22

199 45 25
                                    

Suga berjalan di lorong panjang yang tiada penghujung itu.

"Kau nak apa lagi ?!!" jerit Suga. Badan dipusingkan menghadap sekelilingnya.


Kosong .


Tiada apa.


Hanya ditemani angin yang kuat, bunyi guruh di sertai kilat.

Tiada sebarang makhluk hidup mahukan pokok di sepanjang jalan itu.


Gelap



Kosong


Sunyi


"Tolong lah pergi ! Kau dah kucar kacirkan hidup aku !!" jerkah Suga yang sudah lama berjalan tanpa hala tuju itu.

Marah. Baru sahaja Suga mahu menjalani kehidupannya yang lama. Mimpi ngeri ini datang muncul semula...


Selepas 6 tahun peristiwa itu berlaku.




Ketawa sinis kedengaran.

"Aku datang tuntut bela"

"Tak.."

"Kita datang tuntut bela"

Kata suara garau misteri itu disertai ketawa sinis. Menyakitkan telinga didengari.

"JANGAN MENGARUT LAH !"

"AKU TAK ADA BENDA YANG PERLU DI TUNTUT PUN !!" marah Suga. Rambut ditarik kasar.


Risau.



Itu yang dirasakan Suga sekarang..

Bagaimanakah nasib semua sahabatnya sekarang ?

————————————-

"Maksud kau ?" soal Taehyung. Badan tidak lagi bersandar disofa. Namjoon ditenung dengan riak tidak percaya.

"Parut, kesan calar, pedang, mimpi ngeri. Semua tu punca Suga jadi macamni. Setiap hari parut dia akan berdarah semula. Dia selalu alami nightmare. Bila mimpi ngeri tu datang. Dia macam kena rasuk" terang Namjoon. Meja kopi di hadapan ditenung kosong.

"Bila hujan lebat parut dia just akan berdarah semula. Tapi kalau ada guruh dan kilat. Dia memang akan bertukar character."

"Dia tak tahu apa jadi, tak sedar apa dia buat. And dia tak boleh dengar apa orang cakap"

"Pedang tu. Memang akan muncul bila kilat sambar bumi then cahaya kilat tu terlalu terang sampai silaukan mata semua orang."

"Waktu tu pedang tu akan muncul" kata Namjoon seraya mengangkat kepala. Setiap wajah sahabatnya ditenung.

"Calar dalam bilik dia tu. Benda tu yang buat sebab dia tak boleh keluar dari bilik Suga. Jadi dia lepaskan geram dengan musnahkan setiap benda di sekeliling"

"Sebabtu Suga akan pastikan setiap malam dia kunci pintu bilik dia sebelum tidur"

"Sebab dia taknak benda tu keluar dari bilik dan balas dendam"

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now