39

166 34 10
                                    


"Tu last aku dengar suara nenek aku. Bila aku sedar.. aku ada di rumah Taehyung penuh balutan pada badan dan kepala" ujar Jimin akhiri ceritanya.

"Aku minta maaf untuk nenek kau" kata Suga simpati, meraup wajahnya. Tangan Jimin dipegang.

Jimin tersenyum kecil. Kepala digelengkan.

"Bukan salah kau. Jiran aku bagitahu. Waktu nenek aku rehat dekat atas. Tentera datang bakar kedai tu" keluh Jimin.

"Lepas aku sedar, aku pergi tengok. Kedai kami dah hancur. Mayat nenek aku tak dapat dijumpai di mana mana. Aku harap aku dapat semadikan dia dengan cara yang baik.." ujar Jimin sebak. Semua mata memandang sayu Jimin.

Simpati dengan kisah silamnya yang sangat perit itu.

"Tak apa. Kita akan selesaikan semua ni" ujar Hoseok dengan penuh semangat.

"Arghh !!" jerit semua. Terkejut dengan kehadiran Hoseok.

"Wae ?" soal Hoseok dengan muka terkejut.

"Bila kau datang ?!" soal Seokjin sedikit menjerit. Jantungnya yang berdegup laju itu dipegang.

"Tak baru sangat. Korang semua tengah kusyuk mendengar jadi aku tak nak kacau hehe" ujar Hoseok, kepala yang tidak gatal digaru.

"Aku perasan dia datang tadi" kata Namjoon. Yang lain hanya menganggukkan kepala. Seokjin mengusap dada.

Kusss semangat.

"Jaadiii... macam mana dengan tanaman kau ? Yoongi ada cakap apa apa tak ?" soal Taehyung. Menanyakan perniagaan sayur Hoseok.

"Tak ada apa yang berlaku. Cuma Yoongi arahkan kami bayar cukai awal dua hari" keluh Hoseok.

Cukai tinggi dikenakan kepada dia sekeluarga kerana mereka berasal dari Gwangju. Kerajaan miskin yang dimusuhi Yoongi. Meskipun mereka sudah menetap di situ hampir 20 tahun, sejak sebelum Min Yoongi bergelar raja.

"Jangan risau. Kami akan bantu kau" ujar Seokjin.

—————————————

"Mulakan" arah Yoongi dingin. Badan disandarkan pada kerusi takhta yang tersedia di atas pondok kayu itu.

Lelaki bertopeng itu menganggukkan kepalanya. Botol berisi air yang dihulurkan lelaki berpakaian serba hitam itu, disambut. Air dihirup kemudian disimpan di dalam mulutnya. Tidak menelan air tersebut. Pedang dikeluarkan dari sarungnya.

Tarian pedang dimulakan seiring dengan lagu tradisi yang dimainkan bersama ketika hukuman bunuh dilangsungkan.

Raja Min Yoongi memerhatikan tarian pedang itu dengan teliti.

Air disemburkan pada bilah pedang tersebut.

Mangsa yang melutut di tanah dengan mata tertutup bersama tangan yang terikat itu, menghayunkan kepalanya ke atas dan ke bawah. Mengikut adat yang disusun oleh Si Raja yang kejam.

Yoongi memerhati setiap pesalah lain yang turut menganggukkan kepala mereka.

Lagu sudah sampai ke kemuncaknya.

Lelaki bertopeng tersebut menyemburkan air sekali lagi ke pedang itu lalu mengangkat pedang kemudian dihayunkan ke arah leher mangsa yang bersalah itu.

Lagu berhenti.

Kepala yang bergolek jatuh ke tanah itu diambil kemudian dimasukkan ke dalam sebuah beg hitam. Beg tersebut dimasukkan pula ke dalam sebuah kotak kayu.

Mangsa yang lain berhenti dari menghayunkan kepala mereka sebaik sahaja lagu berhenti.

Yoongi memerhati darah yang bercampur air menitik jatuh ke tanah dari pedang tersebut. Darah itu diperhatikan dengan penuh asyik.

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now