XM:22

1K 88 4
                                    

Sekali lagi dirinya seakan pesalah yang di soal siasat dengan kedua rakan yang bercekak pinggang di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sekali lagi dirinya seakan pesalah yang di soal siasat dengan kedua rakan yang bercekak pinggang di hadapannya. "tak ada gunanya Vy, kau nak cuba sakitkan diri untuk batalkan perjumpaan tu. Kau tetap kena ikut jugak" suara Mel yang sayu melihat dirinya terbaring lesu di pandang sekilas. Kesakitan yang di alaminya seakan kembali menyucuk.

"aku dah cakap dah Mel, dia sengaja tak nak makan supaya dia sakit. Sekarang ni tengoklah siapa yang menderita" Alesya yang berada di sisi di pandang sayu. "aku bukan sengaja, tapi aku tak nak pergi. Sya tolonglah aku" sedaya upaya dirinya meraih simpati rakannya. "tak sengaja kau kata?! Dah terbaring lesu macam ni, lepas tu dari semalam lagi, gastrik kau menyerang kau just ignore benda tu sampai kau tak dapat bergerak, kau kata tak sengaja?!" suara Alesya yang tegas tepat ke arahnya membuatkan dirinya terasa sayu.

Dengan tidak semena air mata mengalir perlahan bersama esakan kecil. Pandangan sayu Mel semakin membuatkan dirinya teresak dengan lebih kuat,perubahan hormon yang berlaku membuatkan dirinya mudah terasa. "dah nangis pulak dia ni" terasa usapan halus dari Mel pada kepala membuatkan dirinya memandang si gadis. "kitorang bukan marah kau suka-suka Vy, tapi kitorang risau keadaan kau macam ni. Sejak semalam lagi, kau tak makan and then sengaja sakitkan diri untuk tak hadiri perjumpaan tu" bukan dia tidak tahu tindakan melulu rakannya yang sengaja menyakiti diri sendiri dengan pelbagai cubaan.

"aku cuma tak nak makan je" selimut tebal yang menutupi tubuh di tarik perlahan sebelum mata terpandangkan wajah Alesya yang tajam melihat dirinya. "tak nak makan? Kau ingat aku tak nampak perubahan kau lepas seminggu fashion week tu. Kau try work hard, pergi kerja pagi pulang nak dekat tengah malam. Lepas tu try tak makan, alasan kau nak diet tapi badan kurus je. Itu kau kata tak makan je?!" semakin menggelegak perasaan Alesya melihat tingkah laku Vy selama seminggu, namun cuba di tahan sehingga Vy benar-benar berputus asa.

Bukan mereka tidak tahu Vy seakan cuba mengelakkan diri dari menghadiri perjumpaan keluarga yang bakal menemukan dirinya dengan lelaki, yang sehingga kini terlalu sukar untuk di hapuskan dari ingatannya. "aku tak tahu nak buat alasan macam mana lagi untuk tak pergi perjumpaan tu" kini dirinya terasa semakin menyesal kerana tidak memeriksa tentang latar belakang keluarga Jovian. "tapi kau boleh cakap yang kau sibuk dengan photoshoot kau kan? Kenapa kau nak buat kerja tak masuk akal macam ni kalau benda tu boleh jadi alasan"

Kepala segera di gelengkan perlahan sebagai jawapan, "aku takkan dapat bagi alasan macam tu dekat Jovian" wajah Mel dan Alesya yang pelik memandang ke arah dirinya membuatkan dia menghela nafas berat. "Jovian dah clear kan semua schedule photoshoot aku untuk dua minggu ni. Dan sebab tu jugak aku tak ada alasan lain nak dipakai selain daripada sakit" mata Alesya yang terbuntang luas memandang dirinya menerima helaan nafas berat dari Mel. " aku dah agak dah! Mesti dia pakai nama keluarga untuk buat semua tu"

Bukan dirinya tidak tahu setiap ahli keluarga akan mendapat keistimewaan dari pelbagai pihak sekiranya mengetahui nama keluarga mereka. "kita dah tak ada jalan lain, kau kena hadiri jugak perjumpaan tu, dan kau kena berdepan dengan orang yang kau cuba larikan diri selama ni" usai mendengar bicara dari Mel wajah si jejaka yang dingin bersama tatapan mata hitam menawan membuatkan dirinya berasa sebak. Setelah sekian lama dirinya bakal kembali bertemu dengan kekasih hati.

