55

153 40 20
                                    

Senyuman sinis terukir dibibir Yoongi.

Seungri yang sedang melutut dihadapannya itu direnung tajam.

"Bersubahat ?" soal Yoongi sinis. Kepala dipanggung menggunakan tangan yang disandarkan pada kerusi takhta itu.

"Benar tuanku" jawab Seungri. Kepala setia menunduk ke lantai.

"Bawa dia datang jumpa aku"

—————————————

"Taein.." panggil Taehyung bersama semangkuk bubur ditangan. Taein tidak menyahut. Pemandangan luar tingkap direnung kosong.

Kosong seperti hatinya.

Taehyung menoleh ke sisi Taein. Mangkuk bubur malam semalam langsung tidak disentuh. Taehyung mengeluh kecil.

Taein benar benar patah hati dengan pemergian sahabatnya itu.

"Taein.. kenapa tak makan ni ?" soal Taehyung lembut seraya berjalan mendekati Taein. Taehyung bersila disebelah Taein.

Taein menggeleng. Tanda tidak mahu.

"Taein.. petangni kita dah nak pergi. Taein perlu makan untuk dapatkan tenaga" ujar Taehyung lembut. Taein dipandang sayu.

Tidak pernah adiknya seperti ini. Semangat gadis kuat ini turut pergi bersama pemergian Kim Liesa.

Luluh hati Taehyung melihat keadaan lemah Taein.

Taehyung menghulurkan bubur itu. Namun Taein langsung tidak menyambut bubur itu mahupun menoleh ke arah Taehyung. Matanya setia memandang pokok pokok yang terdapat pada pemandangan luar tingkap itu.

"Taein.." panggil Taehyung perlahan.

"Abang boleh tinggalkan Taein sekejap ?" pinta Taein perlahan. Mahukan masa untuk bersendirian. Sesiapa yang datang ke dalam biliknya pasti akan diminta pergi.

Taehyung menggigit bibirnya sebelum mengangguk kecil. Taehyung meninggalkan mangkuk bubur yang dibawanya itu di sebelah Taein kemudian mengambil mangkuk bubur semalam yang langsung tidak disentuh itu.

Taehyung bangun dari duduknya kemudian berjalan keluar meninggalkan Taein keseorangan.

"Taein tak makan ?" soal Jimin memandang mangkuk berisi bubur yang dipegang Taehyung. Taehyung menggeleng lemah.

"Aish.." keluh Hoseok. Risau dengan keadaan Taein.

"Dia mesti makan untuk tenaga supaya dapat pergi dari sini" kata Namjoon. Tidak mahu gadis itu pengsan dalam perjalanan ke Busan. Jika tidak, ia pasti akan menyukarkan perjalanan mereka.

"Aku tak sangka.. Taein akan bersedih sampai macam ni sekali" keluh Jungkook simpati.

Seokjin memandang kosong dinding kedai itu. Taein di masa hadapan bermain dalam fikirannya. Dia tidak pernah melihat gadis itu bersedih di kehidupan lalu mahupun hadapan.

Gadis itu sentiasa kelihatan kuat dan ceria. Kini, Seokjin telah lihat. Kesedihan sebenar seorang Kim Taein. Gadis itu sangat bijak menyembunyikan perasaannya.

Suga mengeluh sebelum bangun dari kerusi.

"Bak sini bubur tu. Biar aku pujuk dia" ujar Suga seraya menghulurkan tangannya kepada Taehyung. Terkebil kebil Taehyung memandang Suga.

"Ini mangkuk semalam.. bubur tadi ada dekat atas tepi Taein" ujar Taehyung.

"Betul kau nak cuba ?" soal Hoseok. Suga mengangguk. Hanya dia seorang yang belum cuba memujuk Taein.

"Kau tu dahla muka macam Yoongi. Kalau kena tendang keluar bilik, aku tak tahu lah" kata Jungkook lalu menggeleng kepalanya.

Suga mencerlung tajam Jungkook membuatkan lelaki itu menutup mulutnya. Meremang bulu roma Jungkook apabila dicerlung begitu.

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now