XM:36

925 65 4
                                    

Setiap wajah yang melangkah bersama suara yang riang membuatkan dirinya menarik nafas lega sebelum mata terpandangkan si jejaka yang bersuit hitam berwajah pucat merenung dirinya. 'kenapa dengan dia?' semakin lama diamati semakin jelas langkah si jejaka yang kian longlai.

Saat tubuh mendekat ke arah si jejaka dengan tidak semena sebuah pelukan menghalang pergerakannya dari terus mara ke hadapan. "Xander!" suara nyaring dari Mel membuatkan pelukan terlerai sebelum pandangan mata dihiasi dengan susuk tubuh lesu yang tidak bermaya sedang terlantar di kerumuni yang lain.

"George angkat Xander dan letak dia dekat bilik, Mathilda call Doctor Vlad. Now Mathilda!" selesai arahan di berikan tubuh yang kaku tanpa sebarang pergerakan mula dialihkan. Dirinya segera ingin meluru mengikuti yang lain sebelum sebuah lengan kekar menarik pantas pinggangnya membuat belakang tubuh melekat pada susuk tubuh si jejaka.

"get off your hand from me, i need to see him" pelukan yang erat sedaya upaya di leraikan sebelum tubuh yang membelakangi si jejaka ditarik agar berhadapan. "kenapa you nak kisahkan pasal orang lain? I ni boyfriend you, i baru je balik. Tapi bila nampak dia macam tu, you terus nak pedulikan dia. I ni siapa dengan you, Zyra! Kenapa nak kisah sangat pasal orang lain?! I ni tak penting ke?!"

Suara Jovian yang nyaring sambil merenung tajam dirinya membuatkan jantung berdegup kencang. "you memang boyfriend i. Tapi orang yang jatuh terlentang tu sepupu you, and orang yang selamatkan i pada malam kejadian tu. At least dia selamatkan i dan bukannya jadi boyfriend yang tak kisah pasal girlfriend dia!"

Usai berbicara tubuh si jejaka segera ditolak kasar, langkah segera di atur mengikuti yang lain. "sebab malam tu je you nak salahkan i? Sampai bila? I dah cakap dekat you yang i tak tahu pun pasal semua tu" hayunan langkah segera terhenti sebelum sekali lagi wajah si jejaka di tatap tajam.

"macam mana pulak dengan i yang macam orang bodoh merayu dengan you? I malas nak gaduh dengan you, cukuplah malam ni" tanpa melihat wajah Jovian yang merenung dirinya dengan pantas langkah di atur menaiki lift. Saat pintu lift terbuka dengan tidak semena wajah yang lain mula menghiasi pandangan.

Setiap langkah di atur mendekati sebelum berhenti di sisi Dwaine. "apa yang jadi? Kenapa korang tak masuk?" wajah Dwaine yang jelas keletihan segera mengusap kepalanya. "diorang tak benarkan sesiapa pun untuk masuk. Cuma Doctor Vlad, Mel dan Evie. Kita kena tunggu kat sini"

Hanya anggukan sebagai jawapan sebelum langkah di atur meninggalkan yang lain. Bilik beradu di tuju, nafas di hela perlahan sebelum tombol pintu di pulas meninggalkan yang lain menanti si jejaka. 'kau bukan sesiapa' Langkah kaki di atur ke birai katil dan melabuhkan duduk. Tangisan yang sedaya upaya di tahan mula pecah membasahi pipi.

Bayangan si jejaka yang merenung dirinya sejak tiba bersama yang lain mula memenuhi ruangan minda. Sekiranya hubungan mereka tidak sesulit ini sudah lama tubuh kekar tersebut di sambut dengan pelukan yang hangat bagi meraih kepulangannya.

Ketukan pada pintu menghentikan lamunan sebelum susuk tubuh Mel segera menghampiri dirinya. "dia nak jumpa kau" bicara dari Mel membuatkan dirinya tersentak. "tapi macam mana yang lain? Evie?" air mata yang mengalir laju di seka menggunakan hujung jari.

"diorang semua dah balik dekat bilik masing-masing. Pasal Evie, Xander tak nak jumpa sesiapa pun lagi. Dari tadi dia sebut nama kau, pergilah jumpa dia. Dia demam tu. Racun tu tak sempat merebak ke badan dia. Cuma sakit sikit maybe lepas ni dia akan okay." wajah Mel yang tersenyum manis ke arahnya membuatkan tubuh si gadis segera di dakap erat.

"eh? Apa pulak peluk aku? Pergilah jumpa dia. Dia dah lama tunggu kau tadi. Lepas ni peluk dia puas-puas, bukan lepaskan pelukan rindu tu kat aku" usai mendengar bicara dari si gadis dengan tidak semena sebuah tamparan kecil di hadiahkan ke lengan.

Xander's Mine: Queen For HimWhere stories live. Discover now