"tapi kita tak perlu risau kan?" wajah Alesya yang memandang mereka berdua, membuatkan kedua mereka berkerut dahi memandang si gadis. "apa maksud kau tak perlu risau" Mel yang masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan Alesya semakin berkerut dahi. "oh gosh Mel! Sejak bila kau jadi slow ni? Kita semua tahukan, yang tahu pasal Vy tu first love Xander just kau dan aku. Tak ada yang tahu pun! And lagi satu Xander bukan kenal Vy pun kalau dia tengok Vy yang sekarang ni. Kalau betul pun yang dia kenal,maybe dia ingat Vy ni sebagai Zyra Walther bukan Vy Carter pun"

Jawapan dari Alesya segera menerima anggukan dari Mel, mungkin benar apa yang di perkatakan Alesya. Mungkin lima tahun yang lalu, Xander pasti akan mengenali Vy. Namun kini si gadis yang dahulunya menjadi bahan usikan mereka pada malam pertemuan Vy dan Xander, kini telah berubah menjadi wanita yang terkenal di serata dunia dengan keanggunan serta kecantikan yang di gelar 'angle' pada dirinya. "okay, kalau betul Xander masih tak kenal Vy siapa, kita still dalam zone safety.tapi-"

Wajah Mel yang memandang ke arahnya segera di pandang sekilas. "kalau dia dah tahu tentang diri kau, aku- aku tak berani nak jangka apa kerja gila yang dia akan buat. Kau sendiri tahu kan Sya, Xander bila dah buat sesuatu dan tahu benda tu memang kepunyaan dia, dia takkan teragak-agak untuk buat sesuatu di luar jangkaan kau" Alesya yang melihat Mel segera menganggukan kepala. Dirinya sendiri gerun dengan Xander yang berani bertindak melakukan sesuatu tanpa memikirkan dirinya mahupun yang lain.

Seakan terimbas kembali kenangan bersama Xander, yang sanggup meredah hutan untuk menyelamatkan Vy pada malam lost game,yang telah menjadi sejarah hitam buat Vy. Dirinya sendiri pelik dengan tindakan Xander pada malam tersebut yang seakan dingin sehingga kesemua mereka merasakan aura hitam yang mengelilingi si jejaka apabila mengetahui kehilangan Vy pada malam itu. "kita dah tak boleh berpatah balik Vy, dan hanya ada satu cara untuk kita kekal dalam Zone Safety ni sampai kau dan Jovian berpisah"

Perkataan 'berpisah' yang diungkapkan Mel menerima anggukan dari dirinya. Meskipun dia tahu bahawa Jovian akan membenci dirinya, dia pasrah untuk menjauhkan diri dari kesemua mereka yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu, selain daripada Mel yang telah banyak membantu dirinya. "kau kena pastikan keluarga aku akan kenal kau sebagai Zyra Walther dan bukan Vy Carter. Pastikan kau kekal dengan nama tu, dan kalau betul Xander ada pada malam tu. Kau kena pastikan diri kau takkan dekati dia ataupun bertentang mata dengan dia"

Alesya yang berada di sisi segera mengalihkan pandangan ke arah Mel setelah mendengar bicara si gadis. "wait! Kalau kau cakap jauhkan diri tu,aku boleh faham lagi sebab takut dia dapat kenal Vy. Tapi apa function kena 'tak bertentang mata' pulak dengan Xander? Aku tak faham"  helaan nafas berat dari Mel membuatkan dirinya mengalihkan pandangan ke arah lain. "sebab aku tahu, Xander akan kenal dia dengan sekali pandang je. Sebab aku tahu masa pertama kali Xander nampak dia, aku dah dapat rasa Xander macam kenal dia tapi mungkin masa tu dia tak pasti. Sebab dia tak nampak rantai yang dia bagi dekat Vy"

Mata hanya mampu di tutup rapat untuk menyembunyikan kesedihan. Pandangan sayu dari kedua rakannya semakin membuatkan dirinya hanyut dibuai keperitan yang menjalar di jiwa.

"permulaan bakal berulang kembali"

Xander's Mine: Queen For HimWhere stories live. Discover now