa apa yang patut and bagi aku nombor Riyyaz."

Pinta aku. Masih dalam kesabaran yang tinggi aku menunggu whatsaap dari Leeya.

"0115887XXXX."

Tanpa berlengah aku terus mendail nombor Riyyaz. Tapi aku hampa Riyyaz langsung tidak angkat telefon aku. Berkali kali aku cuba tapi semua panggilan aku tidak berjawab. Panggilan di telefon aku tertera nama Leeya. Tanpa berlengah aku terus mengangkat.

EIDLAN RIYYAZWhere stories live. Discover now