|| 5 ||

23 5 0
                                    

Seperti biasa aku terus mengatur langkah terus ke hospital selepas pulang dari sekolah. Sudah jadi rutin harian aku sebaik sahaja pulang dari sekolah untuk menjenguk ayah itulah keutamaan aku. Langit aku pandang, kelihatan hendak hujan, serentak ingatan aku terimbas akan perbuatan Alief pada diri aku tengahhari tadi. Aku rasa marah dan pada yang sama takut hendak melawan. Mujur ada Riyyaz yang datang kalau tidak sudah terlepas telefon pemberian ayah kepada Alief. Tidak mungkin dia hilangkan telefon itu.

Tanpa sedar aku dah berjalan sampai depan hospital. Pintu masuk hospital aku pandang dengan pandangan sayu. Walaupun aku dah janji pada ibu untuk tidak sedih lagi tapi siapa aku untuk halang hati aku daripada terus menerus sedih. Mengetahui ayah tercinta akan pergi sahaja sudah membuatkan aku takut untuk hidup diatas muka bumi ini lagi.

"Kau... ikut aku."

Terkejut aku dengan sergahan itu. Lama sangat ke aku mengelamun sampai si Riyyaz ni datang pun aku tak perasan tapi apa yang Riyyaz buat dekat sini. Takkan mamat ni ikut aku dari sekolah sampai dekat sini atau mamat ni nak bunuh diri lagi. Tangan aku ditarik oleh Riyyaz selepas melihat aku masih berdiri tegak dihadapan pintu hospital. Mamat ni kan suka sangat pegang tangan aku, dia tak tahu ke haram pegang tangan aku ni.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?."

Tanya aku sambil cuba melepaskan tangan aku daripada genggaman tangan Riyyaz. Riyyaz mengalah, akhirnya dilepaskan juga tangan aku ni tapi kalau mamat tu tak lepaskan tangan aku tadi aku tepuk je kepala Riyyaz ni, Siapa suruh gatal sangat nak pegang tangan aku.

"Ikut jelah."

Tegas kata kata dari Riyyaz, bukannya aku tak mahu ikut tapi aku nak terus pergi jumpa ayah. Mesti ayah tengah tunggu aku sekarang ni. Haih si Riyyaz ni aku baru nak lari daripada hidup dia, dah taknak masuk campur lagi.

"Nak pergi mana?. Saya nak jumpa ayah saya lagi ni."

Bebel aku tapi kaki aku tetap melangkah ikut langkah Riyyaz. 

"Ikut aku sekejap je takkan tak boleh kut."

Sinis jawapan daripada Riyyaz dan nada kata kata itu membuatkan aku tidak berani menjawab. Pintu Lif di depan aku terbuka, aku dan Riyyaz terus mengatur langkah masuk ke dalam perut lif. Butang hendak ke bumbung hospital ini ditekan oleh Riyyaz. Sampai sahaja di atas bumbung aku dan Riyyaz terus keluar, nasib tiada siapa yang tahu kami kesini lagipun pintu bumbung ini pun tak dikunci oleh pihak hospital.

"Awak ada apa ni?."

Tanya aku dahulu. Aku dahlah nak cepat ni nak pergi tengok ayah. Wajah Riyyaz aku pandang tetapi lelaki itu tetap mendiamkan diri. Eh sekejap kalau Riyyaz ikut aku, mana pakaian sekolah dia, masa bila pula dia tukar ni.

"Awak tak reti cakap ke nak apa dengan saya sebenarnya!!!!."

Geram aku dengan Riyyaz ni dah lah soalan aku tak reti nak jawab diam  je macam orang bisu. Aku dekat sini dahlah nak cepat. Menyesal aku ikut mamat ni lah. Tanpa cakap apa apa, aku terus pusingkan badan aku untuk pergi tapi sekali lagi tangan aku dipegang oleh Riyyaz.

"Tangan kau luka, pakai ni."

Tangan aku yang luka itu disapukan minyak gamat oleh Riyyaz. Prihatin betul mamat ni selalunya aku tengok macam tak ada perasaan je. Sempat aku mengutuk. 

"Please lah Lily jangan bagi lelaki lain sentuh kau."

Pinta Riyyaz perlahan. 

"Habis awak tu bukan lelaki ke?."

Tanya aku. Kalau si Riyyaz ni tak bagi lelaki lain sentuh aku, habis dia tu apa bukan lelaki ke. Lagipun aku bukan suka suka bagi diri aku disentuh. Masa tu pun aku tak dapat nak pertahankan diri aku jadi macammana Riyyaz ni expect aku nak halang. Tengok muka Alief yang macam orang kelaparan darah je dah buat aku takut.

"Aku lain."

Jawab Riyyaz sepatah lalu pergi ke tembok yang boleh melihat jalan dibawah. Berani betul Riyyaz ni aku tengok, dia boleh duduk atas tu lagi.

"Riyyaz turunlah, awak nak mati ke?."

