47

153 35 3
                                    

"Kim Liesa"

Taein dan Liesa mengangkat wajah mereka. Memandang ke arah pintu yang kini sudah terbuka luas.

"Masa dah tamat" ujar Yunho tegas. Liesa mengeluh sebelum mengangguk.

"Taein, saya pergi dulu ya ? Malam nanti kita jumpa lagi" kata Liesa kemudian bangun berjalan keluar dari bilik tempat Taein dikurung itu.

Yunho memandang langkah Liesa sehingga gadis itu melintasinya. Yunho menarik pintu kayu itu.

"Yunho !" seru Taein. Yunho berhenti dari menutup pintu. Taein dipandang kasihan.

Tubuh gadis itu telah kotor dengan tanah manakala pembalut dikakinya sudah bertukar warna merah. Kesan tapak kaki berdarah juga dapat dilihat di lantai.

Namun, dia tidak dapat melakukan apa apa.

"Tolong lepaskan saya" rayu Taein. Meminta simpati. Yunho mengeluh. Dia tidak melawan Jimin mahupun Jungkook. Meskipun dia ditolak Jungkook sebentar tadi, dia tetap tidak melawan semula.

Dia membantu dalam diam. Namun, Taein yang perlahan berlari kerana sakit di kaki itu, menyukarkannya melengahkan lagi mereka. Dia mampu setakat itu sahaja.

"Minta maaf Taein" ucap Yunho sebelum menutup pintu rapat.

————————————

Suga termenung memandang dinding.

Jelingan tajam Taehyung bermain difikiran.

Taein tidak berjaya melarikan diri kerana luka di kakinya. Luka di kakinya itu akibat insiden tempoh hari. Berpunca darinya.

Suga tahu. Taehyung pasti mengetahui punca sakit di kaki Taein. Itu sebabnya Taehyung tidak lepas dari memandangnya tajam.

Suga mengeluh.

"Jangan risau. Rancangan kita akan berjaya"

Tersentak Suga ditegur Seokjin.

"Kau tak tidur lagi ke ?" soal Suga tanpa memandang Seokjin. Disangkakan lelaki itu sudah tidur nyenyak.

"Aku tak boleh tidur" jawab Seokjin.

"Kenapa ?" soal Suga lagi.

"Sebab masa lalu berubah"

Lantas Suga memandang Seokjin.

"Maksud kau ?"

"Hoseok masih hidup. Taein diculik. Masa lalu sekarang sedang berubah" ujar Seokjin. Siling dipandang kosong.

"Maaf aku punca Taein diculik" pohon Suga. Serba salah. Semua berlaku kerananya.

"Tak. Taein kena culik kita boleh selamatkan. Nyawa Hoseok tidak boleh dikembalikan. Kau dah ubah masa lalu ke arah yang lebih baik" balas Seokjin. Meskipun Taein diculik, dia tahu Yoongi tidak akan mengapa apa kan Taein kerana lelaki itu sangat mencintai gadis itu.

Disebabkan keegoan, ketamakkan dan kekejaman. Yoongi kehilangan gadis itu.

Kelu Suga mendengar. Tidak tahu bagaimana dia harus membalas.

"Kehadiran kau ke sini. Bukan kesilapan. Tapi kemenangan. Aku yakin. Kita akan berjaya leraikan sumpahan ni dan selamatkan semua sahabat kita"

Suga tersenyum pahit memandang Seokjin yang tersenyum ke arahnya.

"Aku pun harap begitu"

—————————————

"Biar betul awak ni ?" soal Taein tidak percaya. Mangkuk bubur itu diletakkan ke lantai.

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now