XM:3

1.4K 115 6
                                    


Jantung berdegup kencang apabila melihat seorang jejaka tampan, yang berdiri di atas tangga bersama pandangan tajam yang di halakan kepada mereka atau lebih tepat kearah dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jantung berdegup kencang apabila melihat seorang jejaka tampan, yang berdiri di atas tangga bersama pandangan tajam yang di halakan kepada mereka atau lebih tepat kearah dirinya. 'Asal aku rasa semacam je ni? Jantung ni pun kenapa berdegup kuat sangat! Mata dia macam warna .. mustahil! Bukan dia'

"Siapa ni?" kata si jejaka sambil menaikkan kening bersama pandangan tajam yang mampu membuatkan si gadis tidak keruan. "Hai babe, i miss u!" Kata Alesya bersama senyuman menerpa kearah si jejaka yang dirinduinya.

Vy yang melihat rakannya memeluk si jejaka berada di hadapan hanya mendiamkan diri. "Stop it! Alesya Hawkin" kata si j
ejaka bersama suara mendatar kepada si gadis yang sibuk memeluk lengannya.

"What?! I rindu you ok? Dah lama tak jumpa kesayangan i ni" balas Alesya menayangkan wajah sedih seperti meminta kaki daripada si jejaka. Damien yang melihat adiknya seperti diva gedik mula menarik rambut si gadis, "tak payah nak i miss you, i miss you sangat lah! Geli aku" kata Damien menyampah dengan tingkah laku Alesya.

"Eleh! Cakap je lah jealous. takde yang nak rindu dia" balas Alesya sambil cuba menarik rambut yang berada di dalam genggaman si abang. "Adalah! Tu Vy" kata Damien sambil memerhatikan si gadis bersama senyuman senget.

"Vy tak rindu kau pun! Kau je yang perasan" kata Alesya sambil melihat rakannya, "kan Vy?" Pertanyaan yang diikuti pandangan daripada mereka yang lain membuatkan dirinya gugup.

"Ha?! Errr ya?" Kata Vy tergagap kerana segan di pandangan oleh yang lain termasuk pandangan tajam yang menusuk kalbu itu. "See! Aku dah kata, tak payah kau rindu aku, Vy pun cukup" balas Damien dengan bangganya seperti baru mendapat gula-gula daripada si ibu.

"So nama kau Vy?" Kata si jejaka memandang si gadis. Vy yang mendengar soalan daripada si jejaka hanya mampu menganggukkan kepala. "Well, kalau nak bersoal jawab pun kita tunggu petang nanti ok? Bagi dulu diorang yang baru sampai ni rest" kata Haikarl memberikan cadangan sambil memberikan pandangan kepada rakannya. Pandangan yang hanya mereka berdua yang fahami.

"Eh!Ok jugak tu! Xander, jess tak datang ke?" Kata Mel sambil melihat Xander yang berwajah beku. Si jejaka hanya menaikkan kedua bahu tanda tidak tahu kepada Si gadis. "Kyra kau tunjuk bilik Alesya ni dengan Vy" kata Mel mengarah Kyra.

"Eh? Mel. aku dengan Vy duduk sekali" kata Alesya sambil memandang Mel. "Okay!" Balas Mel sebelum berlalu ke dapur bersama yang lain.

Vy hanya mampu menjadi pemerhati semasa Alesya dan Kyra sibuk bercerita di hadapannya. Semasa menaiki tangga Vy perasan di dalam rumah kaca tersebut terdapat beberapa buah bilik yang di pisahkan kepada dua bahagian, di sebelah kanan terdapat 3 bilik manakala yang disebelah kiri mempunyai 4 bilik.

Mereka dibawa ke lorong sebelah kanan,pintu yang berada di bahagian kiri di sebelah pintu utama berwarna hitam. "Wait! serious ni kitorang duduk sini!" Kata Alesya teruja.

Xander's Mine: Queen For HimWhere stories live. Discover now