Marah aku. Karang buat Riyyaz jatuh aku juga yang kena jawab dengan polis nanti. Dahlah aku ada banyak masalah, jangan la Riyyaz ni timbul masalah lagi dalam diri aku. Dari jauh aku nampak Riyyaz tak mengendahkan panggilan aku, lelaki itu tetap tenang duduk dekat atas tembok tu.

"Riyyaz awak dengar tak."

Tanya aku perlahan. Riyyaz tetap membisu, entah kenapa aku dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi pada Riyyaz hariini. 

"Kau pergilah Lily, tadi kau kata dah lambat nak lawat ayah kau. Tinggalkan aku sorang sorang dekat sini."

Jawab Riyyaz perlahan. Aku jadi serba salah, tak patut aku marah Riyyaz tadi tapi dah aku cuak tiba tiba je si Riyyaz ni tarik tangan aku. Serentak itu telefon aku berdering mematikan pandangan aku pada Riyyaz. Aku mengambil telefon lalu melihat nama ibu tertera di skrin telefon. Aku pantas menjawab.

"Lily dekat mana?."

Tanpa beri salam ibu terus bertanya, mungkin risau bila aku masih tak sampai lagi dekat wad ayah.

"Hah ibu... Lily dekat rumah Mira ni, tiba tiba ada group presentation pulak."

Bohong aku. Entah kenapa aku bohong pada ibu pun aku tak tahu. Wajah Riyyaz yang masih tenang itu aku pandang.

"Ouh yelah, nanti nak balik beritahu ibu."

Pesan ibu lantas mematikan panggilan. Wajah Riyyaz aku pandang lagi. Eh kenpa ada kesan lebam dekat tepi bibir Riyyaz takkan bergaduh dengan Alief tadi kot, setahu aku hanya Riyyaz yang belasah Alief tadi.

"Riyyaz.."

Panggil aku perlahan.

"Kenapa kau bohong ibu kau?."

Tanya Riyyaz. Masih tiada reaksi daripada wajah Riyyaz. Wajah Riyyaz kosong, itu yang aku dapat lihat tidak seperti masa awal Riyyaz berpindah ke sini 3 tahun yang lalu. Riyyaz yang dahulu lebih ceria dan rajin belajar tetapi Riyyaz yang sekarang sudah jadi Riyyaz yang lain dan semua itu berubah sejak 2 tahun yang lepas.

"Sebabb..."

Ah sudah aku sendiri tak tahu nak jawab apa bila Riyyaz dah tanya macamtu. Aku pun tak tahu kenapa aku buat macamtu.

"Kau tak perlu bohong ibu kau demi aku."

Riyyaz terus berkata selepas melihat aku seperti tiada idea nak jawab apa. 

"Kenapa bibir awak tu?."

Tanya aku, kata kata Riyyaz tadi aku abaikan.

"Kau tak payah tahu."

Sekali lagi aku cuba masuk campur dalam hal Riyyaz dan sekali lagi aku nampak wajah Riyyaz berubah, wajah yang bertukar menjadi marah dan mata lelaki itu dicerlung tajam ke bawah. Aku dah cuak, takut Riyyaz nak bunuh diri, dahlah Riyyaz ni tinggal selangkah je boleh jatuh ke bawah.

"Riyyaz ada masa awak perlu untuk kongsi apa yang awak rasa dengan orang lain."

Aku tetap berkeras nak tahu apa masalah Riyyaz yang sebenarnya. Kalau aku dapat mengurangkan beban Riyyaz aku sanggup, dan aku anggap aku tolong dia demi seorang kawan yang tak mampu melihat Riyyaz asyik bersedih. Boleh percaya ke apa yang aku buat ni.

"Aku dah taknak percaya dekat orang lain, aku takut orang lain akan pergi tinggalkan aku jadi kau tolong pergi dari hidup aku sebelum aku seksa hidup kau."

Riyyaz beri amaran tetapi entah kenapa tiada sedikit pun rasa gentar yang aku rasakan daripada amaran Riyyaz. Aku dapat rasakan Riyyaz hanya cakap begitu sebab dia takut tetapi jauh disudut hatinya dia perlukan orang untuk jadi kekuatan dia.

"Okay Riyyaz saya dah janji kan nak buat apa apa yang awak nak, jadi saya akan buat so tolong ceritakan masalah awak pada saya."

Janji yang aku ucapkan pada hariitu aku ulang kembali. Aku tatap wajah Riyyaz lama tetapi tiada reaksi yang ditunjukkan oleh Riyyaz. Aku baru terfikir hendak meninggalkan Riyyaz seorang diri mungkin Riyyaz perlukan masa untuk menyendiri. Tetapi baru selangkah aku mengatur langkah aku dengar suara Riyyaz berbisik perlahan. Mata Riyyaz aku pandang, aku dapat lihat pandangan yang cukup lunak dari mata Riyyaz.

"2 tahun yang lalu...."

EIDLAN RIYYAZWhere stories live. Discover now