XM:13

1.1K 89 16
                                    

Mata di halakan memandang Rumah agam kepunyaan keluarga Handerson, sebelum nafas di hela perlahan mengaturkan langkah ke arah pintu

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


Mata di halakan memandang Rumah agam kepunyaan keluarga Handerson, sebelum nafas di hela perlahan mengaturkan langkah ke arah pintu.

Belum sempat tangan mencapai tombol pintu yang berada di hadapan,figura seseorang yang seakan berdiri di sebalik pintu ,membuatkan segala pergerakan terhenti. Kedua pergelangan tangan digenggam perlahan bagi menyalurkan sedikit kekuatan,sebelum terpaku melihat susuk tubuh seseorang yang turut sama terpaku melihat dirinya.

"Cik muda?" Wajah wanita separuh abad yang kemas berpakaian seragam lengkap seorang ketua pembantu rumah. Membuatkan dirinya berasa sebak,melihat wajah yang telah lama ditinggalkan bersama rumah agam yang pernah di diaminya.

"Marilyn!" Dengan segera tubuh wanita separuh abad bernama Marilyn di peluk erat. Terasa usapan lembut pada bahagian belakang tubuh semakin membuatkan dirinya terasa sayu.

"Apa yang cik muda buat dekat sini? Cik muda nak tinggal balik dengan keluarga ni ke Cik muda?" Suara riang Marilyn yang teruja, membuatkan dirinya segera meleraikan pelukan dengan perlahan, sebelum menggelengkan kepala sebagai jawapan pada persoalan yang di berikan.

"Vy datang cuma nak ambil semua barang-barang Vy yang tertinggal dalam rumah ni. Mama ada kat rumah ke?" Usai berkata mata segera menangkap pandangan mata berkaca wanita yang berada di hadapan.

"Vy bukan nak hilangkan diri pun. Vy cuma nak sambung belajar, sebab tu Vy datang. Vy nak ambil semua barang-barang yang tertinggal kat sini" senyuman kecil di berikan,sebelum menerima pukulan manja dari wanita yang telah di anggap sebagai wanita kedua yang menjadi permaisuri di hati selepas ibunya.

"I know you vey well Vy Carter, and i also still remember your words my dear. Masa Cik muda nak tinggalkan rumah ni. Perkataan 'bukan nak hilangkan diri' tu juga ayat yang sama cik muda gunakan untuk pergi. Sampai nak dekat 3 tahun cik muda hilangkan diri, sekarang ni cik muda munculkan diri, sebab cakap nak pergi untuk sambung belajar. Sampai bila cik muda nak larikan diri ni?"

Nafas berat di hela perlahan sambil mata di halakan memandang wajah Marilyn yang masih setia berada di hadapan. "Vy bukan larikan diri. Masa tu Vy memang perlu pergi, untuk tenangkan diri"

"Kami semua tahu cik muda, yang cik muda pergi bukan sebab nak tenangkan diri tapi sebab Puan Besar yang selalu sakitkan cik muda,Betulkan? Cik muda tak perlu nak sembunyikan kesakitan yang cik muda alami selama ni dari kami. Sebab kami semua sendiri jadi saksi kepada penyeksaan yang Puan besar lakukan pada Cik muda. Kami faham penderitaan yang cik muda alami, tapi sampai bila cik muda nak sorokkan diri dan terus menjadi alas untuk kaki-kaki yang kotor ni?"

Air mata yang hampir bertakung segera di seka sebelum terasa lengan di tarik lembut masuk ke dalam rumah. "Cik muda tanya mana Puan Besar?Dia tak ada dekat rumah, dia tengah sibuk dengan persiapan"

"Persiapan? Persiapan apa?" Kaki hanya mengikuti langkah Marilyn yang berada di hadapan sebelum melabuhkan duduk pada sofa."Persiapan untuk-"

"Vy!" Suara nyaring seseorang yang memanggil dirinya,membuatkan tubuh segera berdiri tegak memandang figura yang berada di hadapan pintu, sambil mendepakan tangan ke arahnya. "Kenapa kau balik kau tak inform aku dulu! Aku rindu gila dengan kau"belum sempat dirinya meneliti wajah yang menyapa, terasa tubuh di peluk erat sehingga membuatkan dirinya sukar untuk bernafas.

Xander's Mine: Queen For HimOù les histoires vivent. Découvrez maintenant