XM:18

1K 86 5
                                    

Pintu di buka sebelum tubuh di bawa ke arah sofa, setelah hampir seharian berada di dalam set pengambaran membuatkan seluruh tenaganya habis digunakan untuk pelancaran muka buku yang terbaru bagi jenama terkenal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pintu di buka sebelum tubuh di bawa ke arah sofa, setelah hampir seharian berada di dalam set pengambaran membuatkan seluruh tenaganya habis digunakan untuk pelancaran muka buku yang terbaru bagi jenama terkenal. Bunyi notifications dari telefon yang di bawa membuatkan dirinya segera melihat ke arah screen telefon sebelum tersenyum manis melihat nama yang tertera.

Tangan laju membalas pesanan yang di hantar, sebelum mata terpandangkan wajah Mel dan Alesya yang melangkah ke arah dirinya yang bersandar di sofa. "Sya, Mel! Korang dah lama sampai ke? Sorry la aku tak sempat nak call korang yang aku balik lewat hari ni. Photoshoots hari ni betul-betul buat aku penat" usai berbicara telefon yang berada di dalam genggaman segera diletakkan,sebelum tangan di bawa mengurut kaki yang lenguh seharian bergaya di hadapan kamera.

Setelah sekian lama, dirinya bukan lagi gadis yang bergelar Vy Carter yang lemah dan hanya mampu menurut segala perintah. Kini dirinya telah menjadi seorang gadis yang mula terkenal di dalam industri hiburan,yang menjadi model antarabangsa terkenal,sebagai Zyra Walther. Semuanya atas usaha Mel dan Alesya yang membantu dirinya berubah kepada wanita yang menjadi tumpuan ramai.

Malah dirinya turut menjadi rebutan syarikat-syarikat permodelan yang besar, kerana bakat serta kecantikan yang di milikinya. Gelaran 'Angel' sering menjadi sebutan buat mereka yang melihat dirinya dalam busana-busana yang di gayakan, sehingga menjadi ikutan bagi yang lain. Sepanjang berada di negara asing, dirinya hanya di sibukkan dengan aktiviti penggambaran tanpa menghiraukan perihal yang lain.

Wajah Mel yang sayu melihat dirinya bersama Alesya yang berada di sisi membuatkan dahinya berkerut melihat telatah kedua mereka yang senyap melihat dirinya. "Korang dah kenapa tengok aku macam tu? Aku ada buat salah ke? Sya beg yang aku beli tu salah eh? Mel? Kenapa dengan korang ni?"

"Beg yang kau beli untuk aku tu tak salah memang betul dah,tapi-" wajah Alesya yang menunduk di hadapannya membuatkan dirinya segera mengalihkan pandangan ke arah Mel. "Aku rasa kau patut tengok sendiri" usai si gadis berbicara sebuah sampul kecil di letakkan di atas meja. "Apa ni?" Sampul kecil kemudian di ambil, sambil membelek luaran sampul yang berwarna hitam bersama tulisan gold yang menghiasi luaran.

"Kau tengoklah" dengan perlahan sampul kecil yang berada di dalam genggaman tangan di buka perlahan, sebelum terasa masa seakan terhenti. Tangan yang menggenggam sampul mula menggeletar dengan perlahan, nafas segera di hela perlahan sebelum mata di arahkan memandang kedua rakannya yang sayu melihat dirinya yang berada di hadapan.

"Congrat's! Akhirnya dia dah jumpa perempuan yang boleh bahagiakan dia. Tapi kenapa korang macam sedih ni? Korang sepatutnya gembira dengan berita baik ni! And Mel, kau sepatutnya balik dan turut serta dalam majlis tu. Kau juga Sya!" Wajah sedaya upaya di maniskan meskipun hati terasa di carik-carik perlahan,Air mata sedaya upaya di tahan.

"Kau ok ke Vy?" Wajah segera di alihkan memandang Alesya, setelah sekian lama nama yang telah lama di hapuskan dari hidupnya kini digunakan Alesya semula. "Mestilah aku ok! Tapi aku rasa aku nak naik atas dulu sebab badan aku ni dah melekit seharian photoshoots, say congrats to him. And Mel kalau kau nak balik, kau bawa Sya sekali. Aku maybe takkan balik sebab aku ada urusan kat sini. Aku naik dulu"

Xander's Mine: Queen For HimWhere stories live. Discover now