"Lepaskan dia" arah Suga dingin. Hoseok dan Jimin dicerlung tajam. Namjoon mengisyaratkan Hoseok dan Jimin melepaskan Taehyung.

"Tae tolong bertenang" pinta Seokjin. Bahu Taehyung ditepuk perlahan.

Taehyung tidak membalas. Mata Suga dicerlung tajam. Berombak dada Taehyung.

"Pukul sampai kau puas"

"Bunuh terus aku" kata Suga mengejutkan Taehyung.

"Suga berhenti !" jerit Seokjin memberi amaran tentang tindakannya itu.

Suga berdiri tegak dihadapan Taehyung. Tidak gerun dengan Taehyung yang memandangnya seperti harimau memandang mangsanya.

Taehyung mengepal erat penumbuknya. Ingin sahaja dia menghayunkan penumbuknya kepada Suga dan membelasah lelaki itu sehingga lunyai. Namun dia tidak seperti itu. Dia bukan Yoongi.

"Aku takkan melawan. Pukul je aku sampai kau puas"

"Kalau ni yang dapat redakan kemarahan kau. Aku takkisah" kata Suga. Senyuman nipis dilemparkan kepada Taehyung. Taehyung memandang Suga bengis dengan kening sedikit terangkat. Hairan dengan tindakan berani Suga.

"Aku tahu semua salah aku. Taein cedera. Taein kenapa tangkap. Taein hilang mahkota berharga. Taein dibunuh"

Kemarahan Taehyung perlahan lahan kendur mendengar suara serak basah Suga. Suara menahan tangis. Suga dipandang kosong.

"Semua salah aku. Aku sedar" kata Suga kemudian menoleh ke sisi.

Semua memberikan pandangan sayu kepada Suga. Sebak mendengar Suga berkata kata.

"Aku punca segalanya berlaku" Suga memandang setiap manusia yang berada situ. Tatapan maaf diberikan kepada semua.

"Aku minta maa-"

Suga berhenti dari bercakap. Parut dimata digenggam erat.

"Arghh !" dengus Suga. Parut dimatanya kembali berdenyut sakit. Darah perlahan keluar dari parut itu.

Semua terkejut memandang Suga yang tiba tiba sahaja meraung kesakitan. Terutama sekali Taehyung.

Belum pukul lagi dah sakit ?!!

"Suga !!"

Suga yang mengerang kesakitan itu didekati.

"Tepi tepi tepi" arah Seokjin kelam kabut. Hoseok dan Jungkook yang menghalang laluannya ditolak.

Bahu Suga dipegang.

"ARGHH"

"Suga jangan genggam !!" marah Seokjin.

"Cepat pegang tangan dia !!" arah Seokjin. Taehyung sudah kelam kabut melihat darah mengalir di wajah Suga.

Jungkook dan Namjoon menarik tangan Suga dari terus mencakar parutnya yang kini sudah berubah menjadi luka semula.

"L-lepas ! Argh ! S-sakit ergh !" Suga meronta. Gigi diketap. Mata dikatup rapat. Kesakitan di parut matanya itu terlalu perit.

"Kenapa dengan dia ?!" soal Hoseok gelisah. Tiba tiba sahaja parut bertukar menjadi luka yang kembali berdarah. Sedangkan mereka langsung tidak menyentuh Suga.

"Aku tak tahu ! Aku tak pukul dia pun !" ujar Taehyung gugup.

"Jimin ambil ubat herba aku" arah Seokjin. Jimin mengangguk lalu berlari naik ke atas.

"SAKIT !!!"

——————————————

"Erghhh.."

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now