XM:4

1.4K 110 2
                                    

Bunyi ketukan di pintu mengganggu dirinya daripada tidur yang lena setelah berhempas pulas menangis hanya kerana seseorang yang baginya penting di dalam hidup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi ketukan di pintu mengganggu dirinya daripada tidur yang lena setelah berhempas pulas menangis hanya kerana seseorang yang baginya penting di dalam hidup.

"Vy kau pergi tengok siapa yang ketuk macam nak roboh pintu tu, kacau je aku nak tidur" kata Alesya sambil melelapkan matanya semula untuk meneruskan aktiviti membuta.

"Dasar pemalas anak bangsawan ni" balas Vy yang belalu ke pintu untuk melihat gerangan mana yang mengganggu tidur mereka.

"Eh? Mel kenapa?" Kata Vy apabila melihat wajah Melinda yang mengetuk pintu mereka. "Alesya mana?" Kata Mel kepada Vy kepala menjenguk ke dalam bilik.

"Tu membongkang lagi, penat kot" kata Vy kepada si gadis, dia suka melihat perwatakan Mel yang peramah dan tidak kekok menegur dirinya.

"Oh! Actually i datang ni nak bagi tahu, kejap lagi kita semua kena kumpul kat bawah sebab kita ada aktiviti sikit, and sebab u orang baru kita nak kenal-kenal dengan yang lain" kata Mel menerangkan tujuannya pergi ke bilik yang menempatkan Alesya bersama gadis manis yang berada di hadapan.

"Ok! Kejap lagi kitorang turun, saya bangunkan dulu si maleficent tu" kata Vy ramah. "Ok! jangan lama sangat tahu! diorang dah tunggu tu" kata Mel ketawa perlahan, belum sempat si gadis berlalu Vy segara menahan tanggannya. "Er- ramai sangat ke orang kat bawah? " kata Vy sambil menggosok lengannya tanda segan kepada si gadis.

"Dont worry lah! Tak ramai pun ada beberapa orang je, jangan lupa turun tau" kata Mel yang faham dengan riak wajah si gadis. Setelah si gadis berlalu, Vy memusingkan tubuhnya sebelum terjatuh ke lantai terkejut melihat Alesya yang berada di hadapan.

"Kenapa kau kat belakang aku gila! Nak tercabut usus aku tengok kau" kata Vy mengurut dadanya perlahan, sambil melihat riak Alesya yang selamba duduk di atas kerusi di ruangan bilik memandangnya.

"Yang kau terkejut sangat kenapa? Aku kat belakang je pun! bukannya terbang, suka betul kau kutuk aku kan? MALEFICENT konon" balasnya geram memandang Vy yang pucat 'takut sangat tu'

"Terbang otak kau! Kalau aku shock pastu mati,kau tidurlah dengan mayat aku kat sebelah. Dan kau memang maleficent pun dah terbongkang je kerja" kata Vy memandang Alesya tidak puas hati.

"Nak mati konon, tak mati lah kau tu, nak tahu kenapa kau tak mati?" Kata Alesya memandang wajah Vy. "Kenapa pulak tak mati?" Kata Vy hairan.

"Mananya kau nak mati kalau budak tu kau tak jumpa lagi" balas Alesya sambil memutarkan bebola mata ke atas.

"Iyalah Sya, kalau betul aku mati lepas aku jumpa dia pun ok jugak! sebab hajat aku dah tertunai nampak dia depan mata aku" kata Vy. "Kau jangan nak gila eh! Aku pelekung jugak kau ni cakap benda bukan-bukan" kata Alesya.

"Tapi aku malu lah nak turun bawah" balas Vy kepada Alesya. "Kenapa pulak? Turun je lah bukannya makan kau pun" Kata Alesya menanti respon daripada rakannya.

Xander's Mine: Queen For HimWhere stories live. Discover now