XM:57

760 52 0
                                    

Kepala di halakan ke arah rumah yang di kawal ketat orang-orang Ray atau lebih di kenali sebagai Raymond Fabio. Perwaris tunggal keluarga yang telah lama menyimpan dendam dengan keluarganya. Gigi di ketap kuat saat teringat akan kejadian tiga hari yang lalu.

Tubuh yang menerpa ke arah mereka di pandang dengan tajam, susuk tubuh wanita yang di baluti gaun seksi tidak mampu membuang api kemarahan yang berkuasa di hatinya. "Kau buat apa dekat sini?" suara mendatar di ajukan kepada si gadis yang mula melangkah merapati mereka.

"i datang sebab i nak tolong you" tangan segera di silangkan ke dada sambil mata tidak lari dari memandang si gadis. "Aku tak perlukan pertolongan kau Jess. Balik sebelum aku buat sesuatu yang akan buat kau menyesal"

Suasana hening tanpa sebarang suara semakin membuatkan yang lain berasa gerun dengan tingkah laku Xander. Suara serta bahasa tubuh seakan bom randik yang akan meletup bila-bila masa sahaja jika di ganggu. Tubuh segera beralih sebelum bicara dari si gadis menghentikan perilakunya.

"Aku tahu siapa yang bawa isteri kau" tanpa sebarang bicara tubuh segera merapat ke arah si gadis, leher yang putih melepak di cengkam sambil mata tidak lari memerhatikan wajah Jessica yang memerah kerana cengkamannya.

"Xan! Mati perempuan ni nanti" tangan Damien dengan segera menahan lengannya dari terus mencekik si gadis. Wajah yang tercungap-cungap di pandang tanpa perasaan. "bagitahu aku siapa?!" jantung berdegup kencang menahan amarah yang sedari tadi di tahan.

"Fa-- Fabio, dia dalang semua ni. Dia yang rancang untuk culik isteri you. Tapi bukan dia seorang" Jessica yang gerun dengan tatapan mata helang Xander segera menundukkan wajah ke lantai. Takut dengan pandangan yang seakan mampu membelah wajahnya.

"Raymond Fabio?" Jessica yang mengangguk laju di perhatikan dengan gigi yang di ketap. Meja di tepuk kuat membuatkan yang lain terkejut dengan tindakannya. "Jangan hempas mejalah! Aku tengak rank ni!" Shadow yang sibuk bermain telefon tidak di hiraukan.

"Siapa lagi seorang?" Jessica yang menundukkan wajah sambil menggigil membuatkan dirinya meluru semula ke arah si gadis. "aku tanya Jess, siapa lagi seorang?" tangan yang cuba bertindak dengan pantas di tahan Damien. "Evie, Evie Amanda" mendengar nama yang di sebut si gadis membuatkan hati semakin membara.

"George sediakan kereta, aku nak kita-" belum sempat dirinya berbicara dengan pantas di potong si gadis. "Ada satu benda lagi yang kau perlu tahu, kau tak boleh serang diorang sekarang sebab Ray ada di mata-mata yang memerhati." wajah George yang setia memandangnya di balas sebelum sebuah pistol di suakan ke arahnya.

Senjata segera di acukan tepat ke arah Jessica yang mula menggigil hebat melihat dirinya. "Aku tak ada masa nak bermain. The time is ticking, kalau kau rasa aku bergurau, orang-orang yang ada dalam ni akan jadi saksi kepala kau terburai depan mata aku" belum sempat picu di tarik tangan yang menghala tepat ke arah Jessica di tahan si gadis.

"i tak tipu, i tahu dalam ni ada mata-mata dia cuma i tak tahu siapa. I bersumpah Xander" Jessica yang segera melutut di pandang tanpa perasaan, gerakkan mata si gadis seakan menghantar isyarat kepadamya.

Tubuh segera di bawa menunduk sebelum mata pistol di larikan ke arah dagu. "Baik, aku percayakan kau. Apa yang kau cuba nak bagitahu aku?"

"sebenarnya malam game kita dulu semua tu Evie yang rancang." mendengar bicara dari Jessica membuatkan dahinya berkerut. "maksud kau?" mata tidak lepas memandang yang lain sebelum memberikan isyarat kepada shadow dalam diam.

"Li-- lima tahun le--lepas, masa game dekat glass house tu. Memang i yang buat Vy sengaja jatuh dalam gaung ta--tapi-" mencerlung matanya memandang Jessica, jadi memang benar tekaannya selama ini. Jessica merupakan orang yang bertanggungjawab dalam kejadian yang menimpa Vy.

Xander's Mine: Queen For HimWhere stories live. Discover now