12

178 47 10
                                    

BOOM !

Bilik itu diterangi cahaya kilat.

Suga menarik pedangnya ke bawah semula kemudian menghunuskan pedangnya ke arah Jimin.

Jimin mengelak pedang itu dari tertusuk ke badannya. Pedang itu tercucuk dalam pada dinding bersebelahan Jimin.

Jika Jimin lewat sedikit mengelak tadi, pasti kini pedang itu selamat terbenam dalam perutnya.

Dengan kesempatan yang ada, Jimin memukul kuat kepala Suga yang sedang berusaha menarik pedangnya keluar dari dinding itu, menggunakan bantal yang dicapai sebentar tadi.

Entah dari mana bantal itu boleh berada di atas lantai berdekatan dinding itu.

"Argh!"

Suga terjatuh ke atas lantai akibat pukulan bantal Jimin yang hebat itu.

Tanpa melengahkan masa, Jimin terus duduk atas belakang badan Suga supaya lelaki itu tidak dapat bangun.

"Turun dari aku! Keturunan jijik !" jeritan Suga menimbulkan amarah Jimin.

"KURANG HAJAR HANTU KUMAMON"

BOOM !

Bunyi guruh besertakan cahaya kilat yang memenuhi setiap ruang bilik itu menghentikan Jimin yang sudah mengangkat bantal keselamatannya ke udara. Niat untuk memukul Suga buat kali kedua terhenti.

Jimin terkaku.

"ARGHHHHHHH!"

Suga mengerang kesakitan.

Akhirnya Suga pengsan, selepas puas mengerang kesakitan.

Pedang Suga yang entah datang dari mana itu, lesap dari pandangan selepas kilat tadi.

Jimin tidak dapat melihat apa yang terjadi pada pedang tersebut apabila cahaya kilat memenuhi ruang bilik itu kemudian mengaburkan pandangan Jimin buat seketika.

Ghaib, pergi macam tu ja.

Jimin menurunkan perlahan bantal yang diangkatnya sebentar tadi. Tergamam Jimin selepas melihat parut Suga sedang berdarah sehingga menitik ke atas lantai.

Jimin memusingkan kepalanya kebelakang, darah dapat dilihat pada kaki Suga dan lantai daripada kawasan tingkap sehinggakan tempat dimana mereka berada sekarang.

Setiap langkah Suga berjalan ke arahnya tadi.

Diiringi darah.

Seluar Jimin semakin basah, meresap cecair dari belakang badan Suga yang sedang didudukinya. Jimin tersedar kemudian bangun dengan pantas dari belakang badan Suga.

IPhoneZ+ dikeluarkan dari poket. Flashlight dibuka.

Terbuntang mata Jimin melihat darah yang terdapat pada seluarnya. Cahaya dari flashlight itu di alihkan ke arah Suga.

Melopong luas mulut Jimin apabila dapat melihat baju jingga Taehyung yang sedang dipakai Suga itu berlumuran darah sehingga hampir menutupi setiap warna jingga pada belakang baju itu.

"B-biar betul" kata Jimin tidak percaya. Hatinya resah melihat keadaan Suga.

Jimin berlari keluar dari bilik itu menuju ke arah bilik yang bertentangan. Pintu dibuka luas.

Taehyung yang terkejut itu mengerutkan dahi sebelum mengalihkan mata ke arah Jimin. Taehyung tergamam melihat seluar Jimin dipenuhi darah.

"Suga"

"Kau tukar seluar. Aku bangunkan diorang" arah Taehyung. Sepatah kata dari Jimin itu sudah mampu difahami Taehyung, apa yang berlaku.

Jimin mengangguk sebelum berlalu pergi ke bilik Taehyung di tingkat atas. Taehyung bangun berjalan menuju ke katil yang digunakan Namjoon dan Jungkook sedang tidur itu. Badan mereka digoncangkan.

[𝐂] The Curse || MYGWhere stories live. Discover now