XM:42

804 64 4
                                    

Busana yang di kenakan pada tubuh di perhatikan sekilas pada biasan cermin sebelum bayangan beberapa bulan yang lalu kembali menjengah minda, membuatkan dirinya menghela nafas berat.Hampir seminggu saat pemergian Xander, namun tanda-tanda bahawa dirinya bakal menunjukkan diri seakan semakin menipis dari saban hari.

Panggilan telephone yang di buat hampir berpuluh kali namun hanya suara operator yang menjadi santapan halwa telinga.Bilik yang di huni segera menggamit kenangan 5 tahun yang lalu, saat pertama kali buat dirinya bertemu si jejaka bersama yang lain sebelum identiti sebenar si jejaka terbongkar.

Pada malam ketiga selepas pemergian Xander wajah Mel, Alesya serta George yang membawa dirinya kembali ke 'Glass house' membuatkan dirinya tertanya-tanya.

Setiap perkataan yang meluncur keluar berkaitan dengan si jejaka hanya di balas dengan gelengan dari mereka. Wajah Mel yang menjengah bersama Alesya di perhatikan, sebelum tubuhnya di dakap erat Alesya. Wajah si gadis yang lencun dengan air mata di usap perlahan. "ke-kenapa kau menangis ni?"

Air mata yang turut mengalir pada wajah Mel membuatkan dirinya terkaku. "kenapa ni?!" saat melihat pandangan dari kedua rakannya, tubuh seakan kejung seketika sebelum wajah tampan Xander mula berlayar di minda.

"bagitahu aku korang dah kenapa ni? Mel? Sya? Jawablah?! George mana George?" pelukan dari Alesya segera di leraikan. Belum sempat tubuh melangkah mendekati pintu dengan tidak semena pegangan dari Mel membuatkan dirinya terhenti.

"Xander" mendengar nama yang di sebut si gadis membuatkan tubuhnya melorot jatuh bersama empangan air mata yang kian pecah membasahi pipi. "kenapa dengan Xander? Mel, tell me?!" wajah putih bersih Mel yang turut di banjiri air mata di pandang dengan kepala yang tidak henti menggelengkan wajah.

"dia kemalangan" mendengar bicara si gadis membuatkan tubuhnya tersentak seakan batu besar menghempap bahagian tubuh. Dirinya terkaku tanpa sebarang bicara, "dia dekat mana sekarang? Tolong bagitahu aku Mel, aku nak tengok Xander. Dia selamatkan?" sedaya upaya sakit yang mencengkam dada di tahan.

"dia selamat, tapi-" wajah Alesya yang memandang ke arah Mel sebelum menyambung bicara apabila menerima anggukan dari si gadis membuatkan dirinya tergamam seketika. "dia hilang ingatan, dia bukan Xander yang dulu. Dia cuma ingat orang terdekat, dia macam tersekat dekat 5 tahun yang lalu"

Air mata yang deras mengalir di seka menggunakan hujung jari sebelum segala kudrat di kuatkan untuk berdiri. "5 tahun yang lalu? Maksudnya-" belum sempat dirinya berbicara dengan pantas anggukan dari Mel menjawab persoalannya. "Xander tak kenal aku" sekali lagi bahu terasa di hempap sesuatu yang lebih berat, bayangan perilaku si jejaka membuatkan air matanya semakin deras mengalir.

"aku nak jumpa dia" tangan yang laju mencapai bagasi segera di tahan Mel. "buat masa ni kita tak boleh munculkan diri depan dia lagi, Abuello takkan benarkan sesiapa pun melawat dia. Dan untuk keselamatan kau, kita kena tunggu masa yang sesuai untuk dekati dia"

"bila masa yang sesuai? Aku nak tengok dia depan mata aku Mel, kau tak faham apa yang aku rasa." wajah di tundukkan merenung lantai. "kita tak boleh buat apa-apa Vy, sekarang ni cuma orang terdekat je yang di benarkan melawat dia. Parents dan-" wajah Alesya yang ragu-ragu untuk menyambung bicaranya di perhatikan sekilas. "tunang dia"

Bayangan wajah Evie segera menerpa ke dalam fikirannya. "Xander dah bagi arahan untuk kitorang jaga kau kalau sesuatu terjadi dekat dia. Rumah ni, rumah kau. Dia dah sediakan rumah ni untuk kau dan atas nama kau. Buat masa ni kau perlu sembunyikan diri, kita tak tahu apa yang abuello aku akan buat. Kau sendiri kenal grandpa aku macam mana, dia bukan Abuella yang boleh bertolak ansur dengan semua ni"

Kepala hanya mampu di tundukkan perlahan, punah harapannya untuk menyambut ketibaan si jejaka saat pulang dari menguruskan perkerjaan. Perkahwinan yang bakal berlangsung pada dirinya dan si jejaka seakan tidak mampu di gapai dengan keadaan yang menimpa si jejaka.

Xander's Mine: Queen For HimWhere stories live. Discover now